Liberalisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Earth~mswiki (bincang | sumb.)
Earth~mswiki (bincang | sumb.)
Baris 145:
 
Hubungan di antara demokrasi dan liberalisme boleh dirumuskan oleh [[Winston Churchill]]. Beliau berkata "...demokrasi adalah bentuk kerajaan yang terteruk tetapi semua bentuk lain telah dicuba...".<ref>"...democracy is the worst form of Government except all those other forms have been tried..."</ref> Tiada apa di dalam demokrasi yang memastikan kebebasan tidak tercabar kecuali kezaliman oleh pihak majoriti. Konsep [[demokrasi liberal]] kemudiannya diperkenalkan untuk membolehkan demokrasi dan liberalisme wujud bersama.<ref>Anthony Alblaster: The Rise and Decline of Western Liberalism, New York, Basil Blackwell, 1984, page 353</ref> Liberalisme diterima ramai selepas [[absolutisme]] digantikan dengan kerajaan terbatas di mana kerajaan wujud dengan kerelaan rakyat. Idea kerelaan itu bermaksud demokrasi. Pada masa yang sama, pemikir-pemikir liberalisme awal sangat sedar akan keburukan ''[[mob rule]]'' jadi mereka membentuk perlembagaan untuk membatasi kuasa kerajaan berdemokrasi dengan memisahkan kuasa kerajaan di antara tiga cabang. Bagi para liberal, demokrasi bukan pengakhir kata tetapi hanya satu jalan untuk menjamin kebebasan, individualisme dan kepelbagaian pendapat.<ref>Bandingkan dengan tulisan Guide de Ruggeiro ''The History of European Liberalism'', Bacon press, 1954, page 379</ref>
 
====Radikalisme dan liberalisme====
 
Beberapa negara Eropah dan Amerika Selatan pada abad ke-19 dan awal ke-20 menunjukan satu kecenderongan politik yang radikal yang mengatasi idea liberalisme. Pada masa yang sama, sesetengah idea-idea radikalisme mula menyerapi para liberal yang kemudiannya menjadi lebih sanggup melihat perubahan demokratik berbanding para liberal yang asal. Di Britain, para radikal bersatu dengan para liberal daripada ''[[Whig Party]]'' di dalam ''[[Liberal Party]]''. Di negara lain termasuk [[Bulgaria]], [[Denmark]], Sepanyol, [[Belanda]], [[Argentina]] dan [[Chile]], para liberal bersayap kiri mengasas parti politik radikal mereka yang mempunyai pelbagai nama; di [[Switzerland]] dan di Jerman, parti itu diberi nama [[Freisinn]]; <ref>See for more information the Liberale und radikale Parteien in Klaus von Beyme: Parteien in westlichen Demokratien, München, 1982</ref><ref>Compare page 255 and further in the Guide to the Political Parties of South America (Pelican Books, 1973</ref> Ini tidak bermakna semua parti radikal diasaskan dengan nilai-nilai liberal sayap kiri. Di sastera politik Perancis, ia adalah satu perkara biasa untuk memisahkan liberalisme dan [[radikalisme]]. Di [[Serbia]], kedua-dua falsafah tidak langsung mempunyai kesamaan. Tetapi, para radikalisme Perancis menyertai pergerakan liberal antarabangsa di separuh pertama abad ke-20 seperti yang tertulis di dalam ''Entente Internationale des Partis Radicaux et des Partis Démocratiques similaires''<ref>Lihat muka 1 dan ''A sense of liberty'' oleh Julie Smith, diterbitkan oleh Liberal International in 1997.</ref>
 
==Bacaan selanjutnya==