Abu Hamid al-Ghazali: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amir Hamzah 2008 (bincang | sumb.)
k Amir Hamzah 2008 telah memindahkan halaman Abu Hamid Al-Ghazali ke Abu Hamid al-Ghazali
Baris 27:
Abu Hamid al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 [[Hijrah]] di desa [[Ghazalah]], di pinggir kota [[Tus]], yang terletak pada hari ini di bahagian timur laut negara [[Iran]], berdekatan dengan kota [[Mashhad]], ibu kota wilayah [[Khorasan]].
 
Keluarga Abū Ĥāmid al-Ghazālī kuat beragama. Ayahnya bekerja menenun [[kain]] dari bulu [[biri-biri]]. Hasil tenunan kainnya itu dibawa dari desa Ghazālah ke kota Ţūs untuk dijual di sana. Walaupun si ayah adalah seorang lelaki yang miskin, dia juga merupakan seorang yang jujur dan baik hati. Dia suka bergaul dengan ''al-'ulamā' '' dan juga para [[sufi]] sambil memetik ilmu-ilmu [[agama]], serta berbakti dan berkhidmat kepada mereka. Kerana selalu mendampingi orang-orang yang berilmu dan sering pula mendengar uraian-uraian daripada mereka, si ayah telah merasa kesan positifnya, lalu berdoa agar dia dikurniakan seorang anak yang cerdik, berilmu dan juga ''şāliĥ.'' Doanya itu telah diperkenankan Allah.
 
Lahirlah anaknya yang telah diberikan nama Muĥammad. Pada hari tuanya, Muĥammad ini telah menjadi bukan sahaja seorang ''şāliĥ'', malah telah menjadi seorang guru pula kepada golongan ''aş-şāliĥīn'' di zamannya, dan telah dikenali umum sebagai al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī.