Perang Vietnam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: gl:Guerra do Vietnam
Menggantikan laman dengan 'MALINGSIA ANJING TAI BABI PLAGIATOR BUDAYA ORANG PENCURI PULAU TUKANG PUKUL TKI DAN WASIT INDONESIA GANYANG MALAYSIAAAAAAAAAAAAA'
Baris 1:
MALINGSIA ANJING TAI BABI PLAGIATOR BUDAYA ORANG PENCURI PULAU TUKANG PUKUL TKI DAN WASIT INDONESIA
{{Infobox Konflik ketenteraan|right
|conflict=Perang Vietnam
|partof=[[Perang Dingin]]
|image=[[Image:Burning_Viet_Cong_base_camp.jpg|300px]]
|caption=Kampung Vietnam selepas serangan.
|date=[[1957]] – [[30 April]] [[1975]]
|place=[[Asia Tenggara]]
|casus=Perebakan [[Perang Dingin]]
|territory=Penyatuan semula Vietnam
|result=Perjanjian perdamaian yang memperuntukkan pengunduran Amerika Syarikat pada

Kekalahan politik bagi Amerika Syarikat.

Penyerahan oleh Vietnam Selatan

'''Kemenangan tentera Vietnam Utara''' terhadap angkatan tentera Vietnam Selatan pada 1975

|combatant1=[[Image:Flag of South Vietnam.svg|22px]] [[Vietnam Selatan]]
[[Image:Flag of the United States.svg|22px]] [[Amerika Syarikat]]
[[Image:Flag of South Korea.svg|22px]] [[Korea Selatan]]
[[Image:Flag of Thailand.svg|22px]] [[Thailand]]
[[Image:Flag of Australia.svg|22px]] [[Australia]]
[[Image:Flag of New Zealand.svg|22px]] [[New Zealand]]
[[Image:Flag of the Philippines.svg|22px]] [[Filipina]]
|combatant2=[[Image:Flag of North Vietnam.svg|22px]] [[Vietnam Utara]]
[[Image:FNL Flag.svg|22px]] [[Barisan Nasional bagi Pembebasan Vietnam]]
[[Image:Flag of the People's Republic of China.svg|22px]] [[Republik Rakyat China]]
|commander1=
|commander2=
|strength1=~1,200,000 (1968)
|strength2=~420,000 (1968)
|casualties1=Kematian Vietnam Selatan: 230,000
Kecederaan Vietnam Selatan: 300,000
Kematian Amerika Syarikat: 58,209
Kecederaan Amerika Syarikat: 153,303
Bil. kematian Australia: 520
Kematian Korea Selatan: 5,000
Kecederaan Korea Selatan: 11,000
Orang awam (jumlah orang Vietnam): k.k. 2–4 juta
|casualties2=Kematian: 1,100,000
Kecederaan: 600,000
Kematian orang Cina: 1100
Kecederaan orang Cina: 4200
Orang awam (jumlah orang Vietnam): k.k. 2–4 juta

GANYANG MALAYSIAAAAAAAAAAAAA
'''Perang Vietnam''', ada kalinya disebut juga "Perang [[Indochina]]" ataupun "Konflik [[Vietnam]]". Dalam bahasa [[Vietnam]], peperangan ini disebut sebagai "Perang Amerika" ataupun mengikut nama yang digunakan oleh Kerajaan Vietnam, ''Kháng chiến chống Mỹ'' (Peperangan Menentang Amerika). Peperangan ini melibatkan [[Republic Demokratik Vietnam]] (dipanggil juga [[Vietnam Utara]]) dan sekutunya menentang [[Republik Vietnam]] (ataupun [[Vietnam Selatan]]) dan sekutunyanya, khususnya Amerika Syarikat.

Ramai pemerhati Barat melihat perang ini sebagai [[perang proksi]] bagi [[Amerika Syarikat]] dan [[Kesatuan Soviet]]. Perang ini salah satu daripada beberapa [[konflik]] semasa [[Perang Dingin]] di antara [[Amerika Syarikat]] dan sekutunya menentang [[Kesatuan Soviet]] dan sekutunya. Perang seperti ini disebut sebagai [[perang proksi]] kerana [[Amerika Syarikat]] dan [[Kesatuan Soviet]] sendiri tidak pernah bersemuka secara terang-terang di medan pertempuran kerana khuatir akan meletuskan [[peperangan nuklear]] yang amat membinasakan.

Sekutu [[Vietnam Utara]] termasuk [[Barisan Pembebasan Kebangsaan|Barisan Pembebasan Vietnam Selatan]] ([[arisan Pembebasan Kebangsaan|Vietcong]]), [[Kesatuan Soviet]] dan [[China]]. [[Vietnam Selatan]] dibantu [[Amerika Syarikat]], [[Australia]], [[New Zealand]] dan [[Korea Selatan]]. Sekutu [[Vietnam Selatan]] menghantar bantuan tentera untuk berjuang di [[Vietnam]]. Penglibatan tentera [[Amerika Syarikat]] sebenarnya bermula sejak tahun [[1959]] lagi, tetapi bilangan tentera yang terlibat kecil. Askar Amerika dihantar dalam jumlah yang besar ke [[Vietnam Selatan]] mulai tahun [[1965]] dan hanya berundur sepenuhnya dalam tahun [[1973]].

Peperangan ini mengorbankan ramai penduduk awam. Peperangan tamat secara rasminya pada [[30 April]] [[1975]] apabila Vietnam selatan tewas keseluruhannya.

==Latar belakang==
[[Vietnam]] dijajah oleh negeri [[China]] sejak tahun [[110 S.M.]] sehinggalah mencapai kemerdekaan dalam tahun [[938]]. Selepas bebas dari belenggu dan kongkongan [[China]], Vietnam tidak henti-henti menentang keganasan oleh kuasa-kuasa luar.

Dalam abad ke-19, [[Vietnam]] menjadi wilayah jajahan [[Perancis]]. Perancis menguasai [[Vietnam]] selepas mengadakan beberapa siri peperangan kolonial di [[Indochina]] mulai tahun-tahun 1840-an hingga ke tahun-tahun 1840-an. Pengluasan pengaruh [[Perancis]] disebabkan hasrat untuk menyaingi kebangkitan [[Empayar British]] dan keperluan mendapatkan hasil mentah seperti getah dan bijih bagi maksud menggerakkan perindustrian di [[Perancis]] untuk bersaing dengan penguasaan menyeluruh oleh industri [[British]].

Semasa pemerintahan [[Perancis]], segolongan rakyat [[Vietnam]] dibakar semangat [[nationalisme]] dan mahukan [[kemerdekaan]] daripada [[penjajahan]] [[Perancis]]. Beberapa pemberontakan dan tentangan dibuat oleh banyak kumpulan-kumpulan [[nationalis]], tetapi usaha mereka gagal. Dalam tahun [[1919]], semasa [[Perjanjian Versailles]] sedang dirundingkan, [[Ho Chi Minh]] meminta untuk bersama-sama membuat perundingan supaya boleh menghujahkan kemerdekaan untuk [[Vietnam]]. Permintaannya ditolak dan [[Vietnam]] dan seluruh takluk [[Indochina]] terus kekal sebagai tanah jajahan Perancis.

Kumpulan penentang [[Viet Minh]] akhirnya berjaya mendapat sokongan popular dan berjaya mengusir penjajah [[Perancis]] dari bumi [[Vietnam]]. Semasa [[Perang Dunia II]], [[Vietnam]] dikuasai oleh [[Tentera Jepun]]. Kerajaan [[Vichy Perancis]] berkerjasama dengan pihak [[Jepun]] yang menghantar bala tentera ke [[Indo-China]] sebagai pasukan berkuasa di kawasan tersebut. Kerajaan [[Vichy Perancis]] menjadi kerajaan boneka kerana kuasa pemerintahan sebenarnya di tangan pihak [[Jepun]]. Pemerintah [[Vichy Perancis]] mentadbir [[Indochina]] sehingga tahun 1944 apabila Kerajaan [[Vichy Peranchis]] tumbang selepas Tentera Berikat menakluki [[Perancis]] dan Jeneral [[Charles de Gaulle]] diangkat sebagai Pemimpin [[Perancis]].

Setelah kerajaan [[Vichy Perancis]] tumbang, pemerintah [[Jepun]] menahan Pentadbir-pentadbir Perancis dan memalukan pembesar-pembesar kolonial di khalayak ramai. Pihak [[Jepun]] kemudiannya menggalakkan kebangkitan pergerakan nasionalis di kalangan rakyat [[Vietnam]]. Pada pengakhir [[Perang Dunia II]], [[Vietnam]] diberikan kemerdekaan oleh pihak [[Jepun]]. [[Ho Chí Minh]] kembali ke Vietnam untuk membebaskan negaranya daripada dijajah oleh kuasa asing. Dia menubuhkan pergerakan penentang, dan menerima bantuan kumpulan OSS (yang akan berubah menjadi [[CIA]] kelak).

Pada penghujung [[Perang Dunia II]], pergerakan [[Viet Minh]] di bawah pimpinan [[Ho Chí Minh]] berjaya membebaskan Vietnam daripada belenggu penjajah, Tetapi kejayaan itu untuk masa yang singkat sahaja. Pihak [[Tentera Jepun]] telah menawan pemerintah Perancis dan memberikan Vietnam satu bentuk “kemerdekaan” sebagai sebahagian daripada rancangan Jepun "membebaskan" bumi [[Asia]] daripada penjajahan Barat. Banyak bangunan awam diserahkan kepada kumpulan-kumpulan [[nasionalis]].

===Ho Chi Minh Berkuasa===

[[Image:dienbienphu.jpg|thumb|right|325px|Tentera Perancis di Vietnam.]]

Di [[Persidangan Potsdam]], pihak Berikat memutuskan Vietnam ditadbir oleh [[Tentera British]] dan [[China]] yang akan menyelia penyerahan senjata Tentera Jepun dan kepulangan mereka pulang ke [[Jepun]]. Kumpulan [[Viet Minh]] pimpinan [[Ho Chi Minh]] sebelumnya dibantu pihak [[Jepun]] di [[Indochina]] apabila para pentadbir dan pemerintah rakyat [[Perancis]] dipenjarakan. Bangunan awam juga diserahkan oleh pihak [[Jepun]] kepada kawalan oleh [[Viet Minh]]. Selepas [[Jepun]] menyerah kalah, kumpulan nasionalis [[Vietnam]], kumpulan [[Komunis]] dan lain-lain kumpulan mengambilalih pentadbiran negeri.

Pada [[2 September]] [[1945]], [[Ho Chi Minh]] mengisytiharkan penubuhan sebuah kerajaan baru [[Vietnam]] di bawah pimpinan beliau. Dalam ucapannya, beliau memetik [[Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat]] dan sebuah pancaragam memainkan lagu "[[The Star Spangled Banner]]." [[Ho Chi Minh]] yang menjadi agen [[Komunis Antarabangsa Ketiga]] sejak awal tahun 1920-an mengharapkan kerajaan Amerika Syarikat akan menyokong kerajaan baru di [[Vietnam]], walaupun kerajaan baru itu sebuah kerajaan di bawah pengaruh [[Komunis]]. Harapan beliau [[Amerika Syarikat]] akan mengkotakan ucapan-ucapan [[Franklin D. Roosevelt]] yang menentang [[kolonialisme Eropah]] selepas [[Perang Dunia II]]. [[Franklin D. Roosevelt]] mahukan rakyat negara-negara [[Dunia Ketiga]] menentukan nasib mereka sendiri. Akhirnya, di bawah pimpinan [[Harry S. Truman]], [[Amerika Syarikat]] menukar rentak dan tidak membantah Perancis menduduki semula tanah-tanah jajahannya, termasuk Vietnam, selepas tamat perang.

[[Image:uncleho.jpg|thumb|right|145px|Ho Chi Minh, pemimpin Vietnam Utara.]]

Kumpulan pimpinan [[Ho Chí Minh]] mengumumkan penubuhan sebuah kerajaan [[Vietnam]], dan Maharaja [[Bao Dai]] dipaksa turun takhta. Namun demikian, kerajaan itu dapat bertahan beberapa hari sahaja. Dengan ketibaan tentera [[China]], kerajaan pimpinan [[Ho Chi Minh]] tiada berkuasa lagi. Apabila pemerintah Perancis dibebaskan selepas [[Jepun]] menyerah diri, kuasa penjajah bertapak semula, khususnya di kawasan selatan [[Vietnam]]. Tentera Perancis mendarat semula di bahagian utara [[Vietnam]].

Pihak mana yang berkuasa di [[Vietnam]] menjadi rumit apabila [[Tentera Bersekutu]] kembali ke [[Vietnam]] selepas bulan September 1945. [[Indochina]] dibahagikan kepada zon-zon kependudukan oleh [[Tentera Bitish]] dan [[Tentera China]]. [[Tentera China]] masuk ke kawasan [[Vietnam Utara]] selang beberapa hari selepas ucapan [[Ho Chi Minh]] mengisytiharkan kemerdekaan [[Vietnam]]. [[Tentera China]] menduduki kawasan di sebelah utara Garisan 16 darjah garis lintang (16th parallel). Pasukan [[Tentera British]] sampai dalam bulan Oktober 1945 dan menguasai kawasan-kawasan di selatan garisan lintang tersebut.

Di bahagian selatan, pihak [[Perancis]] berjaya memujuk [[Tentera British]] untuk mengembalikan kuasa kepada pihak [[Perancis]]. Pegawai-pegawai Perancis yang dibebaskan daripada penahanan Jepun dalam bulan [[September]] [[1945]] diambil semula sebagai pentadbir. Perancis gembira dengan Keadaan di selatan Vietnam. Di sebelah utara, kerajaan [[Perancis]] menrundingkan dengan Kerajaan [[Nasionalis China]] dan juga dengan Kumpulan [[Viet Minh]] di bawah pimpinan [[Ho Chi Minh]]. Pihak [[Perancis]] bersetuju meninggalkan [[Shanghai]] sekiranya Kerajaan [[Nasionalis China]] membenarkan [[Perancis]] menguasai semula [[Vietnam Utara]]. [[Ho Chi Minh]] dan [[Viet Minh]] bersetuju pihak Perancis kembali menduduki [[Hanoi]] sekiranya [[Perancis]] memberikan pengiktirafan kepada kemerdekaan [[Vietnam]] di dalam satu [[Kesatuan Perancis]].

Dalam masa perundingan dijalankan, [[Ho Chi Minh]] mengambil kesempatan menghapuskan lain-lain kumpulan nasionalis [[Vietnam]]. Setelah beberapa lama berunding, tiada penyelesaian dicapai mengenai pembahagian kuasa antara [[Perancis]] dan [[Viet Minh]]. Tentera [[China]] berundur ke sempadan sendiri dan tentera [[Perancis]] masuk menguasai [[Hanoi]]. Kumpulan [[Viet Minh]] melarikan diri ke kawasan pendalaman dan pergunungan. Di sana [[Viet Minh]] menyusun satu insurgensi yang membawa kepada [[Perang Indochina]]. [[Perancis]] berperang dengan [[Viet Minh]] untuk mengembalikan penguasaan wilayah [[Vietnam]] kepada [[kolinialisme Perancis]].

[[Ho Chí Minh]] mendapat bantuan [[China]] apabila pihak [[Komunis]] bertapak di negeri [[China]], dan dibekalkan dengan persenjataan dan bekalan yang diperlukan oleh [[Ho Chi Minh]] untuk menjadikan pasukan [[gerila]]nya menjadi satu pasukan [[tentera regular]].

Pasukan [[Viet Minh]] akhirnya berjaya menang besar mengalahkan tentera Perancis di pertempuran [[Dien Bien Phu]] dan pihak [[Perancis]] terpaksa merundingkan pengunduran mereka dari bumi [[Vietnam]]. [[Vietnam Utara]] yang berada di bawah [[Ho Chí Minh]] dijadikan sebuah kerajaan [[Komunis]].

===Pembahagian Vietnam Kepada Utara dan Selatan===

[[Viet Minh]] secara berperingkat bertukar menjadi satu pasukan [[tentera konvensional]] yang berkelengkapan moden. Proses perubahan ini dicepatkan apabila [[Republik Rakyat China]] berjaya mengambilalih pemerintahan negeri [[China]]. Pada mulanya [[Viet Minh]] tidak berupaya menewaskan tentera Perancis di kawasan berpenduduk di [[Vietnam Utara]], pasukan tersebut berjaya bertapak di kawasan-kawasan yang bersempadan dengan [[China]] dan juga di kawasan pendalaman seperti di [[Laos]]. Akhirnya [[Viet Minh]] berjaya menumpaskan tentera [[Perancis]] di [[Dien Bien Phu]], dan pihak [[Perancis]] terpaksa berundur dari [[Vietnam]]. Seluruh [[Indochina]] diberikan kemerdekaan, termasuk [[Laos]] dan [[Kemboja]]. Tetapi [[Vietnam]] dibahagikan kepada 2 bahagian berbeza, dengan garis lintang 17 darjah utara (17th parallel) sebagai garis pemisah.

[[Vietnam]] terbahagi dua – [[Vietnam Utara]] sebagai sebuah negara [[Komunis]] dipisahkan oleh sebuah [[kawasan bebas tentera]] (demilitarised zone) dengan [[Vietnam Selatan]]. Kerajaan Vietnam Selatan yang didokong oleh [[Amerika Syarikat]], enggan mengadakan pilihanraya yang bertujuan mencantumkan semula Vietnam seperti yang dipersetujui di [[Persidangan Geneva]] [[1954]].

Di sebelah utara, wujud [[Republik Demokratik Vietnam]] di bawah [[Viet Minh]], dan di selatan pula wujud Vietnam, sebuah kerajaan bukan [[Komunis]] di bawah Maharaja [[Bao Dai]]. Tidak lama selepas itu, [[Bao Dai]] digulingkan oleh [[Ngo Dinh Diem]], yang kemudiannya menubuhkan [[Republik Vietnam]] atau lebih dikenali sebagai [[Vietnam Selatan]]. Seperti ditetapkan samasa [[Perjanjian Geneva]] [[1954]], pembahagian kepada dua bahagian ini adalah sementara sahaja, sementara menunggu keputusan satu [[pilihanraya]] untuk memilih [[ketua negara]] yang akan diadakan dalam tahun [[1956]].

[[Image:NgoDinhDiem.jpg|thumb|right|220px|Ngo Dinh Diem]]

Dalam tahun 1955, [[Ho Chi Minh]] melancarkan kempen untuk memusnahkan kumpulan anti-revolusioner di Vietnam Utara. Pemilik tanah dan lain-lain anti-revolusioner ditahan dan dibunuh. Bilangan mereka yang dibunuh dianggarkan oleh [[Stanley Karnow]] seramai 6,000 orang. Manakala, [[R.J. Rummel]] pula menganggarkan kematian seramai 200,000 orang.

Melihat dasar kerajaan Vietnam Utara ini, kerajaan [[Ngo Dinh Diem]] enggan merundingkan [[pilihan raya]] yang ditetapkan, dan keputusan ini disokong oleh [[Amerika Syarikat]] yang risaukan kemenangan puak [[Komunis]]. [[Ngo Dinh Diem]] juga mempersoalkan kewibawaan pilihan raya yang dikendalikan oleh pihak [[Vietnam Utara]]. Kerajaan [[Ngo Dinh Diem]] tidak menandatangani [[Perjanjian Geneva]], ianya ditandatangani oleh bekas maharaja [[Bao Dai]]. Dengan itu, [[Ngo Dinh Diem]] merasakan tiada salah jika kerajaannya tidak menurut peruntukan Perjanjian tersebut.

Pihak [[Komunis]] memang bersiap sedia untuk menyerang [[Vietnam Selatan]], sejak sebelum [[Perjanjian Geneva]] ditandatangani. Persiapan ini dibuat sekiranya penyatuan tidak dapat dicapai melalui kemenangan dalam pilihanraya. [[Ho Chi Minh]] memerintahkan beribu-ribu orang agen [[Komunis]] untuk menyusup masuk ke [[Vietnam Selatan]], dan menyediakan tempat tersembunyi untuk simpanan senjata.

Dalam musim panas 1955, [[Ngo Dinh Diem]] melancarkan kempen mengecam [[Komunis]], bila mana anasir Komunis dan anasir-anasir anti kerajaan telah ditahan ataupun dibunuh. Dalam masa ini, penghijrahan besar-besaran berlaku. Dianggarkan 100,000 orang berhijrah daripada kawasan selatan ke [[Vietnam Utara]], dan lebih 1 juta berhijrah dari [[Vietnam Utara]] ke selatan. Dalam bulan [[Januari]] [[1959]], Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Vietnam meluluskan resolusi sulit memberikan kuasa untuk perjuangan bersenjata di Vietnam Selatan.

[[Ho Chi Minh]] menerima hantaran senjata dan peralatan lain daripada [[Kesatuan Soviet]] dan [[China]] melalui Pelabuhan [[Haiphong]]. Peralatan dan senjata ini kemudiannya dihantar melalui [[Laluan Truong Son]] (dipanggil [[Laluan Ho Chi Minh]] oleh pihak Amerika Syarikat) kepada NLF and [[Viet Cong]] di Vietnam Selatan. [[Laluan Truong Son]] ini melalui negara jiran [[Laos]] dan [[Kemboja]], dan berakhir kira-kira 50 km di luar [[Saigon]]. Ini merumitkan keadaan, dan [[Amerika Syarikat]] tertekan kerana tidak dapat menyerang laluan ini tanpa memasuki ataupun menakluki kawasan negara-negara tersebut. Dalam masa yang sama, [[Laos]] dan [[Kemboja]] sendiri menghadapi pemberontakan oleh kumpulan-kumpulan [[Komunis]] di negara mereka. Di [[Laos]], kumpulan Pathet Lao dipengaruhi dan dilengkapkan oleh Vietnam Utara. [[Kemboja]] secara rahsia membenarkan kawasannya digunakan oleh [[Vietnam Utara]] untuk penghantaran bekalan kepada pemberontak di [[Vietnam Selatan]].

Apabila tentangan kepada pemerintahan [[Ngo Dinh Diem]] semakin kuat dan terbuka, [[Vietnam Utara]] mencetuskan satu [[insurgensi]] di [[Vetnam Selatan]]. [[Barisan Pembebasan Kebangsaan]] (National Liberation Front) diuruskan, dibaiyai dan diberikan perbekalan oleh [[Vietnam Utara]]. [[Amerika Syarikat]], [[Kesatuan Soviet]] dan Republik Rakyat [[China]] semakin terlibat.

'''Insurgensi Secara Terbuka'''

Dalam bulan Disember 1960, dengan arahan diberikan dari [[Hanoi]], anasir Komunis di Vietnam selatan menubuhkan Barisan Pembebasan Kebangsaan [[NLF]] untuk menggulingkan kerajaan Vietnam Selatan. Barisan Pembebasan Kebangsaan terdiri daripada dua kumpulan berbeza (i) para intelek Vietnam Selatan, seperti [[Truong Nhu Tang]], yang menentang kerajaan pimpinan [[Ngo Dinh Diem]] dan (ii) anasir Komunis seperti [[Nguyen Thi Binh]], yang terus tinggal di [[Vietnam Selatan]] selepas pembahagian Vietnam dan penghijrahan beramai-ramai tahun 1954 dan dibantu oleh anasir Komunis yang dihantar ke selatan oleh [[Viet Minh]]. [[Tentera Vietnam Utara]] menguasai sebahagian besar wilayah timur negara [[Laos] dan membekalkan NLF dengan senjata melalui [[Laluan Ho Chi Minh]].

Pada mulanya, kerajaan Presiden diem menunjukkan keupayaan menangani insurgensi dengan bantuan penasihat-penasihat tentera [[Amerika Syarikat]]. Dalam tahun [[1962]], [[Vietnam Selatan]] seakan-akan sedang menang dalam perjuangan menentang insurgensi. Pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat mendapat laporan positif daripada Gen. [[Paul D. Harkins]], pegawai pemerintah Ketumbukan Bantuan ketenteraan (Military Assistance Command, Vietnam) ataupun [[MACV]]. President [[John F. Kennedy]] menambah bilangan "penasihat" [[Amerika Syarikat]] dengan harapan tentera Amerika dapat mengalahkan [[insurgensi]] seperti yang berjaya dicapai oleh pasukan keselamatan [[ Tentera British]] di [[Malaya]] semasa [[Darurat]].

'''[[Pertempuran Di Ap Bac]]'''
[[Image:Battlefield_at_Ap_Bac.jpg|frame|Ap bac : CH-21 dan Huey terhempas di sawah padi]]

Pada [[2 Januari]], [[1963]] pertempuran besar-besaran yang pertama berlaku di [[Pertempuran Di Ap Bac|Ap Bac]] di antara pasukan ARVN (Tentera darat Republik Vietnam) seramai 1,400 orang anggota dan pasukan Komunis [[Vietnam Selatan]] seramai 350 orang. Tentera ARVN mengalami kekalahan teruk dan mengalami 83 anggota terkorban dan 108 orang lain cedera sementara pihak tentera [[Komunis]] berjaya melepaskan diri dengan hanya 18 orang anggota terkorban.

[[Pertempuran Ap Bac]] dalam tahun 1963 menunjukkan peningkatan [[insurgensi]] di [[Vietnam Selatan]] kesan daripada perolehan anggota, senjata dan bekalan daripada [[Vietnam Utara]]. Pemberontakan kini dibuat secara terang-terangan. Presiden [[Ngo Dinh Diem]] kian dibenci oleh rakyat kerana kerajaannya menganjurkan [[nepotisme]] dan [[korupsi]]. Kerajaan Presiden [[Ngo Dinh Diem]] juga berat sebelah kepada minoriti beragama [[Kristian]] dengan membelakangkan kumpulan majoriti yang beragama [[Buddha]]. Kerajaan [[Amerika Syarikat]] mulai yakin bahawa Presiden [[Diem]] tidak akan berupaya menewaskan [[Vietnam Utara]]. Bahkan [[Amerika Syarikat]] mengesyaki Presiden [[Ngo Dinh Diem]] akan membuat perjanjian dengan [[Vietnam Utara]].

'''[[Putera Sihanouk]] dan Pakatannya'''

Dalam tahun 1965, [[Putera Sihanouk]] dari [[Kemboja]] membuat pakatan dengan [[China]] dan [[Vietnam Utara]] membolehkan tentera [[Vietnam Utara]]menubuhkan pengkalan tentera yang tetap di [[Kemboja]]. [[Vietnam Utara]] dan [[China]] juga boleh menggunakan Pelabuhan di [[Sihanoukville]] untuk hantaran senjata dan perbekalan tentera. Dalam tahun 1970, Putera Sihanouk digulingkan oleh Perdana Menteri [[Lon Nol]] dan laluan melalui Sihanoukville tidak lagi dibenarkan. Dalam masa itu, [[Laluan Ho Chi Minh]] telah dibangunkan dan kini boleh mengendalikan lori dan trak tentera. [[Laluan Ho Chi Minh]] menjadi nadi penting bagi NLF di Vietnam Selatan dan menjadi sasaran serangan udara oleh Tentera Udara Amerika Syarikat

===Prinsip Perjuangan===

Kerajaan [[Vietnam Selatan]] dan sekutunya terdiri dari negara-negara Barat mencerminkan [[konflik]] ini sebagai penggunaan kuasa tentera sebagai cara untuk mengubah suasana politik melalui tentangan prinsip Komunisme bagi membolehkan mereka menyekat pengluasan pengaruh [[Komunisme]] oleh [[Soviet Union]] dan [[China]] di [[Asia Tenggara]]. Ini mencorakkan bentuk penentangan kuasa besar di masa-masa akan datang.

Kerajaan [[Vietnam Utara]] melihat peperangan ini sebagai satu perjuangan untuk menyatakan semula negara [[Vietnam]] di bawah pimpinan sebuah [[negara sosialis]] dan untuk menghalau [[pencoroboh]] asing – sebagai ikutan kepada penentangan mereka terhadap penjajahan [[Perancis]].

==Campur Tangan Amerika==

===Penglibatan Amerika Semasa Presiden Harry S Truman===

Semasa [[Perang Dunia II]], ''Office of Strategic Services'' atau [[OSS]] (kini [[CIA]]) memberikan bantuan ketenteraan kepada [[Ho Chi Minh]]. Selepas tamat [[Perang Dunia II]], [[Amerika Syarikat]] melihat [[Viet Minh]] dengan kesangsian, kerana pegangan [[Komunisme]] [[Viet Minh]]. Walaupun demikian, pegawai-pegawai OSS masih ditugaskan untuk tujuan penyelarasan dengan [[Viet Minh]]. OSS memberikan bantuan kepada Viet Minh untuk menguruskan penghantaran pulang anggota tentera Amerika yang telah menjadi tawanan perang Jepun dan ditahan di [[Vietnam]].
Pada [[26 September]] [[1945]], Lt. Col. A. Peter Dewey [http://www.arlingtoncemetery.net/apdewey.htm ] seorang pegawai OSS ditembak mati oleh [[Viet Minh]], menjadikan beliau anggota tentera pertama terbunuh di [[Vietnam]].

Dengan tercetusnya [[Perang Korea]], Presiden [[Harry S. Truman]] meningkatkan bantuan ketenteraan kepada kerajaan [[Perancis]] untuk memungkinkan kemenangan Perancis mengatasi pemberontakan oleh Viet Minh. [[Harry S. Truman]] mengumumkan "acceleration in the furnishing of military assistance to the forces of France and the Associated States in Indochina…" dan menghantar 123 orang pegawai tentera ke [[Vietnam]] untuk membantu [[Perancis]] di dalam peranan bukan tempur. Dalam tahun [[1951]], Presiden [[Harry S. Truman]] membuat sumbangan $150 juta untuk membantu membiayai kos perang Perancis di Vietnam.

===Penglibatan Amerika Semasa Presiden [[Dwight D. Eisenhower]] 1953–1961===

Presiden [[Dwight D. Eisenhower]] menggunakan kuasa dan prestij [[Tentera Amerika Syarikat]] untuk membantu penubuhan sebuah kerajaan bukan Komunis di [[Vietnam Selatan.]] Pentadbiran [[Dwight D. Eisenhower|Eisenhower]] amat risau akan kejayaan pihak Komunis bertapak dan meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara. [[Amerika Syarikat]] mengalami 142,000 orang anggota tentera terbunuh di [[Korea]] dalam usaha membantutkan kemaraan [[Komunisme]] di [[Semenanjung Korea]]. Di [[Malaya]], Pentadbiran [[Dwight D. Eisenhower|Eisenhower]] melihat [[Tentera British]] dan anak-anak watan [[Malaya]] bergelut menentang pemberontakan oleh [[Parti Komunis Malaya]]. [[Amerika Syarikat]] melihat ini sebagai sebahagian daripada rancangan besar [[Komunisme]] untuk bertapak dan menular ke seluruh pelosok dunia.

Pentadbiran [[Dwight D. Eisenhower|Eisenhower]] tidak mahukan pengorbanan besar di [[Korea]] akan menjadi sia-sia sekiranya [[Komunisme]] berjaya bertapak di [[Asia Tenggara]].
Tetapi Pentadbiran [[Dwight D. Eisenhower|Eisenhower]] menghadapi kesukaran mendapatkan sokongan ramai untuk melibatkan diri dalam satu lagi peperangan selepas [[Perang Korea]]. [[Dwight D. Eisenhower]] menggunakan pasukan-pasukan kecil "penasihat tentera" dipanggil Kumpulan Bantuan Penasihat Tentera (Military Assistance Advisory Group) ataupun [[MAAG]] ke [[Vietnam Selatan]] untuk membantu [[Vietnam Selatan]] menentang kemaraan Komunisme.

Pada [[1 November]] [[1955]], [[Dwight D. Eisenhower]] menghantar kumpulan pertama [[MAAG]] ke [[Vietnam Selatan]] untuk memberikan latihan kepada Tentera Vietnam Selatan ([[ARVN]]). Ini merupakan permulaan pembabitan rasmi [[Amerika Syarikat]] di dalam perang [[Vietnam]].
Pada [[8 Julai]], [[1958]], Charles Ovnand and Dale R. Buis menjadi anggota [[MAAG]] pertama terbunuh semasa bertugas di Vietnam. [http://thewall-usa.com/information.asp] [http://www.nyvietnamveteransmemorial.org/vvm/exp_place.jsp?id=326]

===[[John F. Kennedy]] - Perkembangan Dasar Kawalan ===

Dalam bulan [[Jun]] [[1961]], [[John F. Kennedy]] bertemu [[Nikita Khrushchev]] di [[Vienna]], [[Austria]]. Mereka bercanggah pendapat dalam perkara-perkara dasar berkaitan isu-isu Amerika-Soviet. Perjumpaan itu menyakinkan [[Presiden]] [[John F. Kennedy]] dan para analisis seperti [[John Kennan]] bahawa [[Asia Tenggara]] akan menjadi medan di mana [[Soviet Union]] akan menguji keazaman [[Amerika Syarikat]] menguatkuasakan dasar mengawal pengaruh Komunis (containment policy) yang dimulakan oleh [[Pentadbiran Truman]] dan dikuatkan oleh kebuntuan penguasaan Komunis semasa [[Perang Korea.]]

[[Image:Thich Quang Duc - Self Immolation.jpg|thumb|right|400px|[[Thích Quảng Ðức]] membakar dirinya hidup-hidup sebagai membantah [[Perang Vietnam]]. Menurut David Halberstam, "''Semasa dia terbakar dia langsung tidak bergerak, tidak mengeluarkan bunyi''"]]

[[John F. Kennedy]] berminat dengan konsep penggunaan [[Pasukan Khas]] untuk operasi [[tindakan cegah insurgensi]] (counterinsurgency). [[John F. Kennedy]] melihat kejayaan [[Tentera British]] menangani [[Darurat]] di [[Malaya]] sebagai satu pencontoh cara mana insurgensi dapat ditewaskan. Pasukan ''Special Forces'' [[Tentera Amerika]] ditubuhkan sebagai pasukan gerila yang menjalankan [[peperangan bukan konvesional]] di belakang barisan musuh di [[Eropah]], [[John F. Kennedy]] percaya pasukan [[Green Berets]] boleh memberikan kesan besar menjalankan peperangan kecil-kecilan (dipanggil “brush fire” oleh Pentadbiran Kennedy) di [[Vietnam]].

Dalam bulan [[Mei]], [[1961]] — [[John F. Kennedy]] menghantar 400 orang anggota ''[[Green Beret]]'' ke Vietnam Selatan sebagai "Penasihat Khas" untuk melatih [[ARVN]]. [[John F. Kennedy]] juga membenarkan juruterbang Amerika syarikat membuat penerbangan tempur sambil berpura-pura melakukan misi latihan penerbangan. Pada [[20 Januari]] [[1961]] Presiden Perancis, [[Charles de Gaulle]] memberitahu Presiden John F. Kennedy "''I predict you will sink step by step into a bottomless quagmire, however much you spend in men and money''". [http://www.fsmitha.com/h2/ch26.htm] [http://www.bartleby.com/quotations/012004.html]

[[John F. Kennedy]] menghadapi krisis besar dalam tiga bahagian ketika itu, (i) kegagalan operasi [[Bay of Pigs]] di [[Cuba]] (ii) pemisahan Berlin dengan pembinaan [[Tembok Berlin]] (iii) penyelesaian secara rundingan di antara Kerajaan pro-Barat di Laos dengan kumpulan Komunis [[Pathet Lao]] di Laos. [[John F. Kennedy]] takutkan kegagalan [[Amerika Syarikat]] mengawal pengluasan pengaruh [[Komunis]] di [[Indochina]] akan melumpuhkan kredibiliti [[Amerika Syarikat]]. [[John F. Kennedy]] berazam untuk berpatah arang menghalang kemenangan pihak [[Komunis]] di [[Vietnam]]. Kata [[John F. Kennedy]], “''Now we have a problem in making our power credible and Vietnam looks like the place''”. [http://mcadams.posc.mu.edu/goldzwig.htm]

Pentadbiran Kennedy semakin hampa dengan Presiden [[Ngo Dinh Diem]]. Dalam tahun [[1963]], tindakan keras ke atas sami-sami Buddha yang membantah tindakan kerajaannya mencetuskan peristiwa di mana sami-sami membakar diri mereka hidup-hidup di hadapan pemberita-pemberita antarabangsa. Peristiwa yang mendapat liputan meluas adalah peristiwa membakar diri hidup-hidup oleh [[Thích Quảng Ðức]] untuk membantah kekejaman tindakan Presiden [[Ngo Dinh Diem]] ke atas kumpulan [[sami Buddha]]. Anasir-anasir [[Komunis]] mengambil kesempatan untuk menabur fitnah dan dakyah untuk membangkitkan kemarahan penganut [[fahaman Buddha]] dan mencetus ketidakstabilan sosial.

Pentadbiran [[John F. Kennedy|Kennedy]] cuba memberi tekanan kepada [[Ngo Dinh Diem]] dengan meminta Pegawai-pegawai ARVN bertindak menentang tindakan melampau ke atas pembantah [[Buddha]] tetapi tidak mendapat sokongan. [[Ngo Dinh Diem]] juga keras hati dan tidak selalunya mahu menerima “nasihat” oleh pegawai [[Tentera Amerika]], sebaliknya membuat keputusan sendiri.

Dalam bulan [[November]] [[1963]], kedutaan [[Amerika Syarikat]] di [[Saigon]] memberikan petanda kepada pengkomplot bahawa [[Amerika Syarikat]] tidak ada halangan untuk menggulingkan [[Ngo Dinh Diem]] daripada berkuasa. Presiden [[Ngo Dinh Diem]] digulingkan dalam satu [[rampasan kuasa tentera]] dan dihukum bunuh. Keadaan keselamatan menjadi huru hara dan [[Vietnam Utara]] mengambil kesempatan untuk menguatkan kedudukan konco dan anasirnya di [[Vietnam Selatan]].

[[Vietnam Selatan]] seterusnya melalui satu tempoh ketidakstabilan, dengan pemerintahan tentera yang saling berganti. [[Amerika Syarikat]] semakin runsingkan keadaan dan meningkatkan bilangan anggota penasihat tenteranya di [[Vietnam]]. Secara perlahan, [[Amerika Syarikat]] ditarik masuk ke dalam kemelut perang di [[Vietnam]]. Tujuh kerajaan mengambil kuasa dalam tahun [[1964]]. Dalam tempoh 16 Ogos hingga 3 September sahaja, kerajaan bertukar sebanyak 3 kali. Peralihan ini hanya menguatkan pergerakan [[Vietcong]] dan anasir [[Viet Minh]]. Mereka menggunakan sepenuhnya kekosongan kuasa ini untuk menguatkan kedudukan mereka dan mengumpulkan lagi bekalan senjata dan peralatan lain.

===[[Lyndon B. Johnson]] Dan Peningkatan Penyertaan Amerika Syarikat===

Dalam bulan [[Jun]], [[1964]] Presiden [[Lyndon B. Johnson]] melantik Jeneral [[William Westmoreland]] menggantikan [[Paul D. Harkins]] sebagai Pemerintah [[MAAG]] di [[Vietnam]]. Di bawah pimpinan [[William Westmoreland |Westmoreland]], bilangan anggota [[Tentera Amerika]] meningkat dari 16,000 orang anggota dalam tahun [[1964]] kepada lebih 500,000 orang selepas [[Serangan Tet]] dalam tahun [[1968]]. Peningkatan dibuat secara berperingkat oleh [[William Westmoreland |Westmoreland]]. Peningkatan pertama berlaku pada [[27 Julai]], [[1964]], apabila 5,000 orang penasihat tentera dikerah ke Vietnam, menjadikan jumlah anggota seramai 21,000 kesemua.

'''[[Insiden Teluk Tonkin]]'''

[[Image:Tonkingunboats.jpg|thumb|400px|Gambar Foto diambil Dari USS Maddox Semasa Serangan oleh 3 Buah bot Penyerang Torpedo Vietnam Utara]]

Peningkatan mendadak berlaku selepas [[Insiden Teluk Tonkin]] pada tarikh-tarikh [[2 Ogos]] [[1964]] hingga [[4 Ogos]] [1964]]. Dalam insiden ini Presiden [[Lyndon B. Johnson|Johnson]] mendakwa kapal pemusnah [[USS Maddox]] dan [[USS C. Turner Joy]] dari [[Pasukan Petugas]] [[Tentera Laut Amerika]] telah diserang oleh bot penyerang pembawa torpedo milik [[Vietnam Utara]]. Sebelum itu, tidak ada sengketa secara berdepan di antara [[Amerika Syarikat]] dan [[Vietnam Utara]]. Kesahihan dakwaan serangan ini menjadi bahan perdebatan sehingga kini. (Laporan yang disebarkan oleh [[Agensi Keselamatan Kebangsaan]] (National Security Agency) dalam tahun [[2005]] menunjukkan tidak ada serangan dibuat pada [[4 Ogos]] 1964 seperti yang didakwa [[Lyndon B. Johnson|Johnson]])

Ekoran dari serangan ini, [[Senat Amerika Syarikat]] meluluskan [[Resolusi Teluk Tonkin]] pada [[7 Ogos]] [[1964]], yang memberikan sokongan dan kuasa meluas kepada Presiden [[Lyndon B. Johnson|Johnson]] untuk membantu ''mana-mana kerajaan Asia Tenggara yang diancam oleh penggulingan Komunis''. Resolusi ini memberikan mandat kepada Presiden [[Lyndon B. Johnson|Johnson]] untuk meningkatkan penglibatan [[Amerika Syarikat]] di [[Vietnam]], “mengikut ketetapan yang dibuat oleh Presiden”, tetapi dengan tidak mengisytiharkan keadaan perang. Resolusi ini diluluskan sebulat suara oleh [[Dewan Perwakilan]] (House of Representatives) dan di [[Kongres Amerika|Kongres]], hanya 2 bantahan diterima dari Wayne Morse ([[Oregon]]) dan Ernest Gruening ([[Alaska]]). Morse menyatakan bahawa sejarah akan menunjukkan bahawa beliau dan Gruening bertindak untuk mempertahankan kepentingan rakyat [[Amerika]].

Presiden [[Lyndon B. Johnson|Johnson]] dalam ucapan di televisyen membahaskan bahawa cabaran yang dihadapi di Asia Tenggara sama seperti cabaran di [[Greece]], [[Turki]], [[Berlin]], [[Korea]], [[Lubnan]] dan [[Cuba]]. Pada 28 November, 1964 Majlis Keselamatan Kebangsaan di anggotai oleh [[Robert McNamara]], [[Dean Rusk]], dan [[Maxwell D. Taylor]] membuat cadangan saranan supaya peningkatan dibuat saranan kepada Presiden [[Lyndon B. Johnson|Johnson]] menggunakan pelan 2 peringkat bagi peningkatan campurtangan [[Amerika Syarikat]] di [[Vietnam]]. Dengan peningkatan pembabitan [[Amerika Syarikat]] di [[Vietnam]], mengikut komitmen di bawah Perjanian [[SEATO]], [[Australia]] dan [[New Zealand]] bersetuju menyumbang anggota tentera dan bahan peperangan kepada usaha ketenteraan di [[Vietnam]].

Australia memperkenalkan [[kerahan tentera]] akhir tahun [[1964]], melibatkan mereka yang berumur 20 tahun untuk mendaftar. Pemilihan akan dibuat melalui cabutan di bawah [[Skim Khidmat Negara Australia|Skim Khidmat Negara]] (National Service Scheme). Pemilihan akan dibuat setiap 3 hingga 6 bulan dan mereka yang dilahirkan pada tarikh loteri tersebut perlu menghadiri pemeriksaan fizikal dan psikologi. Mereka yang lulus pemeriksaan akan dihantar ke [[Vietnam]] untuk berkhidmat selama 2 tahun.

'''Memilih Strategi'''

Sepanjang musim gugur dan musim sejuk tahun 1964, Pentadbiran [[Lyndon B. Johnson|Johnson]] membahaskan strategi terbaik untuk memerangi pengaruh [[komunis]] di [[Vietnam]]. [[Majlis Ketua-Ketua Turus Angkatan Tentera]] mahu meningkatkan penggunaan pesawat [[Tentera Udara Amerika]] di [[Vietnam Utara]] untuk membantu penstabilan kerajaan di Vietnam Selatan. Penganalisis awam di [[Pentagon]] mahukan kekerasan dikenakan secara berperingkat menggunakan pengeboman yang terpilih yang terhad. Penolong [[Setiausaha Negara]] George Ball tidak bersetuju dan menuduh dasar oleh Pentadbiran [[Lyndon B. Johnson|Johnson]] terlampau menekan dan hanya memberikan pulangan yang tidak berbaloi.

[[Image:caribouUSArmy.jpg|thumb|400px|Pesawat C-7 Caribou Tentera Amerika di Pengkalan Pleiku]]

Selepas [[Insiden Teluk Tonkin]], Johnson mengumumkan bahawa Amerika tidak mahukan perang yang lebih meluas. [[Vietnam Utara]] pula mula menghantar anggota-angota terlatih dari Tentera Rakyat Vietnam (PAVN) ke [[Vietnam Selatan]]. Mereka menyelaras pergerakan dengan [[Vietcong]]. Pada [[7 Februari]], [[1965]], mereka melancarkan serangan ke atas sebuah pengkalan [[helikopter]] Amerika di [[Pleiku]] dan mengakibatkan 8 anggota tentera terbunuh, 126 orang cedera dan 10 buah [[helikopter]] musnah. Pada [[10 Februari]] [[1965]], mereka membuat serangan lain ke atas kediaman tentera amerika di [[Qui Nhon]], dan berjaya membunuh 23 orang tentera Amerika dan mencederakan 21 orang yang lain. Serangan ini dibuat semasa lawatan [[Aleksey Kosygin]], Perdana Menteri Soviet Union ke Hanoi untuk berusaha memujuk Vietnam ke meja perundingan. [[Aleksey Kosygin]] menghentikan usaha damainya selepas serangan tersebut dan sebaliknya menjanjikan kepada [[Vietnam Utara]] bantuan tentera tanpa bersyarat.

Selepas serangan ini, [[Lyndon B. Johnson|Johnson]] mengarahkan serangan balas dengan pengeboman dari udara dilancarkan. Penasihat Presiden [[Lyndon B. Johnson|Johnson]], khususnya [[McGeorge Bundy]] dan [[Robert McNamara]] percaya pentingnya dilancarkan serangan udara yang intensif ke atas [[Vietnam Utara]] untuk menunjukkan balasan bakal diterima sekiranya [[Vietnam Utara]] menyokong [[NLF]]. Operasi ''Flaming Dart'' merupakan kali pertama serangan udara ke atas Vietnam Utara dilakukan sebagai balasan kepada serangan ke atas pengkalan Amerika di selatan. Serangan juga dimulakan ke atas sasaran [[Vietcong]] and [[PAVN]] di [[Vietnam Selatan]]. Tentera Amerika juga melengkapkan pengkalan [[Da Nang]] dengan misil darat ke udara jenis [[Hawk]] sebagai langkah berwaspada seandainya [[Hanoi]] hendak melancarkan serangan udara ke atas pengkalan tersebut. Melihat perkembangan ini, Soviet Union membekalkan misil Da Nang jenis [[SAM-2]] dan [[SAM-3]] ke Vietnam Utara.

Pada [[2 Mac]] [[1965]], [[Lyndon B. Johnson|Johnson]] memberi kelulusan untuk memulakan serangan berterusan ke atas Vietnam Utara. Oleh kerana pasukan [[ARVN]] dianggap terlalu lemah untuk memberikan perlindungan, anggota pasukan tempur Amerika diperlukan untuk mengadakan kawalan keselamatan di pengkalan-pengkalan udara yang digunakan tentera Amerika. Pada [[8 Mac]], [[1965]], kumpulan pertama terdiri dari 3,500 orang anggota [[Kor Merin Amerika Syarikat|Merin]] dari Rejimen ke-9 Kor Merin mendarat di [[Da Nang]]. Pada akhir bulan April, mereka diikuti oleh 56,000 anggota tentera tambahan. Pada akhir bulan Jun, tambahan tentera meningkat kepada 74,000 orang.

'''Peningkatan Bilangan Tentera Amerika'''

Pada permulaan bulan Mac 1965, bilangan tentera Amerika di Vietnam berjumlah 25,000 orang penasihat tentera. Pendaratan oleh Rejimen ke-9 Kor Marin Amerika di Da Nang pada 8 Mac, 1965 merupakan titik tolak peningkatan campur tangan tentera Amerika di Vietnam. Peperangan udara juga ditingkatkan. Pada 24 Julai 1965, 4 buah pesawat MCDonnell Douglas F-4C Phantom II yang mengiringi misi pengeboman di Kang Chi diserang oleh misil darat ke udara Vietnam Utara. Ini merupakan pertama kali pesawat udara Amerika diserang. Sebuah pesawat ditembak jatuh. Empat hari kemudian Presiden [[Lyndon B. Johnson|Johnson]] mengarahkan supaya bilangan tentera Amerika ditingkatkan kepada 125,000. Pada [[29 Julai]], [[1965]], 4,000 anggota dari Divisyen Ke-101 (Airborne) mendarat di Vietnam melalui Pelabuhan Teluk Cam Ranh.

Operasi “Starlite” yang dilancarkan pada [[18 Ogos]] [[1965]] adalah pertempuran pertama melibatkan pasukan tempur darat Amerika dan melibatkan 5,500 anggota [[Kor Marin Amerika|Marin]] berjaya memusnahkan kubu [[Viet Cong]] di daerah [[Quảng Ngãi]]. Selepas pertempuran ini [[Viet Cong]] mengelakkan daripada bertempur mengikut cara yang dikehendaki oleh Tentera Amerika.

[[Vietnam Utara]] menghantar pasukan tentera mereka [[(PAVN)]] ke [[Vietnam Selatan]] untuk melancarkan serangan gerila dan konvensional. Mereka berharap dapat mengikis sedikit demi sedikit kekuatan ARVN dan akhirnya menghapuskan [[ARVN]]. Sebilangan pemimpin [[Vietnam Utara]] hendak melancarkan serangan besar-besaran di Tanah Tinggi Vietnam (central Highlands) menggunakan [[PAVN]] untuk memecahkan [[Vietnam Selatan]] menjadi dua bahagian.

'''[[Pertempuran Lembah Ia Drang]]'''

Tetapi kuasa tembak yang ditunjukkan oleh pasukan Amerika semasa [[Pertempuran Lembah Ia Drang]] (lihat filem “[[We Were Soldiers]]”) menyebabkan [[PAVN]] mengalami kerugian besar. Selepas itu [[PAVN]] tidak lagi mencabar tentera Amerika dalam [[peperangan konvesional]] di mana tentera Amerika dapat menggunakan [[taktik perang]] dan kuasa tembak mereka yang jauh lebih baik daripada apa yang boleh digunakan oleh [[PAVN]] di [[Vietnam Selatan]].
[[Pertempuran Lembah Ia Drang|Pertempuran di Lembah Ia Drang]] melibatkan [[Divisyen]] [[Kavalri Udara]] memaparkan pertama kalinya pertemuan di antara formasi tentera Amerika dengan unit pasukan regular [[PAVN]]. Batalion Pertama, Rejimen ke-7 Kavalri (Bn 1/7) di bawah pimpinan Lt. Kolonel [[Harold Moore|Hal Moore]] menggunakan pergerakan dengan [[helikopter]], bantuan pengeboman dari udara dan bantuan tembakan [[artileri medan]] dengan berkesan untuk menyerang dan menewaskan [[Rejimen]] ke-33, ke-66 dan ke-320 [[PAVN]]. [http://www.wtj.com/articles/xray/] Selepas 3 hari bertempur, Bn 1/7 Kavalri mengalami 79 anggota terbunuh dan 121 cedera, tetapi berjaya memaksa [[Divisyen]] [[PAVN]] tersebut berundur kerana mengalami jumlah korban yang terlalu tinggi.
[[PAVN]] mempelajari bahawa kuasa tembakan [[artileri]] Amerika boleh diatasi dengan membuat tempur berhampiran kedudukan tentera Amerika supaya mereka tidak dapat memanggil bantuan [[artileri]] kerana mungkin terkena kedudukan sendiri. Keberkesanan taktik ini dilihat pada keesokan harinya apabila [[PAVN]] menggunakan taktik untuk membuat serang hendap menewaskan Bn 2/7 Kavalri di LZ Albany, dan pada [[17 November]] [[1965]]. Dalam pertempuran itu, tentera Amerika mengalami 155 terbunuh and 126 cedera, jumlah paling ramai terbunuh dalam sesuatu hari di sepanjang Perang Vietnam.

[[Pertempuran Lembah Ia Drang|Pertempuran di Lembah Ia Drang]] penting kerana memberikan manfaat pengajaran kepada [[PAVN]]; walaupun mengalami jumlah korban yang tinggi, mereka mempelajari cara mana mengatasi kelebihan kuasa tembakan yang ada di tangan pasukan tentera Amerika. Lt. Kolonel [[Harold Moore|Hal Moore]] sendiri berpendapat bahawa pertempuran itu berkeputusan seri. [http://www.answers.com/topic/battle-of-ia-drang] Selepas [[Pertempuran Lembah Ia Drang|Pertempuran di Lembah Ia Drang]], [[PAVN]] tidak lagi mencabar pasukan Amerika dalam pertempuran terbuka.
Selepas Ia Drang

Selepas [[Pertempuran Lembah Ia Drang|Pertempuran di Lembah Ia Drang]], Pentagon amat merasa yakin bahawa kuasa tembakan tentera Amerika lebih baik daripada [[PAVN]]. Mereka mengumumkan penggunaan operasi besar-besaran berkesan menewaskan [[Viet Cong]] dan [[PAVN]]. Untuk maksud ini, Pentagon meminta pertambahan anggota tentera dari 120,000 kepada 400,000 orang. Pada akhir tahun [[1965]], bilangan tentera Amerika di [[Vietnam]] mencecah 184,000 orang.

Dalam bulan Februari 1966, Jeneral [[William Westmoreland]] bertemu Presiden [[Lyndon B. Johnson|Johnson]] di Hawaii. [[William Westmoreland|Westmoreland]] bertegas bahawa kehadiran tentera Amerika telah berjaya menghalang kejatuhan kerajaan [[Vietnam Selatan]]. [[William Westmoreland|Westmoreland]] meminta penghantaran lebih ramai anggota tentera untuk membolehkannya menyerang dan seterusnya menghapuskan ancaman [[Komunis]] ke atas [[Vietnam Selatan]].

[[William Westmoreland|Westmoreland]] mendakwa dengan tambah anggota tentera, beliau akan dapat, awal tahun 1967, mempastikan titik lintas di mana jumlah korban [[Viet Cong]] dan [[PAVN]] terlalu berat dan tidak boleh digantikan. Dengan itu, kemenangan boleh menjadi kenyataan. Presiden [[Lyndon B. Johnson|Johnson]] yakin dengan dakwaan [[William Westmoreland|Westmoreland]] dan memberikan kuasa supaya bilangan tentera Amerika di [[Vietnam]] ditambah kepada 429,000 orang menjelang [[Ogos]] [[1966]]. Peningkatan mendadak bilangan tentera penempur Amerika membolehkan [[William Westmoreland|Westmoreland]] menjalankan operasi “cari dan musnah” mengikut [[strategi pelumpuhan]] yang menekankan kematian ramai anggota musuh supaya mematahkan semangat juang [[Viet Cong]] dan [[PAVN]].

'''Operasi Rolling Thunder (1965–1968)'''

Rolling Thunder adalah siri misi pengeboman yang berterusan ke atas sasaran-sasaran di [[Vietnam Utara]], dan dilaksanakan oleh unit-unit [[Tentera Udara Amerika]] dan [[Tentera Laut Amerika]]. Tujuan misi pengeboman ini adalah untuk (a) mematahkan semangat juang rakyat [[Vietnam Utara]], (b) memusnahkan pusat-pusat industri di [[Vietnam Utara]], (c) memusnahkan sistem pertahanan udara Vietnam utara, khususnya sistem [[misil darat ke udara]] di sekitar [[Hanoi]], dan (d) untuk menyekat pergerakan anggota dan bekalan di [[Laluan Ho Chi Minh]].

Tetapi Pentadbiran Johnson menghadkan kawasan operasi pesawat pengebom yang ditugaskan. Umpamanya, [[Pelabuhan]] [[Haiphong]] dan kawasan sempadan China tidak dibenarkan diserang, walaupun kawasan tersebut merupakan pintu masuk bekalan ketenteraan ke [[Vietnam]]. Kawasan tertentu seperti Dewan Perwakilan di Hanoi juga tidak dibenarkan diserang. Kawasan Awam juga dikecualikan daripada serangan. Vietnam Utara menggunakan kesempatan menempatkan bekalan tentera di kawasan awam dan kawasan yang dikenalpasti tidak boleh diserang oleh [[Tentera Udara Amerika]] untuk dijadikan tempat simpanan bekalan dan tempat penempatan kelengkapan tentera. Umpamanya, [[meriam anti kapal terbang]] diletakkan di kawasan sekolah kerana tidak mungkin diserang oleh [[Tentera Udara Amerika]].

Kehebatan serangan ditingkatkan hanya secara beransur-ansur, tetapi pada kecepatan yang terlalu lembab sehingga membolehkan Vietnam Utara menyesuaikan diri dan taktik peperangan mereka sejajar dengan peningkatan misi pengeboman.

Pada [[31 Mac]], [[1968]] selepas [[Serangan Tet]], ''Rolling Thunder'' dihadkan kawasan serangannya untuk menggalakkan [[Vietnam Utara]] mengadakan perundingan damai. Misi pengeboman digantung sepenuhnya pada [[31 Oktober]] [[1968]] sejurus sebelum [[Pemilihan Presiden]] [[Amerika Syarikat]] 1968.

'''Kejayaan Tentera Amerika'''

Dalam bulan Januari 1966, [[Divisyen Pertama Kavalri]] berjaya membunuh 1,342 orang gerila [[Viet Cong]] dalam Ops Masher/White Wing di wilayah Binh Dinh. Gerakan ini berterusan sehingga bulan Oktober dan seramai 1,000 orang gerila Viet Cong terbunuh. Di sebelah utara [[Vietnam Selatan]], [[PAVN]] masuk ke wilayah Quang Tri. Oleh kerana bimbangkan serangan [[PAVN]] ke atas kota Quang Tri, pasukan [[Marin]] Amerika melancarkan Ops Hastings, yang berjaya memaksa PAVN berundur semula ke kawasan bebas tentera (DMZ). Operasi [[cari dan musnah]] dilakukan oleh tentera Amerika, dan [[ARVN]] ditugaskan untuk membuat kerja-kerja pendamaian (pacification)

Pada 12 Oktober, 1967, [[Setiausaha Negara Amerika]] [[Dean Rusk]] mengumumkan bahawa cadangan perdamaian dengan Vietnam Utara sia-sia kerana keengganan Vietnam Utara untuk duduk di meja rundingan. Vietnam Utara berkeras supaya Amerika Syarikat terlebih dahulu menjatuhkan kerajaan Vietnam Selatan dan seterusnya meninggalkan Vietnam. Pada [[17 November]], [[1967]], selepas terlebih dahulu meminta pandangan daripada kumpulan “Wise Men”, Presiden Johnson mengumumkan bahawa Amerika sedang mencapai kemajuan dalam Perang Vietnam. Jeneral Westmoreland mengesahkan pada 21 November bahawa “Amerika sedang menang”.

'''[[Pengepungan Khe Sanh]]'''

Pergerakan [[PAVN]] dibolehkan kerana pergerakan bebas kumpulan perbekalan di sepanjang [[Laluan Ho Chi Minh]]. Khe Sanh pada mulanya diasaskan dalam tahun 1962 oleh satu kumpulan [[Green Beret]] dalam bulan Julai [[1962]]. Dalam tahun [[1964]], pasukan Marin mula menghantar unit-unit ke Khe Sanh dan menjalankan operasi di kawasan sekitar. Dalam bulan [[Oktober]] [[1964]], kumpulan Striker (orang asli [[Montagnard]] yang diupah oleh [[Green Beret]]) mengesahkan pergerakan tentera [[PAVN]] di [[Laluan Ho Chi Minh]], bukti kukuh pertama bahawa [[Vietnam Utara]] menyusup anggota ke [[Vietnam Selatan]] melalui [[Laluan Ho Chi Minh]].

Dalam bulan [[September]] [[1966]], Pasukan [[Marin]] mengambil alih sepenuhnya pengkalan tempur [[Khe Sanh]], dengan dilengkapkan dengan landasan terbang membolehkan pesawat pengangkut mendarat. Pengkalan tempur di Khe Sanh boleh mengancam [[Laluan Ho Chi Minh]]. Pengukuhan pengkalan [[Khe Sanh]] adalah untuk menarik [[PAVN]] menyerang pengkalan tersebut, membolehkan tentera Amerika menggunakan kesemua sumber perang untuk menewaskan [[PAVN]]. Pengkalan itu juga digunakan sebagai tempat pelancaran serangan ke atas [[Laluan Ho Chi Minh]]. Laluan ho Chi Minh juga dipasangkan dengan [[pengimbas]] elektronik yang membolehkan Amerika mengesan pergerakan di sepanjang [[Laluan Ho Chi Minh]].

Pada kepimpinan [[Vietnam Utara]], [[Khe Sanh]] adalah satu ancaman yang perlu diketepikan. Mereka melihat kebarangkalian untuk mengulangi kejayaan mereka di [[Dien Bien Phu]] semasa [[Perang Indochina Pertama]] untuk mengalahkan dengan teruk tentera Amerika. Selama beberapa bulan, pasukan [[Marin]] dan [[PAVN]] mengatur unit-unit mereka di sekitar [[Khe Sanh]]. Pada [[21 Januari]] [[1968]], [[PAVN]] memulakan serangan besarnya yang pertama. Serangan demi serangan [[PAVN]] dapat dipatahkan dengan [[PAVN]] mengalami kerugian besar. [[PAVN]] juga diserang dengan hujan bom daripada pesawat pengebom B-52, bantuan udara terdekat oleh [[jet penyerang]] dan juga oleh bedilan [[artileri]] . Apabila Pengepungan Khe Sanh tamat dalam April 1968, 8,000 anggita PAVN terbunuh dan ramai yang lain cedera. [[Khe Sanh]] masih kukuh dan [[PAVN]] tidak dapat memutuskan perbekalan senjata dan bekalan ke Khe Sanh. Pengepungan Khe Sanh tamat apabila [[Divisyen Kavalri Udara]] melancarkan [[Ops Pegasus]].

Berbeza dengan [[Dien Bien Phu]], Amerika berupaya meneruskan pembekalan [[Khe Sanh]] kerana boleh menggunakan banyak pengangkut seperti [[C-119 Flying Boxcar]], [[C-123 Provider]], [[C-7 Caribou]] dan pesawat [[C-130 Hercules]]. Amerika juga mempunyai bilangan helikopter yang banyak dari jenis [[CH-47 Chinook]] dan helikopter [[UH-1 Huey]]. Pengepungan [[Khe Sanh]] memaksa AVN mengalihkan sumber daripada [[Serangan Tet]] dan mengurangkan kesan serangan tersebut.

'''Signifikan [[Pengepungan Khe Sanh]]'''

[[Pengepungan Khe Sanh]] dianggap satu kemenangan psikologi bagi tentera Amerika. Walaupun dikaitkan dengan kebarangkalian berulangnya situasi seperti [[Dien Bien Phu]], Khe Sanh akhirnya menghampakan [[PAVN]] kerana hanya 2 [[rejimen]] Marin terkepung di Khe Sanh. Tidak seperti [[Dien Bien Phu]], garison [[Marin]] di [[Khe Sanh]] secara berterusan dibekalkan oleh pesawat pengangkut [[Tentera Udara Amerika]] dan helikopter [[tentera darat]] dan [[Marin]]. Di saat genting apabila tembakan meriam anti kapal terbang begitu banyak, perbekalan masih boleh dibuat oleh [[Tentera Udara Amerika]] menggunakan hantaran payung terjun menggunakan sistem [[LAPES]] (Low Altitude Extraction System).

Tentera Amerika mengalami 400 orang terbunuh dan 1,800 yang lain cedera. Di [[Amerika Syarikat]], [[Water Cronkite]] menyifatkan [[Khe Sanh]] sebagai satu kekecewaan besar, dan membalikkan pendapat ramai mengenai Perang Vietnam. Makin ramai yang mula sangsi kebolehan Amerika memenangi perang tersebut. Kesan dari propaganda dan liputan berita yang mengikut, bersama-sama dengan kesan [[Serangan Tet]] yangdialncarkan semasa [[Pengepungan Khe Sanh]], Pentadbiran Johnson mula mengubah dasar [[Amerika Syarikat]] sebagai reaksi langsung kepada pendapat ramai rakyat Amerika.

'''[[Serangan Tet]]'''

Pada pengakhir tahun 1967, Jeneral [[Wiliam Westmoreland|Westmoreland]] yakin bahawa “''dalam masa 2 tahun ataupun kurang, tentera Amerika tidak lagi akan diperlukan untuk Perang Vietnam''” kerana tugas tersebut diserahkan secara beransur-ansur kepada tentera [[ARVN]].

Menjelang 15 Disember 1967, pemerintah pasukan tentera Amerika di Saigon menyerahkan tanggungjawab pertahanan Saigon kepada pasukan [[ARVN]]. Tindakan ini adalah sebagai tanda keyakinan Amerika kepada kesediaan ARVN memikul tanggungjawab mempertahankan ibu negara tersebut. Tugas menjaga keselamatan Saigon. Keselamatan Saigon adalah tanggungjawab Kumpulan ke-5 Ranger ARVN dengan dibantu oleh Bn 2/13 [[Rejimen]] [[Artileri]] Tentera Amerika. Di luar kawasan [[Saigon]], Pasukan Medan II Amerika mempunyai 39 batalion tempur yang sedang bersedia untuk menjalankan operasi tentera dekat dengan sempadan [[Kemboja]].

Apabila menjelang hari Tet, hanya 14 batalion tentera berada di sekitar 29 batu sekeliling Saigon. Leftenan Jeneral [[Fredrick C. Weyand]], tidak sedap hati melihat keadaan ini. Beliau nampak ada peningkatan trafik radio musuh di [[Saigon]], sedangkan pertembungan dengan pasukan musuh berkurangan. Pada 10 Januari 1968, [[Fredrick C. Weyand|Weyand]] mendapat kebenaran untuk membawa masuk 13 batalion tempurnya ke [[Saigon]].

Setelah diberitahu oleh pimpinan [[Tentera Amerika]] akan peningkatan keadaan keselamatan di Vietnam, rakyat Amerika amat terkejut apabila [[Viet Cong]] dan [[PAVN]] melanggar gencatan senjata pada perayaan Tết Nguyên Ðán tahun tersebut untuk melancarkan serangan di seluruh pelosok Vietnam Selatan menggunakan kumpulan-kumpulan tentera yang lengkap bersenjata.

35 buah bandar termasuk 13 ibu kota wilayah dirampas oleh anasir [[Viet Cong]]. [[Serangan Tet]] bertujuan merampas pejabat-pejabat penting kerajaan Vietnam Selatan untuk melumpuhkan kerajaan tersebut dan membolehkan [[Viet Cong]] menghasut rakyat ramai untuk memberontak menggulingkan kerajaan. Pemberontak beramai-ramai tidak berlaku. Sebaliknya, [[Serangan Tet]] menyebabkan pihak-pihak yang sebelum itu tidak memperdulikan politik berjuang di pihak kerajaan [[Vietnam Selatan]].

Serangan-serangan dapat dipatahkan dengan cepat, kecuali di [[Saigon]] di mana pertempuran berlanjutan selama 3 hari dan di [[Hue]] di mana pertempuran berlanjutan sehingga sebulan lamanya. Semasa pendudukan Komunis ke atas bandar [[Hue]], 2,800 orang dibunuh dengan kejam. Serangan ini mengakibatkan bilangan korban yang tinggi di kalangan pejuang [[Viet Cong]] dan [[PAVN]]. Ramai agen [[Viet Cong]] yang sebelumnya seperti orang awam yang enggan terlibat dalam aktiviti anti kerajaan menunjuk belang semasa serangan ini dan dihapuskan oleh askar-askar kerajaan.

Dalam tempoh satu bulan selepas ianya dilancarkan, Jeneral [[William Westmoreland|Westmoreland]] mendakwa bahawa [[Serangan Tet]] adalah satu bencana bagi [[Viet Cong]] dan [[PAVN]] dan infrastruktur yang dibina selama ini dimusnahkan. Dengan kehancuran [[Viet Cong]], hanya [[PAVN]] menggalas beban perjuangan di [[Vietnam Selatan]].

Media Amerika menyifatkan [[Serangan Tet]] sebagai tamparan hebat ke atas tentera Amerika. [[Walter Cronkite]], menyatakan keyakinan beliau bahawa adalah mustahil bagi Amerika menang di Vietnam. Kepercayaan ini dikuatkan dengan tayangan visual bangunan [[Kedutaan]] Amerika yang berjaya dirempuh masuk oleh askar berani mati [[Viet Cong]], dan serangan tersebut ditayangkan melalui televisyen di dalam ruang rehat rumah-rumah di seluruh pelosok Amerika. Rakyat Amerika bertanyakan bagaimana bangunan paling terkawal itu boleh jatuh ke tangan pemberontak komunis.

Selepas [[Serangan Tet]] President [[Lyndon B. Johnson|Johnson]] menaikkan cukai pendapatan untuk memperoleh dana bagi membiayai kos perang di Vietnam. Dalam tahun 1968, Perang Vietnam memerlukan kos US$66 juta setiap hari. Tentangan kepada penglibatan Amerika di Vietnam kian memuncak. Rakyat Amerika bertanyakan mengapa perlu meneruskan pembiayaan perang yang begitu mahal sedangkan Amerika tiada lagi peluang untuk menang.

[[Serangan Tet]] mencetuskan krisis politik di Amerika, dan kesannya mengubah arah perang di Vietnam. Jeneral [[William Westmoreland|Westmoreland]] meminta tambahan 206,000 orang anggota tentera tetapi permintaan itu ditolak. Sebaliknya Pentadbiran [[Lyndon B. Johnson|Johnson]] mahu memulakan perundingan damai dengan pihak Komunis Vietnam. Ketika ini, pendapat ramai menjurus kepada penentangan Perang Vietnam. Pentadbiran Johnson mula mencari strategi untuk keluar dari [[Vietnam]].

Di Vietnam, kepimpinan tentera menghadapi masalah untuk berdepan dengan [[PAVN]] kerana pasukan tersebut mengundurkan diri di belakang kawasan bebas tentera DMZ. Walaupun mempunyai peralatan moden jauh lebih baik daripada [[Vietnam Utara]], tentera Amerika kini tiada strategi yang jelas untuk mencapai kejayaan. Sebarang serangan melewati DMZ dianggap terlalu berisiko kerana kemungkinan China melibatkan diri menyebelahi [[Vietnam Utara]]. Operasi tentera di [[Kemboja]] dan [[Laos]] akan mencetuskan kontroversi politik dan akan menyebabkan [[PAVN]] mengubahkan [[Laluan Ho Chi Minh]] ke arah barat.

Meskipun tewas di medan tempur, pihak [[Viet Cong]] dan [[PAVN]] mencapai kejayaan [[propaganda]] semasa [[Serangan Tet]]. Rakyat Amerika mula mencurigakan apa yang dikhabarkan oleh Pentadbiran [[Lyndon B. Johnson|Johnson]] kepada mereka. Kebanyakan pemimpin politik tidak melihat kemenangan untuk Amerika. Percaturan politik kini tinggi, bukan sahaja dalam bentuk kewangan pembiayaan perang tetapi juga dalam bilangan nyawa yang terkorban. Sistem pengerahan tentera juga dilihat tidak adil kerana pemilihan yang tidak seimbang.

'''[[Creighton W. Abrams]]'''

Jeneral [[William Westmoreland|Westmoreland]] digantikan oleh timbalannya, Jeneral [[Creighton W. Abrams]]. [[Creighton W. Abrams|Abrams]] mengambil pendekatan baru, beliau mesra dan terbuka dengan media. Beliau cermat menggunakan serangan udara dan tembakan artileri, dan menghentikan penggunaan “''body count''” sebagai petunjuk kejayaan. [[Creighton W. Abrams|Abrams]] juga lebih bekerjasama dengan [[ARVN]].

Pada 14 Oktober 1968, [[Jabatan Pertahanan]] Amerika mengumumkan penghantaran 24,000 anggota tentera ke Vietnam untuk tugasan kali kedua. Langkah ini tidak diterima baik di Amerika Syarikat. Pada 31 Oktober 1968, Presiden [[Lyndon B. Johnson|Johnson]] mengumumkan pemberhentian semua pengeboman udara, laut dan artileri ke atas sasaran di Vietnam Utara, berkuat kuasa 1 November. Ini bertujuan memujuk Vietnam Utara ke meja perundingan damai. Perundingan akhirnya gagal dicapai.

Pada [[3 November]], [[1969]], Presiden [[Richard M. Nixon]] meminta rakyat Amerika bersama-sama dengannya untuk mencari penyelesaian perang di Vietnam dan pengunduran tentera Amerika dengan menguatkan dan seterusnya melepaskan tanggungjawab pertahanan Vietnam Selatan kepada rakyat Vietnam Selatan sendiri.

=== [[Richard M. Nixon]] ===

'''Polisi Vietnamisasi'''

Apabila [[Richard M. Nixon|Nixon]] dilantik menjadi Presiden, beliau mulakan rancangan pengunduran diri dari Perang Vietnam. [[Richard M. Nixon|Nixon]] mahukan ARVN dan pasukan keselamatan Vietnam diperkuatkan supaya boleh mempertahankan Vietnam tanpa bantuan Amerika dalam proses yang dipanggilnya '''Vietnamisasi'''. Amerika mula mengurangkan bilangan tenteranya di [[Vietnam]].
Serangan bom di [[Vietnam Utara]] dan [[Laos]] diteruskan semula untuk memusnahkan sistem perbekalan di [[Laluan Ho Chi Minh]]. Amerika Syarikat mula menyerang pengkalan komunis di [[Kemboja]]. Kerajaan [[Kemboja]] digulingkan dan kerajaan anti komunis di bawah [[Lon Nol]] mengambil kuasa. Pelabuhan di [[Kemboja]] kini tidak boleh digunakan lagi oleh [[Viet Cong]] dan [[PAVN]]. Vietnam Selatan membuat serangan besar ke atas pengkalan komunis di Laos tetapi gagal menutup bahagian [[Laluan Ho Chi Minh]] di situ. Lebih banyak misi pengeboman dijalankan oleh Amerika ke atas [[Vietnam Utara]].

Di medan politik, [[Richard M. Nixon|Nixon]] mengeratkan hubungan dengan [[Soviet Union]] dan [[China]], penyokong terkuat [[Vietnam Utara]] dengan tujuan meminta kedua negara memujuk [[Vietnam Utara]] ke meja perundingan. Usaha ini melancarkan satu era dipanggil era “''détente''” yang seterusnya membawa kepada perundingan pengurangan senjata nuklear (START, SALT) dan membuka dialog dengan [[China]]. Dalam tahun 1972, [[Richard M. Nixon|Nixon]] mengadakan lawatan ke [[Beijing]], [[Hangzhou]] dan [[Shanghai]] di [[China]]. Lawatan ini signifikan kerana ketika itu Amerika tidak mempunyai [[hubungan diplomatik]] dengan [[China]].

Dalam masa itu, [[Richard M. Nixon|Nixon]] meneruskan pengeboman [[Vietnam Utara]] dan seterusnya meminta bantuan [[China]] memujuk [[Vietnam Utara]] ke [[Perundingan Damai Paris]]. [[Richard M. Nixon|Nixon]] mahukan peluang membolehkan Amerika keluar dari Vietnam walaupun dengan membiarkan [[Vietnam Selatan]] sebagai korban selepas “satu tempoh yang munasabah”. [[Soviet Union]] dan [[China]] terus membekalkan [[Vietnam Utara]] dengan senjata dan bekalan yang akhirnya membolehkan [[Vietnam Utara]] melancarkan serangan akhir mengalahkan [[Vietnam Selatan]] dalam tahun [[1975]].

'''[[Pencerobohan Kemboja]]'''

Putera [[Norodom Sihanouk]] berkerjasama dengan konco komunis dan membenarkan komunis menggunakan pengkalan dan pelabuhan Kemboja. Dalam tahun 1968, pemberontakan oleh [[Khmer Rouge]] mula mengancam kestabilan Kemboja dan mengambil perlindungan di kawasan-kawasan kemboja yang dikuasai [[Vietnam Utara]]. [[Khmer Rouge]] adalan kumpulan ganas yang berhaluan ektremis dan mendapat ilham dari [[Josef Stalin]] dan [[Mao Zedong]].

Dalam tahun [[1970]], Putera [[Norodom Sihanouk]] digulingkan Perdana Menteri [[Lon Nol]] yang mahu menghentikan kerjasama dengan [[Vietnam Utara]] dan [[China]] kerana kedua pihak menyokong [[Khmer Rouge]]. Presiden [[Richard M. Nixon|Nixon]] mengarahkan serangan pada [[1 Mei]] [[1970]] ke atas pengkalan [[Vietnam Utara]] dan [[Khmer Rouge]] di [[Kemboja]] dan menutup [[Laluan Ho Chi Minh]] supaya kerajaan [[Lon Nol]] boleh dikukuhkan.

Serangan ke atas [[Kemboja]] berjaya melumpuhkan bekalan melalui [[Laluan Ho Chi Minh]] dan berjaya menemui banyak tempat simpanan senjata. Keupayaan [[Vietnam Utara]] mengadakan gerakan tentera terencat. Ini membolehkan pengukuhan program Vietnamisasi [[Richard M. Nixon|Nixon]]. [[Vietnam Utara]] tertekan dan hadir di meja [[Perundingan Damai Paris]]. [[Tentera Amerika]] mengundur diri dari [[Kemboja]] pada [[30 Jun]] [[1970]]. Operasi di Kemboja mengakibatkan 284 anggota [[Tentera Amerika]] terbunuh, 2,339 orang lagi cedera dan 13 tentera hilang. [[ARVN]] mengalami 800 kematian dan 3,410 cedera. [[PAVN]] dan [[Viet Cong]] mengalami 11,349 kematian dead dan 2,328 anggota ditawan.

Walaupun dilihat sebagai kejayaan tentera, rancangan [[Richard M. Nixon|Nixon]] di [[Kemboja]] mendapat kesan sebaliknya. Anasir Komunis berundur ke kawasan pedalaman dan mengugatkan kestabilan [[Kemboja]]. [[Khmer Rouge]] menguatkan pegangan ke atas [[Kemboja]]. Putera [[Norodom Sihanouk| Sihanouk]] lari mendapatkan [[suaka]] di [[China]] dan memberi sokongan kepada usaha menggulingkan kerajaan [[Lon Nol]]. Akhirnya [[Lon Nol]] digulingkan oleh [[Pol Pot]]. Ini adalah permulaan [[Pemerintahan Khmer Rouge Di Kemboja|kekejaman di Kemboja]] di mana hampir satu pertiga penduduk kemboja dibunuh dalam kempen yang lebih kenali sebagai “''The Killing Fields''”.

Pada [[13 Februari]] [[1971]], [[ARVN]] melancarkan serangan ke atas Laos dan menduduki kawasan yang dikuasai [[Vietnam Utara]] dan dibantu oleh sokongan serangan udara dan artileri Amerika. Serangan ini juga untuk menutup [[Laluan Ho Chi Minh]]. Operasi yang dipanggil [[Lam Son 719]] akhirnya menemui kegagalan, dan menimbulkan kecurigaan dan keraguan Amerika terhadap kesediaan dan kesan program Vietnamisasi.

'''Pengurangan Bilangan Tentera'''

Untuk mengurangkan penentangan rakyat Amerika ke atas pentadbirannya, Presiden [[Richard M. Nixon|Nixon]] mengumumkan pada [[12 Oktober]] [[1970]] bahawa beliau akan mengundurkan 40,000 anggota tentera dari [[Vietnam]] sebelum tibanya perayaan [[Krismas]]. Pada [[18 Ogos]] [[1970]], Australia dan New Zealand juga membuat keputusan untuk mengundurkan tentera mereka dari Vietnam.

Menjelang [[29 Oktober]] [[1971]], bilangan [[Tentera Amerika]] sudah turun kepada 196,700 orang. Pada [[12 November]] [[1971]], Presiden [[Richard M. Nixon|Nixon]] menetapkan [[1 Februari]] [[1972]] sebagai tarikh akhir untuk pengunduran 45,000 lagi anggota tentera.

Pada bulan [[Mac]], [[1972]], bilangan askar Amerika di Vietnam sudah kurang daripada 100,000 orang dengan 6 [[batalion]] [[infantri]]. Program Vietnamisasi melalui cabaran getir pada [[30 Mac]] [[1972]] apabila [[Vietnam Utara]] melancarkan serangan besar “''Eastertide Offensive''” menyeberangi [[DMZ]] dengan pasukan konvensional. Operasi tentera tersebut dengan cepat menawan kawasan di bawah kawalan Wilayah I, dan termasuk [[Quang Tri]] dan [[Hue]]. Dalam bulan [[April]] 1972, [[Vietnam Utara]] melancarkan serangan di 3 kawasan lain termasuk di kawasan Tanah Tinggi di Vietnam Tengah dan di wilayah [[Binh Dinh]] (Wilayah II Tentera) dan di kawasan [[An Loc]] (Wilayah III Tentera). Seluruh [[Vietnam Selatan]] kelihatan seakan tumbang.

[[Amerika Syarikat]] bertindak balas dengan memberikan bantuan serangan udara dan melancarkan operasi ''Linebacker'' ke atas [[Vietnam Utara]]. Akhirnya ARVN berjaya menyekat kemaraan [[PAVN]] dan menawan semula [[Quang Tri]] dalam bulan [[September]] [[1972]]. Ini adalah bukti kepada [[Richard M. Nixon|Nixon]] bahawa [[ARVN]] sudah bersedia memikul tanggungjawab mempertahankan Vietnam.

'''[[Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai]]'''

Dalam tahun 1969, wartawan [[Seymour Hersh]] membongkar peristiwa [[Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai]] melibatkan kumpulan askar Amerika pimpinan [[Leftenan]] [[William Calley]] yang ditugaskan menyiasat dan menghapuskan “dengan apa jua cara” kawalan [[Viet Cong]] ke atas perkampungan My Lai dan menghapuskan simpanan senjata yang disyaki disimpan di situ.

Leftenan [[William Calley]] mendapati kampung itu didiami oleh kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Ketiadaan penduduk lelaki dilihat sebagai bukti penyertaan dalam unit [[Viet Cong]]. Tambahan pula kawasan tersebut diisytiharkan oleh [[Perisik Tentera]] sebagai [[kawasan hitam]]. Setelah berfikir panjang, Leftenan [[William Calley]] mengarahkan pasukannya membunuh beberapa ratus orang awam terdiri dari wanita dan kanak-kanak dan orang tua. Pembunuhan hanya dihentikan kerana 3 orang askar Amerika melihat pembunuhan itu daripada [[helikopter]] mereka dan mendarat untuk campur tangan dan menghalang askar-askar itu daripada meneruskan pembunuhan. Leftenan [[William Calley]] dihadapkan ke mahkamah tentera dan dalam tahun 1970 dihukum penjara seumur hidup.

'''Pilihan Raya Presiden 1972'''

Perang Vietnam sekali lagi menjadi isu utama semasa kempen pilihanraya presiden tahun 1972. [[Richard M. Nixon|Nixon]] berhadapan dengan [[George McGovern]], seorang calon yang anti perang. Pada 22 Oktober 1972 Presiden [[Richard M. Nixon|Nixon]] menghentikan operasi pengeboman ''Linebacker.'' [[Henry Kissinger]] mengumumkan bahawa “kedamaian sudah hampir” sehari sebelum hari mengundi. Pada [[30 November]] [[1972]] bilangan Tentera Amerika di Vietnam hanya pada tahap 27,000 orang sahaja.

Apabila [[Vietnam Utara]] melengah-lengahkan menandatangani perjanjian damai, [[Richard Nixon|Nixon]] mengarahkan pengeboman [[B-52]] ke atas [[Vietnam Utara]] dimulakan kembali. ''Linebacker II'' yang bermula pada [[18 Disember]] [[1972]] mensasarkan [[Hanoi]] dan [[Haiphong]] dan berterusan sehingga [[29 Disember]] [[1972]]. [[Vietnam Utara]] bersetuju kembali ke meja perundingan.

===[[Perjanjian Damai Paris]]===

Pada 15 Januari 1973, [[Richard M. Nixon|Nixon]] menggantungkan serangan bom ke atas [[Vietnam Utara]] dan diikuti pengunduran tentera Amerika dari Vietnam. Tindakan ini dibuat beralaskan kemajuan yang dibuat di meja perundingan di [[Paris]].

[[Perjanjian Damai Paris]] ditandatangani pada [[27 Januari]] [[1973]], dan dengan rasminya menamatkan penglibatan [[Amerika Syarikat]] di Vietnam. Perjanjian ini membawa kelegaan kepada rakyat Amerika kerana satu lembaran hitam dalam [[sejarah Amerika Syarikat]] kini dapat ditutup.

[[Tawanan Perang]] [[Amerika Syarikat]] mula dibebaskan oleh [[Vietnam Utara]] pada [[11 Februari]] [[1973]]. [[Tentera Amerika]] meninggalkan Vietnam tidak lewat daripada [[29 Mac]] [[1973]]. Mereka tidak disambut sebagai wira, tetapi sebaliknya dikecam kerana menyertai perang di Vietnam.

Sebagai dorongan untuk menerima kedamaian, Presiden [[Nguyen Van Thieu]] dijanjikan bantuan kewangan oleh [[Richard M. Nixon|Nixon]] untuk membolehkan kerajaan Vietnam Selatan berdiri menentang Vietnam Utara. Tetapi, masalah Watergate mengikis kuasa dan pengaruh [[Richard M. Nixon|Nixon]] dan bantuan kewangan tidak dapat disalurkan kepada [[Vietnam Selatan]]. Apa-apa bantuan ekonomi yang dapat disalurkan telah dikikis oleh pegawai-pegawai kerajaan yang korup dan bukannya disalurkan untuk menguatkan [[ARVN]]. Sebaliknya, [[Soviet Union]] dan [[China]] terus melengkapkan Vietnam Utara dengan kelengkapan baru dan moden. [[Richard M. Nixon|Nixon]] meletakkan jawatan Presiden dan digantikan oleh [[Gerald Ford]].

===[[Gerald Ford]]===

Dalam bulan [[Disember]] [[1974]], Kongres Amerika meluluskan Akta Bantuan Luar 1974 (''Foreign Assistance Act 1974'') yang menyekat [[bantuan kewangan]] ke [[Vietnam Selatan]] dan menetapkan syarat-syarat yang tidak dapat dipenuhi oleh [[Vietnam Selatan]]. [[Vietnam Selatan]] kini tidak mempunyai sekutu berdepan dengan [[Vietnam Utara]]. Ketiadaan [[Tentera Amerika]] di bumi Vietnam menyebabkan kehilangan sumber ekonomi yang penting bagi rakyat Vietnam. [[Vietnam Utara]] melihat sikap Amerika ini sebagai keengganan campur tangan lagi dalam hal ehwal Vietnam. Ini merupakan peluang untuk menggulingkan secara muktamad kerajaan Vietnam Selatan.

'''Serangan Terakhir'''

Dalam bulan [[Mac]] [[1975]], [[Vietnam Utara]] melancarkan serangan kawasan tinggi di Vietnam Tengah menggunakan [[tentera konvensional]] dan dibantu [[artileri]] dan [[kereta kebal]]. [[Vietnam Selatan]] kini terbelah dua. Kerana takutkan tentera [[Vietnam Selatan]] di bahagian utara akan terkepung oleh [[PAVN]], Presiden [[Nguyen Van Thieu|Thieu]] mengarahkan penempatan semula pasukan tentera [[Vietnam Selatan]] di wilayah utara ke kawasan tengah Vietnam. Tetapi pergerakan tentera menjadi haru biru kerana [[PAVN]] melancarkan serangan dari arah utara. Kedudukan tentera menjadi tidak keruan, dengan pergerakan tentera diganggu oleh orang-[[orang pelarian]].

Pada [[11 Mac]] [[1975]], Ban-Me-Thuot jatuh ke tangan [[PAVN]]. Setelah dibedil artileri, garison seramai 4,000 orang itu melarikan diri bersama keluarga. Presiden [[Nguyen Van Thieu|Thieu]] mengarahkan kawasan tengah Vietnam ditinggalkan, untuk memperkuatkan pertahanan di kawasan selatan. Pleiku dan Kontum ditinggalkan. Pasukan [[ARVN]] berundur menuju selatan, tetapi pergerakan mereka dihindar oleh orang-[[orang pelarian]]. [[PAVN]] menyerang pasukan yang sedang berundur ini dan 60,000 tentera [[ARVN]] menjadi korban. Melihatkan kesan kehancuran pasukan yang berundur, Presiden [[Nguyen Van Thieu|Thieu]] pada [[20 Mac]] [[1975]] mengarahkan pasukan tentera bertahan di wilayah tengah negara tersebut. Tetapi panik sudah menular, dan penentangan [[ARVN]] tidak berkesan. [[PAVN]] menawan Hue, selepas pengepungan selama 3 hari.

[[Da Nang]] pula diserang oleh 30,000 orang tentera [[PAVN]]. Pucuk pimpinan [[ARVN]] melarikan diri. Pada [[30 Mac]] [[1975]], 100,000 anggota [[ARVN]] di [[Da Nang]] yang tidak berkepimpinan menyerah diri. Dengan kejatuhan [[Da Nang]], kawasan utara dan tengah Vietnam sudah tewas. [[PAVN]] merancang serangan kilat untuk menawan [[Saigon]] sebelum saki baki [[ARVN]] dapat menyusun semula pertahanan mereka.

Pada [[7 April]] [[1975]], 3 divisyen tentera [[PAVN]] dari [[Kor]] ke-4 menyerang Xuan-loc, kira-kira 65 kilometer di timur [[Saigon]]. Mereka ditentang Divisyen ke-18 ARVN. Walaupun Divisyen ke-18 menentang hebat selama dua minggu, kekuatan [[PAVN]] terlalu kuat. Pada [[21 April]] [[1975]], garison di Xuan-loc menyerah diri.

Presiden [[Nguyen Van Thieu|Thieu]] meletak jawatan pada [[21 April]] [[1975]], dan sambil menunjukkan dokumen-dokumen tahun 1972 yang menjanjikan bantuan tentera, menyalahkan [[Amerika Syarikat]] kerana mengkhianati rakyat Vietnam. [[Nguyen Van Thieu|Thieu]] melarikan diri ke Taiwan. [[Duong Van Minh]] ditinggalkan untuk memimpin Vietnam.

'''Kejatuhan Saigon'''

Kereta kebal [[PAVN]] kini sudah sampai ke [[Bien Hoa]], dan menuju [[Saigon]]. Pada masa ini, [[ARVN]] sudah tidak efektif sebagai satu pasukan tentera. Pada [[27 April]] [[1975]], 100,000 tentera [[PAVN]] mengelilingi Saigon dan berhadapan dengan 30,000 tentera [[ARVN]].

Amerika memulakan pemindahan keluar rakyatnya dan tanggungan mereka keluar dari [[Vietnam]]. Kesatuan Kebajikan melancarkan “[[''Operation Babylift'']]”, dengan 30 penerbangan untuk memindahkan anak-[[anak yatim]] keluar dari Vietnam.

Untuk menimbulkan huru hara, [[PAVN]] membedil lapangan terbang [[Saigon]]. Dalam kekecohan ini, sebuah pesawat pesawat [[C-5A Galaxy]] yang membawa 300 orang kanak-kanak jatuh terhempas kira-kira 3 kilometer dari Lapangan Terbang [[Tan Son Nhut]]. 138 orang terbunuh, termasuk 127 orang anak-anak yatim. [[Tan Son Nhut]] ditutup sepenuhnya kepada semua [[kapal terbang]].

Pada [[23 April]] [[1975]], [[Gerald Ford]] mengumumkan bahawa perang Vietnam sudah berakhir dan tiada lagi bantuan akan diberikan kepada [[Vietnam Selatan]]. Pada [[29 April]], [[1975]], [[Amerika Syarikat]] melancarkan Option IV, pemindahan keluar yang terbesar menggunakan [[helikopter]]. Pemindahan keluar dilakukan dari [[Tan Son Nhut]] dan [[Kedutaan]] [[Amerika Syarikat]]. Pemindahan keluar dengan helikopter berterusan siang dan malam. [[PAVN]] tidak menembak helikopter yang memindahkan keluar pelarian kerana tidak mahu Amerika campur tangan lagi dalam perang Vietnam. Pada pagi 30 April 1975, [[Kor Marin Amerika|askar Marin]] terakhir meninggalkan [[Kedutaan]] Amerika di [[Saigon]]. Option IV berjaya memindahkan 7,000 orang pelarian dengan helikopter.

Saigon ditawan oleh [[PAVN]] dan tentera [[ARVN]] lari bertempiaran dan menanggalkan uniform mereka dan meninggalkan kelengkapan mereka. Istana Presiden ditawan tanpa tentangan. Bendera [[Viet Cong]] dikibarkan di istana Presiden. Presiden [[Duong Van Minh]] menyerah kalah dan ucapan serah diri dipancarkan melalui radio.

'''Tirai Penutup – [[Insiden SS Mayaguez]]'''

Operasi terakhir perang Vietnam berlaku di [[Kemboja]] apabila kapal [[Insiden SS Mayaguez|SS Mayaguez]] ditawan oleh pihak [[Khmer Rouge]]. Presiden [[Gerald Ford]] yang risaukan insiden penawanan ini dijadikan [[propaganda]] besar, mengarahkan operasi tentera untuk menyelamatkan kapal dan anak akap SS Mayaguez. Serangan dilakukan menggunakan [[Kor Marin Amerika|askar Marin]] dan kapal [[Tentera Laut Amerika]]. Setelah berlaku pertempuran, kapal dan anak-anak kapal mayaguez dalam dibebaskan, tetapi Amerika mengalami korban 18 [[Kor Marin Amerika|askar Marin]] dan 3 lagi ditawan. Mereka merupakan korban terakhir Perang Vietnam dan disenaraikan terakhir sekali di [[Memorial Veteran Vietnam]] di [[Washington D.C.]].

==Kesan Perang Vietnam==

Ramai pihak beranggapan Perang Vietnam sebagai kekalahan pertama [[Tentera Amerika]] dengan jumlah korban melebihi 58,000 orang. Di [[Vietnam Selatan]], lebih 1 juta askar ARVN terbunuh sepanjang tempoh peperangan 30 tahun. Lebih 1 juta askar komunis terbunuh bersama-sama 4 juta orang awam. [[Vietnam Utara]] dan [[Vietnam Selatan]] disatukan di bawah [[Republik Sosialis Vietnam]] dan [[Saigon]] ditukarkan nama menjadi [[Ho Chi Minh City]]. Beratus ribu bekas pekerja kerajaan dan askar ARVN dihantar ke pusat pendidikan semula. Vietnam menyerang dan menakluki [[Laos]] dan [[Kemboja]] sehinggalah ke lewat tahun 1980-an. Dalam tahun [[1979]], [[Vietnam]] berperang dengan [[China]] dalam satu peperangan singkat.

===[[Korban Perang Vietnam]]===

Artikel utama: [[Korban Perang Vietnam]]

Rekod rasmi [[Vietnam Utara]] sukar diperolehi, dan ramai korban pengeboman hancur berkecai menyebabkan pengesahan sukar dibuat. Vietnam Utara bertahun-tahun memendam maklumat mengenai bilangan korbannya akibat pengeboman Amerika. Kesan alam sekitar sukar dibuat nilaian. Kecacatan akibat keracunan [[Agent Orange]] tidak boleh dianggarkan secara tepat - berapa banyak keguguran yang berlaku, kelahiran cacat yang akhirnya membawa maut dan lain-lain. Kesan [[Agent Orange]] tidak dapat diletakkan nilai tetapi ianya menyebabkan tekanan sosial yang hebat ke atas negara yang sudah luluh akibat perang.

Kementerian Buruh, Kecacatan Perang Dan Ehwal Sosial Vietnam pada [[3 April]] [[1995]] meletakkan jumlah 1.1 juta orang pejuang [[Vietnam Utara]] dan [[Viet Cong]] terbunuh dan 4 juta rakyat [[Vietnam]] di utara dan selatan juga menjadi korban di antara 1954 dan 1975. Angka ini tidak pernah disangkal. [[Vietnam]] utara menyenaraikan 200,000 anggota tenteranya sebagai hilang. [[Robert McNamara]] meletakkan anggaran 3.2 juta orang. Jumlah pejuang yang cedera diletakkan pada angka 600,000 orang. (jumlah ini terlalu rendah, kerana biasanya jumlah yang cedera adalah dua ataupun 3 kali ganda mereka yang terbunuh). Bilangan orang awam yang cedera tidak diketahui hingga ke hari ini.

Bilangan kematian tentera [[Amerika Syarikat]] disahkan pada 58,226 orang, termasuk mereka yang disenaraikan sebagai hilang semasa bertempur. 153,303 orang lagi cedera. [http://www.vietnam-war.info/casualties/] Jumlah ini termasuk 56 rakyat [[Canada]] yang menyertai [[Angkatan Bersenjata]] Amerika untuk berkhidmat di [[Vietnam]]. Daripada jumlah kematian dan cedera yang dialamai oleh [[Amerika Syarikat]], pecahan mengikut cabang perkhidmatan adalah –

*[[Tentera Darat Amerika| Tentera Darat]] 38,179 terbunuh dan 96,802 cedera
*[[Kor Marin Amerika|Kor Marin]] 14,836 terbunuh d and 51,392 cedera
*[[Tentera Udara Amerika|Tentera Udara]] 2,580 terbunuh dan and 931 cedera
*[[Pengawal Pantai Amerika| Pengawal Pantai]] mengalami 7 kematian dan and 60 anggota yang cedera.

Di kalangan sekutunya, [[Korea Selatan]] mengalami jumlah kematian di antara 4,400 and 5,000 orang. [http://www.users.erols.com/mwhite28/warstat2.htm] [[Australia]] mengalami 510 kematian dan 3,131 kecedraan perang, [[New Zealand]] mengalami 38 kematian dan 187 cedera. [[Thailand]] mengalami 351 kematian. Jumlah kematian anggota kontinjen [[Filipina]] tidak dapat dipastikan tetapi dianggarkan 1,000 orang (''Small & Singer'').

Lebih kurang 6,000 anggota tentera [[Soviet Union]] berkhidmat di [[Vietnam Utara]] semasa peperangan ini, kebanyakannya sebagai jurulatih peralatan perang. 16 daripada anggota tentera yang berkhidmat itu mati terbunuh.

==[[Persenjataan Perang Vietnam]]==

Pelbagai jenis senjata digunakan semasa Perang Vietnam. Dekad 1960-an merupakan dekad lonjakan teknologi persenjataan. [[Vietnam]] menjadi medan ujian senjata dan taktik baru peperangan. [[Helikopter]] menjadi satu [[ikon]] di Vietnam dan membolehkan pengaturan tentera dengan pantas. [[Pengimbas elektronik]] digunakan di serata medan untuk mengesan pergerakan musuh. Pemprosesan data kelajuan tinggi membolehkan penyampaian data yang cepat, khususnya kerja-kerja pengintipan di [[Laluan Ho Chi Minh]].

===Persenjataan===
'''Raifel [[M-16]]'''

[[Image:m16.jpg|thumb|right|375px|Raifel Tempur Colt M16]]

Senjata [[M-16]] diperkenalkan semasa peringkat awal penglibatan [[Amerika]] dalam Perang Vietnam, menggantikan raifel [[M-14]] yang digunakan sebelumnya. [[M-16]] lebih ringan daripada senjata [[M-14]] dan [[Ak-47]] dan menggunakan kaliber 5.56mm. Anggota tentera boleh membawa lebih banyak peluru pada beban yang sama. [[M-16]] mempunyai daya tembakan 550 tembakan per minit dan boleh digunakan secara automatik di mana isi kelopak peluru dengan isian 30 butir boleh dikosongkan dengan sekali sahaja menarik picu.

'''Pelancar Grenad [[M79]]'''

Pelancar grenad [[M79]] memberikan askar infantri kuasa tembakan yang jauh lebih baik daripada sebelumnya. [[M79]] membolehkan askar infantri melontar grenad 40mm sejauh 375 meter dan boleh melontar grenad asap ataupun letupan.

'''[[M72 LAW]]'''

[[M72 LAW]] pula adalah sistem senjata pakai buang menggunakan roket 66mm yang boleh digunakan menentang kereta kebal ringan ataupun perkubuan musuh. Walaupun hanya 2.3 kg, ianya efektif sehingga jarak 200 meter.

'''Pelancar Grenad [[Mk 19]]'''
Senjata ini mulanya digunakan oleh bot peronda sungai [[Tentera Laut Amerika]] (dikenali sebagai Pibber) dan boleh melontarkan grenad 40mm dari jarak minimum 75 meter sehingga jarak maksimum 2,200 meter walaupun ianya paling berkesan sehingga jarak 1,600 meter.

'''[[Helikopter]] [[Huey]]'''

Helikopter jenis [[Huey]] (daripada huruf pengenalan HU-1) mencapai kematangan sebagai sistem persenjataan semasa perkhidmatan di Vietnam. [[Helikopter]] in kecil, terbang laju dan boleh terbang rendah dan boleh diubah suai menjadi beberapa konfigurasi mengikut keperluan keadaan.

'''[[Helikopter]] [[CH-47 Chinook]]'''

[[image:chinooklift.jpg|right|frame|Helikopter CH-47 Chinook Menunjukkan Mengangkat Muatan Berat Di Vietnam]]

Dalam tahun [[1966]], [[Tentera Darat Amerika]] diarahkan menyerah kesemua pesawat pengangkut [[C-7 Caribou]] kepada [[Tentera Udara Amerika]]. Dengan penyerahan ini, [[Tentera Darat Amerika|Tentera Darat]] kehilangan keupayaan pengangkutan taktikal. Helikopter pengangkut [[CH-47 Chinook]] diperkenalkan dalam tahun [[1966]] dan membawa dimensi baru ke medan tempur. Dengan menggunakan helikopter ini, peralatan berat boleh dibawa di serata pelosok medan tempur.

'''Pesawat “Gunship”'''

'''[[AC-47 Spooky]]'''

Dalam Perang Vietnam, [[Tentera Udara Amerika]] mengubah suai pesawat [[C-47 Skytrain]] sebagai platform senjata. Pesawat ini dipasangkan secara percubaan dengan 3 pucuk minigun [[GAU-17]] yang boleh menembak peluru 7.62mm pada kadar 2,000 hingga 4,000 butir peluru per minit. Pesawat ini juga dipasangkan 48 butir lampu suar Mk 24 membolehkan pesawat ini menerangi kawasan sasaran untuk membuat serangan. [[AC-47 Spooky]] amat berkesan membantu kumpulan askar sedang bertempur (troops in contact). [[AC-47 Spooky]] lebih dikenali dengan nama “''Puff The Magic Dragon''” sempena lagu popular ketika itu.

'''[[AC-130 Spectre]]'''

Melihatkan kejayaan [[AC-47 Spooky]], [[Tentera Udara Amerika]] mahukan kombinasi persenjataan yang lebih berat dengan kerangka yang lebih besar untuk membolehkan pesawat berlegar lama di kawasan tempur. Lebih daripada 10,000 trak dan lori dimusnahkan di sepanjang [[Laluan Ho Chi Minh]]. Pesawat [[AC-130 Spectre]] dilengkapkan dengan 4 laras minigun [[GAU-17]], dan 4 laras [[meriam]]. Pesawat ini juga mempunyai [[lampu cari]] dan [[pengimbas infra merah]].

'''[[A1 Skyraider]]'''

Pesawat ini digunakan sebagai pesawat pengiring helikopter penyelamat, dan untuk [[sokongan udara dekat]] (close air support) bagi unit-unit tentera darat yang memerlukan bantuan. Pesawat di dicipta oleh Ed Heinemann, dari syarikat Douglas Aircraft. [[A1D Skyraider]] adalah sebuah kapal terbang yang lasak, boleh membawa muatan perang yang banyak dan boleh berlegar berjam-jam di atas kawasan operasi untuk menunggu panggilan daripada pasukan yang memerlukan bantuan.

'''[[Napalm]]'''

Walaupun telah digunakan semenjak tahun 1944, penggunaan bom napalm secara meluas di Vietnam membuka mata dunia kepada kekejaman pengguna senjata ini. Dibuat menggunakan galian daripada asid [[naphthenic]] dan [[palmitic]], campuran ini menjadi sejenis gel yang melekat. Apabila dicucuh, ia membakar pada paras 800 darjah celsius. [[Napalm]] juga menghapuskan oksigen dari udara dan mengeluarkan carbon monosida dengan jumlah yang banyak. Bom napalm digunakan untuk mewujudkan dengan serta merta kawasan untuk pendaratan helikopter.

[[Image:TrangBang.jpg|thumb|right|350px| Kim Phuc Phan Thi, tengah berlari selepas bom napalm digugurkan ke atas perkampungan Trang Bang, Vietnam kerana disyaki menjadi sarang gerila komunis. Kim Phuc selamat apabila mengoyakkan bajunya yang terbakar. Jurugambar : Huynh Cong Ut (Nick Ut)]]

'''[[Med-evac]]'''

[[UH-1 Huey]] juga terkenal kerana kegunaan sebagai helikopter "[[Med-evac]]" yang digunakan untuk mengeluarkan anggota yang cedera dari medan tempur dan menerbangkan mereka ke pusat perubatan medan. Ini mengurangkan dengan besar kadar kematian askar yang cedera di medan pertempuran. 97% tentera cedera yang dikeluarkan dari medan tempur ke surgeri medan berjaya hidup. [http://www.diggerhistory.info/pages-air-support/vietnam/dustoff.htm] 390,000 orang anggota tentera yang cedera dikeluarkan dari medan tempur dengan helikopter.

'''APC [[M113]]'''

Kereta perisai ini digunakan dalam jumlah yang besar semasa perang Vietnam oleh [[tentera Amerika]] dan juga oleh [[ARVN]]. Kenderaan perisai ini ringan dan boleh diangkat dengan kapal terbang [[C-130 Hercules]]. Ia dilengkapkan dengan selaras mesingan 12.7 mm [[M2]].

'''Cadillac Gage [[V-100 Commando]]'''

Kenderaan perisai ini digunakan untuk mengiringi konvoi kenderaan bekalan dan untuk tugasan kawalan keselamatan setempat. Kenderaan ini mempunyai [[pacuan 4 roda]] dan mempunyai keupayaan amphibia. Ianya mempunyai kelajuan darat sehingga 62 bsj dan kelajuan 3 bsj di dalam air. Perisainya boleh menahan peluru sehingga 7.62 x 51 mm.

'''[[Pasukan Khas]]'''

[[Pasukan Khas]] seperti [[Pasukan Khas Amerika|Green Berets]] dan [[Pasukan Khas Tentera laut Amerika|Navy Seals]] beroperasi dalam perlaksanaan [[peperangan bukan konvensional]] di [[Vietnam]].Amerika amat berpuashati dengan pencapaian oleh pasukan [[Special Air Service Asutralia|Special Air Service]] Regiment dari [[Australia]] dan [[New Zealand]]. Pasukan [[Special Air Service Asutralia|SAS Australia]].

===Medan Ujian Senjata===

Vietnam juga merupakan medan ujian untuk doktrin [[Kavalri Udara]]. Helikopter digunakan untuk memasukkan dan mengubah kedudukan unit tentera dengan cepat. Cara pergerakan ini disempurnakan oleh Divisyen Pertama Kavalri Udara dan Divisyen ke-101 Gerak Udara (Airmobile). Pasukan Marin juga menggunakan helikopter untuk pergerakan “vertical envelopment” mereka.

'''Peluru Berpandu'''

Tentera udara mula menggunakan peluru berpandu semasa perang Vietnam. Jambatan di Thanh Hoa sebelumnya diserang berkali-kali tetapi tidak dapat dimusnahkan. Pada 27 April 1972, 8 pesawat penyerang di mana 2 pesawat membawa dengan 2 misil [[Walleye]] II setiap satu dan 2 pesawat lain masing-masingnya membawa 2 bom berpanduan laser memusnahkan jambatan tersebut.

'''[[Agent Orange]]'''

[[Image:agent_orange.jpg|thumb|175px|Pesawat Udara Menyembur Peranggas [[Agent Orange]] Di Hutan Belantara Vietnam]]

Amerika menggunakan racun herba semasa Perang Vietnam untuk (a) menyebabkan pokok-pokok hutan menggugurkan daun supaya pergerakan Viet Cong dan tentera PAVN, dan (b) untuk memusnahkan sumber makanan pihak musuh. Peranggas disembur daripada pesawat udara (biasanya pesawat C-123 Provider) yang terbang rendah sangat berbahaya, walaupun dalam jumlah yang kecil. Hampir 50 juta liter [[Agent Orange]], mengandungi 170 kilogram [[dioxin]] disembur sepanjang Perang Vietnam.

==Pembabitan Negara Lain==

===Australia dan New Zealand===

[[Australia]] dan [[New Zealand]] menghantar pasukan tentera ke [[Vietnam Selatan]] sebagai mengotakan komitmen yang diberikan di bawah perjanjian [[ANZUK]]. [[Australia]] dan [[New Zealand]] mempunyai pengalaman luas berperang dalam hutan belantara setelah sekian lama berkhidmat di [[Semenanjung Tanah Melayu]] semasa [[Darurat]] dan juga di Borneo semasa [[Konfrantasi]]. tentera New Zealand berkhidmat di bawah pemerintahan [[Tentera Darat Australia|Tentera Darat]] semasa bertugas di Vietnam.

[[Australia]] mendokong [[Teori Domino]], kerana kedudukan geografi yang dekat dengan [[Asia Tenggara]] membuat [[Australia]] paling terancam sekiranya [[Teori Domino]] menjadi kenyataan. Daripada detik hantaran pertama pakar penasihat tentera dalam tahun [[1962]], sehingga penarikan keluar batalion tentera [[Australia]] dari kem Nui Dat dalam bulan [[November]] [[1971]], seramai 50,000 orang anggota, meliputi anggota [[Tentera Darat Australia|Tentera Darat]], [[Tentera Laut Diraja Australia|Tentera Laut]] dan [[Tentera Udara Diraja Australia|Tentera Udara]] telah berkhidmat di [[Vietnam]]. Penasihat [[Tentera Darat Australia|Tentera Australia]] terakhir diundurkan pada bulan [[Disember]] [[1972]]. Daripada bilangan ini, 496 orang terbunuh dan 2,400 orang lain cedera.

Untuk memenuhi komitmen penghantaran tentera ke Vietnam , Australia memperkenalkan [[Skim Khidmat Negara Australia|Skim Khidmat Negara]]. Skim ini menerima tentangan rakyat dan tidak popular. Keengganan melaporkan diri untuk khidmat negara boleh dikenakan hukuman denda ataupun penjara. Pada tahun [[1972]] apabila skim ini dimansuhkan, 17 orang dipenjarakan kerana enggan berkhidmat. Kerajaan Konservatif akhirnya tewas kepada kerajaan Buruh disebabkan oleh kemarahan rakyat. Perang Vietnam menyebabkan bantahan sosial dan politik paling besar di Australia sejak [[referendum]] [[kerahan tenaga]] dalam tahun 1914. [http://cybersarges.tripod.com/aussiemem.html] [http://www.australiansatwar.gov.au/throughmyeyes/vi_main.asp]

Penglibatan ketenteraan paling tinggi untuk [[Australia]] pada sesuatu masa adalah seramai 7,672 askar penempur. Bilangan paling tinggi tentera New Zealand ditugaskan di [[Vietnam Selatan]] adalah seramai 552 orang. Bilangan ini signifikan kerana Tentera Darat Australia hanya berjumlah 28,000 orang dalam tahun 1965 sementara jumlah anggota New Zealand jauh lebih kecil. [[New Zealand]] pada mulanya menghantar [[askar jurutera]] dan pasukan [[artileri]], dan diikuti dengan pasukan [[New Zealand Special Air Service]].

Askar [[Australia]] dan [[New Zealand]] menggunakan taktik rondaan kumpulan kecil seperti mana operasi di [[Malaysia]]. Mereka tidak menggunakan denai hutan, membawa bekalan air tambahan dan menggunakan pendekatan “hati dan jiwa” untuk mendapatkan sokongan daripada penduduk tempatan. Ini berbeza dengan [[doktrin]] yang digunakan oleh [[Tentera Amerika]], yang mementingkan penggunaan pasukan yang besar dan menggunakan kuasa tembakan yang ada. Tentera [[Australia]] dan [[New Zealand]] lebih menitik beratkan mendapatkan kerjasama penduduk tempatan, menggunakan taktik yang sama digunakan semasa perang cegah pemberontakan komunis di [[Malaysia]].

===Korea Selatan===

[[Image:koreantiger.jpg|thumb|275px|Anggota Divisyen Harimau Korea Selatan di Phu Cat Menunggu Giliran menaiki Huey]]

Pasukan [[Korea Selatan]] merupakan kontinjen kedua paling besar selepas kontinjen [[Tentera Amerika]]. Anggota tentera [[Korea Selatan]] berkhidmat selama 1 tahun di [[Vietnam]] sebelum digantikan. Pada kemuncaknya, 50,000 orang tentera [[Korea selatan]] berkhidmat di [[Vietnam]]. Lebih dari 5,000 anggota tentera [[Korea Selatan]] terbunuh dan 11,000 yang lain cedera

[[Korea Selatan]] berhasrat untuk campur tangan di [[Vietnam]] sejak tahun [[1954]] lagi untuk menentang pengluasan pengaruh komunis. Pelawaan bantuan oleh [[Korea Selatan]] ditolak oleh [[Perancis]]. Dalam tahun [[1964]], Presiden [[Johnson]] meminta bantuan antarabangsa untuk [[Vietnam Selatan]]. [[Korea Selatan]] menyahut seruan dan menghantar tentera ke [[Vietnam Selatan]]. Pada [[8 Januari]] [[1965]], Kabinet [[Korea Selatan]] meluluskan penghantaran unit-unit perubatan dan [[askar jurutera]] ke Vietnam dengan alasan peperangan di Vietnam mempunyai kesan langsung kepada [[Korea Selatan]].
Pada [[25 Februari]] 1964, pasukan askar jurutera tiba di [[Bien Hoa]], [[Vietnam Selatan]] dan ditugaskan membina jalan raya lingkaran di [[Saigon]]. Pasukan ini diikuti oleh Kumpulan Kapal Pengangkut “Sea Gull” dan Kumpulan Bantuan Pembinaan askar jurutera. Dalam bulan Jun [[1965]], [[Amerika Syarikat]] dan [[Vietnam Selatan]] dengan rasminya meminta bantuan tentera penempur dari [[Korea Selatan]]. Penghantaran tentera penempur diluluskan oleh Dewan Perhimpunan Kebangsaan dalam bulan Ogos [[1965]]. Kos penghantaran pasukan tentera [[Korea Selatan]] dibiayai sepenuhnya oleh [[Amerika Syarikat]].

Pada [[22 September]] [[1965]], [[Divisyen]] “Harimau” [[Korea Selatan]] tiba di [[Qui Nhon]] dan Markas Tentera [[Korea Selatan]] ditubuhkan. Briged Marin ”Naga Biru” tiba dalam bulan Oktober dan ditempatkan di [[Teluk Cam Ranh]]. Pada [[22 september]] [[1966]], [[Divisyen]] ke-9 “White Horse” tiba untuk berkhidmat di Vietnam dengan dituruti oleh [[Divisyen]] “Cross Stars” (Markas Logistik ke-100)

Pada [[24 Februari]] [[1972]] Briged Marin “Blue Dragon” meninggalkan Vietnam diikuti dengan Kumpulan Kapal Pengangkut “Sea Gull” dalam tahun [[1973]]. [[Divisyen]] “Harimau” dan [[Divisyen]] ke-9 “White Horse” meninggalkan [[Vietnam]] dalam tahun [[1972]]. [[Divisyen]] “Harimau” mengalami 2,111 anggota terbunuh dan 4,474 yang lain cedera. Kesemuanya, lebih daripada 300,000 orang anggota Tentera [[Korea Selatan]] telah berkhidmat di [[Vietnam Selatan]].
Semasa perkhidmatan mereka di [[Vietnam Selatan]], kontinjen [[Korea Selatan]] juga terlibat dengan kerja-kerja penempatan semula penduduk dan berjaya memindahkan 1.2 juat orang penduduk [[Vietnam]]. Kerja-kerja pembangunan melibatkan pengagihan 19,640 tan barang makanan, membuat derma 6,400 jentera pertanian, pembinaan 3,319 buah rumah dan sekolah, 132 buah jambatan dan 394 kilometer jalan raya.

===Thailand===

Sebagai anggota [[SEATO]], [[Thailand]] (di bawah pimpinan tentera) juga memberikan sokongan tentera kepada [[Amerika Syarikat]]. Di [[Vietnam Selatan]], pasukan batalion "Queen Cobra" dan lain-lain unit [[Tentera DiRaja Thailand]] berkhimdat di [[Vietnam Selatan]] di antara tahun [[1965]] hingga [[1971]]. [[Tentera DiRaja Thailand]] bertugas di [[Laos]] untuk beberapa lama, di dalam pasukan-pasukan dipanggil batalion "Unity". Pada teorinya, mereka sepatutnya menjadi tentera upahan, tetapi pada hakikatnya mereka adalah anggota regular Tentera [[Diraja Thailand]]. [[Tentera Diraja Thailand|Tentera Thailand]] ini bertempur menentang [[Pathet Lao]] dan juga [[Viet Minh]] di [[Laos]]. [[Tentera Diraja Thailand|Tentera Thailand]] aktif di Laos antara tahun [[1970]] hingga [[1972]].

[[Thailand]] juga membenarkan [[Amerika Syarikat]] membina pengkalan udara di [[Udon]], [[Korat]], [[Nakhon Phanom]], [[U-Tapao]], [[Takhli]] dan [[Don Muang]] yang kemudiannya digunakan untuk melancarkan serangan udara ke atas Vietnam. [[U-Tapao]] umpamanya sangat besar dan boleh digunakan untuk melancarkan serangan pengebom [[B-52 Stratofortress]]. Lain-lain pengkalan digunakan untuk penempatan pesawat seperti [[F-105 Thunderchief]] dan juga pasukan penyelamat [[CSAR]]. Operasi oleh [[Tentera Udara Amerika]] banyak yang dikelaskan sebagai sulit, dan dirahsiakan sehingga ke hari ini. [http://grunt.space.swri.edu/mwafthai.htm] [[Helikopter]] yang digunakan dalam operasi tentera untuk membebaskan [[Insiden Mayaguez|SS Mayaguez]] dilancarkan daripada pengkalan di Thailand.

===Kesatuan Soviet===

[[Kesatuan Soviet]] bersama dengan [[China]] merupakan pembekal utama persenjataan kepada [[Vietnam Utara]]. Juruterbang [[Kesatuan Soviet]] juga ditugaskan ke Vietnam Utara sebagai juruterbang pengajar, tetapi “secara sukarela” menjalani misi tempur. Anggota tentera [[Kesatuan Soviet]] juga berkhidmat di [[Vietnam Utara]] membuat penilaian ke atas prestasi senjata-senjata mereka, khususnya [[sistem pertahanan udara]].

===China===

Penglibatan [[China]] bermula dalam tahun [[1962]] apabila [[Mao Zedong]] bersetuju membekalkan [[Hanoi]] dengan 90,000 laras senjata api tanpa dikenakan bayaran. Apabila [[Amerika Syarikat]] melancarkan ''Rolling Thunder'', China menghantar [[batalion]] [[askar jurutera]] dengan dilindungi pasukan [[meriam anti kapal terbang]] untuk membantu kerja-kerja pembaikan dan juga untuk membina [[jalan raya]], jalan [[keretapi]] dan lain-lain kerja pembinaan. Ini membolehkan unit-unit [[PAVN]] dilepaskan untuk berkhidmat di kawasan Selatan.

Dalam tahun-tahun 1965 hingga tahun [[1970]], lebih 320,000 orang tentera [[China]] berkhidmat di Vietnam Utara, paling ramai dalam tahun [[1967]] apabila 170,000 anggota tentera China berkhidmat di Vietnam Utara. 1,100 orang tentera [[China]] terbunuh sementara 4,200 orang cedera semasa berkhidmat di [[Vietnam Utara]].

===[[Malaysia]]===

Walaupun [[Malaysia]] tidak terlibat secara langsung dengan peperangan di Vietnam, [[Pengkalan Udara Butterworth]] digunakan oleh [[Tentera Australia]] untuk membolehkan pergerakan udara ke [[Vietnam]]. Mulai tahun [[1964]], [[Malaysia]] memberikan latihan kepada hampir 2,900 orang pegawai tentera dan polis [[Vietnam]]. Pegawai-pegawai Vietnam dilatih dalam kumpulan 20 hingga 30 orang untuk latihan singkat dalam tindakan cegah pemberontakan yang dikendalikan oleh [[Polis Diraja Malaysia]]. Malaysia juga memberikan sedikit kelengkapan [[cegah pemberontakan]] termasuk kenderaan polis dan tentera, di samping bekalan perubatan. Dalam tahun 1967, [[Malaysia]] menerima jemputan untuk menghantar 4 orang pakar pembangunan luar bandar untuk program penempatan semula dan pendamaian di Vietnam Selatan. Kumpulan pakar tersebut akan membuat cadangan mengenai keselamatan kampung dan peperangan psikologi. Tetapi Kerajaan [[Vietnam]] tidak yakin dengan keberkesanan program yang dijalankan. [http://www.army.mil/cmh-pg/books/Vietnam/allied/ch07.htm#b1]

==Pingat Yang Di Anugerahkan Semasa Perang Vietnam ==

Semasa Perang Vietnam, banyak [[pingat]] dan [[darjah kebesaran]] dianugerahkan kepada penempur dan juga orang awam yang berkhidmat di Vietnam oleh pihak [[Amerika Syarikat]], [[Vietnam Selatan]] dan juga oleh [[Vietnam Utara]].

'''Pingat Anugerah Amerika Syarikat'''

[[Amerika Syarikat]] memberikan pingat seperti yang diberikan kepada anggota tentera semasa [[Perang Dunia II]] seperti [[Purple Heart]]. Beberapa pingat baru juga diwujudkan. Pingat Khidmat [[Vietnam]] diberikan kepada mana-mana anggota [[Tentera Amerika]] yang berkhidmat selama 30 hari berturut-turut ataupun berkhidmat untuk jumlah 60 hari di [[Vietnam]].

'''Pingat Anugerah Vietnam Selatan'''

Vietnam Selatan juga menganugerahkan pingat kepada tentera [[Amerika Syarikat]]. Dengan demikian, pegawai-pegawai kanan tentera Amerika yang berkhidmat di Vietnam akan memakai pingat-pingat anugerah [[Vietnam Selatan]] dengan uniform mereka.

Pingat Anugerah Vietnam Utara'''

Antara pingat yang diberikan kepada tentera dan mereka yang berjasa adalah ''Liberation Order'', ''Ho Chi Minh Insignia'', ''Brass Fortress of the Fatherland Decoration'', ''Friendship Decoration'' dan ''Defeat American Aggression Badge''.

==Perang Vietnam Dalam Budaya Popular==

Filem :

Banyak [[filem]] mengenai perang Vietnam telah difilemkan, meliputi semua perspektif, daripada filem pro-perang seperti [[The Green Berets]] arahan [[John Wayne]], sehingga filem-filem anti perang. [[Senarai Filem Bertemakan Perang Vietnam]].

Novel :

==Pautan Luar==

*[http://www.asiamaya.com/panduasia/vietnam/e-01land/ev-lan24.htm Perang Vietnam]
*[http://www.voanews.com/indonesian/archive/2004-09/a-2004-09-07-17-1.cfm PERANG VIETNAM MASIH MENGHANTUI AMERIKA Oleh Leon Howell]
*[http://www.irib.ir/worldservice/melayuRADIO/perspektif/september03/tragedi_wtc.htm Film-film Amerika dari Perang Vietnam Hingga 11 September]
*[http://www.kompas.com/kompas-cetak/0505/02/ln/1723723.htm Vietnam Rayakan 30 Tahun Perang Berakhir]

==Rujukan==

[[Kategori:Peperangan|V]]
[[Kategori:Perang Saudara]]
[[Kategori:Perang Gerila]]
[[Kategori:Sejarah Vietnam]]
[[Kategori:Perang Vietnam| ]]
[[Kategori:Perang Dingin]]
[[Kategori:Operasi Melibatkan Pasukan Khas]]
[[Kategori:Sejarah Ketenteraan Amerika]]

{{rencana pilihan}}

{{Link FA|es}}
{{Link FA|vi}}

[[an:Guerra de Bietnam]]
[[ar:حرب فيتنام]]
[[bg:Виетнамска война]]
[[bs:Vijetnamski rat]]
[[ca:Guerra del Vietnam]]
[[cs:Válka ve Vietnamu]]
[[cy:Rhyfel Fiet Nam]]
[[da:Vietnamkrigen]]
[[de:Vietnamkrieg]]
[[el:Πόλεμος του Βιετνάμ]]
[[en:Vietnam War]]
[[eo:Vjetnama milito]]
[[es:Guerra de Vietnam]]
[[et:Vietnami sõda]]
[[eu:Vietnamgo gerra]]
[[fa:جنگ ویتنام]]
[[fi:Vietnamin sota]]
[[fr:Guerre du Viêt Nam]]
[[ga:Cogadh Vítneam]]
[[gl:Guerra do Vietnam]]
[[he:מלחמת וייטנאם]]
[[hi:वियतनाम युद्ध]]
[[hr:Vijetnamski rat]]
[[hu:Vietnami háború]]
[[id:Perang Vietnam]]
[[io:Vietnam-milito]]
[[is:Víetnamstríðið]]
[[it:Guerra del Vietnam]]
[[ja:ベトナム戦争]]
[[ka:ინდოჩინეთის მეორე ომი]]
[[ko:베트남 전쟁]]
[[lt:Vietnamo karas]]
[[mk:Виетнамска војна]]
[[nds:Vietnamkrieg]]
[[nl:Vietnamoorlog]]
[[nn:Vietnamkrigen]]
[[no:Vietnamkrigen]]
[[pl:Wojna wietnamska]]
[[pt:Guerra do Vietnã]]
[[ru:Война во Вьетнаме]]
[[scn:Guerra dû Vietnam]]
[[sh:Vijetnamski rat]]
[[simple:Vietnam War]]
[[sk:Vietnamská vojna]]
[[sl:Vietnamska vojna]]
[[sq:Lufta e Vietnamit]]
[[sr:Вијетнамски рат]]
[[sv:Vietnamkriget]]
[[th:สงครามเวียดนาม]]
[[tr:Vietnam Savaşı]]
[[uk:Війна у В'єтнамі]]
[[vi:Chiến tranh Việt Nam]]
[[zh:越南战争]]