Syria: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Rotlink (bincang | sumb.)
k fixing dead links
Baris 64:
'''Syria''' ('''{{lang-ar|سوريا}}''' ''{{Unicode|Sūriyā}}'' atau '''{{lang|ar|سورية}}''' ''{{Unicode|Sūriyah}}''), secara rasminya '''Republik Arab Syria''' (Arabic:'''{{lang|ar|الجمهورية العربية السورية}}''') ialah sebuah negara di [[Asia Barat Daya]] yang bersempadan dengan [[Laut Mediterranean]] dan [[Lubnan]] di barat, [[Israel]] di barat daya, [[Jordan]] di selatan, [[Iraq]] di timur dan [[Turki]] di utara. Negara Syria moden ialah bekas [[Mandat Perancis Syria|mandat Perancis]] yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1946, tetapi sejarahnya bermula seawal alaf ke-4 SM. Ibu negaranya [[Damsyik]] pernah dijadikan pusat pentadbiran [[Empayar Umayyad]] dan sebuah ibu wilayah [[Mamluk|Empayar Mamluk]].
 
Syria mempunyai seramai 19.3 juta orang penduduk,<ref>[https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/sy.html Syria] CIA - The World Fact Book. 31 Mei 2007. Dipetik [[13 Jun]] [[2007]].</ref> kebanyakannya penganut agama [[Sunah Waljamaah|Islam Sunah]] ber[[bahasa Arab]] iaitu 74% daripada seluruh populasi. Golongan Muslim lain termasuk mazhab [[Alawit]] pada 11%, Druze dan mazhab [[Islam]] lain pada 5%. Terdapat juga pelbagai mazhab [[Kristian]] yang membentuk 10% daripada seluruh populasi.<ref>[http://web.archive.org/web/20030731064209/http://www.fco.gov.uk/servlet/Front?pagename=OpenMarket/Xcelerate/ShowPage&c=Page&cid=1007029394365&a=KCountryProfile&aid=1021373886647 Syria] Foreign and Commonwealth Office. Dipetik [[13 Jun]] [[2007]].</ref> Sejak tahun 1963 negara ini ditadbir oleh [[Parti Baath]]; sejak 1970, ketua negeri sentiasa merupakan ahli keluarga Assad. Presiden Syria masa kini ialah [[Bashar al-Assad]], anak kepada [[Hafez al-Assad]] yang memegang jawatan dari tahun 1970 sehinggalah meninggal dunia pada tahun 2000.<ref>[http://www.bartleby.com/65/ba/Baathpar.html Baath Party] The Columbia Encyclopedia Sixth Edition 2001–05. Dipetik [[13 Jun]] [[2007]].</ref>
Mengikut sejarah, Syria pernah juga menakluki wilayah [[Lubnan]], [[Israel]], [[Tebing Barat]], [[Semenanjung Gaza]] dan bahagian-bahagian [[Jordan]], tetapi terkecuali rantau [[Al-Jazira, Mesopotamia|Jazira]] di timur laut kawasan Syira moden.{{Fact|date=June 2007}} Dalam erti kata sejarah, kawasan ini dikenali sebagai [[Syria Besar]] atau nama Arabnya ''[[Bilad al-Sham]]'' ({{lang|ar|بلاد الشام}}). Kerajaan Syria telah melepaskan tuntutannya terhadap rantau [[İskenderun]], yang sekarang merupakan sebahagian [[wilayah Hatay]] di Turki. Kawasan ini pernah dijadikan sebahagian Syria, tetapi pihak Damsyik bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan Turki sebagai sebahagian perjanjian damai dalam sedekad yang lalu. Ketika [[perang Enam Hari]] tahun 1967, Israel menawan [[Tanah Tinggi Golan]] daripada Syria.<ref>Pipes, Daniel. [http://www.danielpipes.org/blog/586 Is the Hatay Problem Solved?] Daniel Pipes Blog. January 10, 2005. Dipetik [[13 Jun]] [[2007]].</ref>