Bangsar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Engpss (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Coord|3|7|51|N|101|40|10|E|region:MY-14_type:adm3rd|display=title}}
'''Bangsar''', juga '''Bungsar''' (kuno), ialah sebuah kawasan penempatan popular dan hiburan popular antara penduduk bandar, yang terletak di [[Kuala Lumpur]], [[Malaysia]]. Bangsar terletak kira-kira 4 km di barat daya pusat bandaraya dan untuk pemandu kereta ini mengambil 10 minit dari pusat bandaraya. Bangsar terdiri daripada beberapa kawasan utama yang merangkumi kawasan perniagaan, kewangan, perubatan, pendidikan, hiburan, beli belah dan penempatan mewah dan kos rendah.
 
==Komponen Bangsar==
* Bukit Persekutuan - penempatan kuarters kolonial lama dan kini dijadikan hub perubatan. Bersempadan dengan KL Sentral dimana ia dipisahkan oleh Jalan Travers.
* Bangsar Utama - Kawasan perniagaan terawal di mana dahulunya menjadi penempatan kakitangan Keretapi Tanah Melayu. Kini merupakan kawasan pusat kewangan dan pengangkutan, dihubungkan oleh stesen LRT Bangsar.
* Bukit Bandaraya - Penempatan kos rendah dan sederhana di sepanjang Lorong Maarof dan juga terdapat penempatan mewah di kawasan bukit, juga pusat beli belah Bangsar Shopping Centre. Kawasan penempatan mewah Taman SA dihubungkan dengan stesen MRT Pusat Bandar Damansara di sebelah utara.
* Bangsar Baru - Kawasan komersial dan fesyen di mana butik-butik mewah jenama tempatan dan antarabangsar memenuhi Jalan Maarof dan sekitar jajaran Telawi, Terasek dan Lucky Garden. Terdapat pusat beli belah mewah Bangsar Village dan Masjid Saidina Umar.
* Lembah Seputeh (Midvalley) - Kawasan tebing sungai yang memisahkan Bangsar dan Seputeh, pusat beli belah terbesar di Bangsar dengan rangkaian pusat beli belah Midvalley & The Gardens Megamall. Stesen KTM Midvalley berada di kawasan ini.
* Abdullah Hukum - Kawasan penempatan Melayu terawal dimana kini dijadikan pusat perniagaan dan residen baharu dengan nama KL Eco City dan bersempadankan Sungai Klang. Disepanjang Jalan Bangsar juga terdapat syarikat akhbar dan media elektronik serta ibupejabat TNB. Stesen LRT, KTM dan akan datang MRT Abdullah Hukum terdapat disini, dan dihubungkan ke kawasan Lembah Seputeh (Midvalley).
* Pantai Baru - Jalan menuju utara Bangsar dimana terdapat Hospital Pantai, ibupejabat Syabas dan Telekon Malaysia serta terletaknya kampus Universiti Malaya
* Kerinchi - Kini dikenali sebagai Bangsar Selatan (South), dihubungkan menerusi LRT Kerinchi dan Universiti. Kawasan residensi dan kondominium serta pusat perniagaan penting.
* Bukit Angkasa/Angkasapuri - Terletak bersebelahan dengan Kerinci dan Abdullah Hukum, menjadi pusat penyiaran utama kerajaan dan flat-flat kos rendah di sepanjang Sungai Klang.
 
 
==Perniagaan==