Liberalisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Earth~mswiki (bincang | sumb.)
k -
Earth~mswiki (bincang | sumb.)
Baris 106:
 
Di seberang [[Lautan Atlantik]], Revolusi Perancis telah mengulingkan raja, [[aristokrasi|aristokrat]] dan institusi [[Geraja Roman Katolik]]. Perubahan ini adalah lebih mendadak dan penuh dengan pertumpahan daripada Revolusi Amerika Syarikat. Satu kejadian yang penuh bersejarah berlaku apabila perwakilan di dalam [[Estet Ketiga]] mengisytiharkan bahawa golongan ini adalah perwakilan kebangsaan dan oleh itu mempunyai hak untuk mewakili seluruh rakyat Perancis. Untuk beberapa tahun yang awal, revolusi ini berlandaskan kepada idea-idea liberal tetapi perjalanan dari revolusi ke kestabilan terbukti lebih sukar dari apa yang dialami oleh Amerika Syarikat. Selain daripada tradisi [[Zaman Kesedaran]] yang sedia ada, beberapa tokoh-tokoh awal revolusi Perancis seperti [[Lafayette]] yang menyertai Peperangan Kemerdekaan Amerika Syarikat telah membawa pulang idea-idea liberal baru yang popular di Amerika ke Perancis. Di bawah pemerintahan Maximilien Robespierre kemudiannya, satu kumpulan [[Jacobin]] telah memusatkan kuasa kepada mereka sendiri dan mula tidak mengedahkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang akhirnya menyebabkan berlakunya [[Reign of Terror]]. Walaupun apa yang diperjuangkan adalah republik berperlembagaan, seorang tokoh politik dan tentera semasa revolusi iaitu [[Napoleon Bonaparte]] menjadi maharaja dari konsul dan seorang direktor pada mulanya. Sebelum Napolean meninggalkan dunia, beliau mengaku yang "Mereka mahukan seorang Washington"<ref>"They wanted another Washington"</ref>. Ini bermaksud seorang pemimpin yang boleh menubuhkan satu negara dengan kekuatan tentera tanpa satu kehendak untuk mewujudkan satu dinasti. Walaupun Revolusi Perancis gagal mencapai apa yang dicapai oleh Amerika pada masa itu, Revolusi Perancis lama-kelamaan berjaya mewujudkan satu masyarakat yang memeluk idea-idea liberal lebih erat daripada rakyat Amerika Syarikat dengan memperkenalkan undian umum untuk semua lelaki, [[kerakyatan kebangsaan]] dan satu dokumen seperti [[Bill of Rights]] Amerika syarikat, iaitu [[Pengisytiharan Hak-hak Manusia dan Rakyat]] yang berpengaruh. Tambahan lagi, kempen peperangan yang diketuai oleh Napolean membolehkan idea-idea liberal disebarkan ke seluruh Eropah.
 
[[Imej:BenitoJuarez.jpg|left|thumb|[[Benito Juárez]]]]
 
Langkah-langkah Amerika Syarikat dan Perancis selepas itu akan menjadi contoh untuk diikuti oleh negara-negara lain. Pengulingan sistem beraja [[Sepanyol]] oleh tentera Perancis yang diketuai Napoleon pada tahun 1808 memperkuatkan gerakan kemerdekaan di [[Amerika Selatan]] yang sering bergantung kepada liberalisme sebagai pilihan alternatif terhadap [[korporatisme]], monarki dan kolonialisme. Pergerakan yang dipimpin oleh [[Simón Bolívar]] di negara-negara [[Pengunungan Andes]] berusaha membina kerajaan berperlembagaan, hak-hak peribadi dan perdagangan bebas. Pergolakan di antara para liberal dan korporatis yang konsevatif terus berlangsungan di seluruh benua tersebut dengan para liberal yang menentang kuasa paderi seperti [[Benito Juárez]] dari [[Mexico]] mengkritik kuasa Gereja Roman Katolik.
 
Perubahan masyarakat Eropah ke liberalisme kadang-kala berlaku menerusi revolusi ataupun gerakan pemisah yang kasar. Revolusi dan tentangan liberal banyak berulang di separuh pertama abad ke-19. Ini bagaimanapun tidak benar untuk Britain dan banyak negara lain di mana proses berubahan berlangsung tanpa pertumpahan darah, walaupun tidak seratus peratus aman. Gerakan [[anti-klerikalisme]] yang ganas semasa Revolusi Perancis dilihat oleh musuh-musuh revolusi sebagai sifat liberalisme yang khusus, walaupun pada masa yang sama, para liberal sendiri menjadi mangsa keganasan Jacobin.
 
Dengan tibanya zaman [[romantisme]], pergerakan liberal mula berganjak dari cadangan untuk perubahan untuk kerajaan yang sedia ada kepada pemintaan untuk perubahan. Revolusi Amerika dan Perancis menambah "demokrasi" ke dalam senarai yang mengandungi nilai-nilai liberalisme. Pendapat yang percaya bahawa seseorang itu merdeka dan mampu untuk merangka dan menguat kuasa undang-undang dan peraturan mula bergerak melepasi apa yang disarankan oleh pemikir-pemikir Zaman Kebangkitan. Mulai dari sini, liberalisme tidak lagi menekankan hak-hak peribadi di dalam sempadan sesuatu negara tetapi berpendapat yang kuasa negara datang dari sifat semula jadi manusia, diberikan oleh tuhan atau dari perjanjian di antara yang dipimpin dan yang memimpim.<ref>"The just consent of the governed"</ref> Ini memperluaskan lagi jurang di antara pemimpin-pemimpin [[autokratisme|autokratik]] dengan para liberal, mengurangkan kemungkinan satu kompromi dicapai. Di kalangan penyokong-penyokong [[monarkisme]], ini membolehkan keganasan dilakukan untuk mengembalikan kesusilaan.
 
==Bacaan selanjutnya==