Tariq ibn Ziyad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
k Bot: Menggantikan Tarik_ibn_Ziyad_-_.jpg dengan Tarik_ibn_Ziyad_-.jpg.
tbz
Baris 28:
 
 
'''Tariq ibn Ziyad''' ({{lang-ar|طارق بن زياد}}) merupakan seorang pemuda kaum [[Barbar]] yang berasal dari tanah Afrika. Beliau dianggap seorang panglima penting dalam sejarah [[Semenanjung Iberia|Iberia]]. Di bawah perintah khalifah [[Kerajaan Bani Umayyah|Umayyah]] [[Al-Walid I]], beliau mengetuai tentera dari pantai utara [[Maghribi]] yang menakluk Iberia ataupun [[Hispania]]. Meninggal dunia pada tahun 720 M. Di negara [[Sepanyol]] namanya menjadi lagenda sehingga beliau digelar 'Tariq el Tuerto' yang bermaksud Tariq Bermata Satu<ref>History of the Conquest of Spain by the Arab-Moors: With a Sketch ..., Volume 1, oleh Henry Coppée ISBN 1931956936</ref>
 
== Kerjaya ==
Baris 39:
Atas perintah [[Musa ibn Nusair]], Tariq berjaya menyebarkan Islam di negara Sepanyol dan seterusnya sebagai perintis pembukaan Islam di [[Eropah]].
 
Tentera Tariq yang terdiri daripada 7000 orang mendarat di [[Gibraltar]], dan dikatakan Musa menghantar 5000 orang tentera lagi bagi memperkukuhkan kedudukan tentera Islam.<ref>''Akhbār majmūa'', p. 21 of Spanish translation, p. 6 of Arabic text.</ref>. Bagi menghadapi ancaman Tariq, raja [[Visigoth]], Raja [[Roderic]], dikatakan telah mengumpulkan tentera seramai 100,000 orang.<ref>''Akhbār majmūa'', p. 22 of Spanish translation, p. 8 of Arabic text.</ref>. Tariq berhadapan dengan tentera [[Kristian]] Visigoth dalam pertempuran yang dikenali sebagai [[Pertempuran Guadalete]]. Dalam petempuran yang berlaku di [[Sungai Guadalete]] itu, Tariq dan tenteranya berjaya menewaskan tentera Visigoth dan seterusnya membina tapak perkembangan Islam di Eropah
 
Dikatakan bahawa ketika pertama kali mendarat di pantai semenanjung Iberia, Tariq mengarahkan para tenteranya membakar semua kapal, akan tetapi kisah ini mungkin legenda oleh sejarawan terkemudian.<ref>Terdapat legenda yang Tariq memerintahkan kapal-kapalnya dibakar, bagi mengelak perbuatan pengecut. Ini mula-mula dinyatakan 400 ratus kemudian oleh Muhammad al-Idrisi, fasc. 5 p. 540 teks Arab (Arabic: فٱمر بإحراق المراكب‎), jilid. 2 ms. 18 terjemahan Perancis. Tiada penulis lain menyatakannya selain daripada buku terkemudian, ''Kitāb al-iktifa fī akhbār al-khulafā'' (terjemahan Inggeria dalam Appendix D buku Gayangos, ''The History of the Mohammedan Dynasties in Spain'').</ref> Sebelum bertempur dicatatkan bahawa Tariq menyampaikan sebuah ucapan yang masyhur kepada tenteranya. Sebahagian ucapannya berbunyi:<ref>Charles F. Horne, "The Sacred Books and Early Literature of the East,"(New York: Parke, Austin, & Lipscomb, 1917), Vol. VI: Medieval Arabia, pp. 241-242.</ref>
 
{{quote|"Wahai pahlawanku, ke mana akan kau lari? Laut di belakangmu, di hadapanmu musuh. Hanya harapan keberanian dan ketabahan ada bersamamu. ...