Layar Lara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amir Hamzah 2008 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 21:
 
 
Kisah cinta di dalam layar... Ena Manjalara, bintang filem yang terperangkap dalam keghairahan mengejar perjuangan cinta, layar dan impian. Sebagai angin taufan, 'Taufan Ena' melanda lelaki sekelilingnya. Dia digoda cinta kekasihnya Shak, seorang penyanyi yang berego. Dia memerangkap cinta Daud, seorang pelakon ekstra, budak buat kopi, dalam filem lakonannya. Kemudian Ena, penggoda yang lucu ini, cuba bermain cinta dengan Malik, pengarah filemnya yang panas baran tetapi kuat semangat. Ena Lara membuat lelaki dan orang sekelilingnya sesak nafas kerana sikapnya yang nakal, degil, manja tak bertempat, dan tak peduli tanggungjawab. Dia berbakat, tetapi tujuan hidupnya samar dan lekeh. Dia takut pada kekasihnya Shak. Seniwati Zai (Auntieibu saudara kepada Daud) dan bintang-bintang veteran hadir dalam hidup Ena pada saat yang tepat. Sedang Ena mabuk khayal bermain cinta, dia dikejutkan dengan 'tamparan' dari Malik, pengarah filemnya. Ena dibuang dari filem Malik. Ironis juga di tengah kepincangan Ena ini, bintang-bintang veteran yang telah dilupakan cuba menagih peluang terakhir ke layar perak. Kedudukan Ena mula goyang. Dia menolak kasih Shak. Dia cuba berbaik dengan Daud yang telah dipermainkannya. Ini memaksa pertemuan Ena dengan Seniwati Zai. Pertemuan ini membawa kesedaran kepada Ena. Akhirnya konflik Daud, Ena dan Malik mendaki puncak konflik cerita, di mana Ena mengenali cinta sejati di layar perak.
 
==Pelakon==