Frank Lampard: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TorresChelsea96 (bincang | sumb.)
TorresChelsea96 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 110:
[[File:Lampard playing.jpg|thumb|right|150px|Lampard memanaskan badan untuk Chelsea]]
Akibat kecederaan belakang yang dialami oleh [[John Terry]], Lampard menghabiskan banyak masa ketika kempen [[Liga Perdana Inggeris 2006–07|2006–07]] sebagai kapten semasa ketiadaannya. Dia menjaringkan tujuh gol daripada lapan perlawanan. Dia menjaringkan kedua-dua gol ketika kemenangan 2–0 ke atas [[Fulham F.C.|Fulham]] dan menjaringkan gol ke-77 nya untuk Chelsea dari jarak jauh ketika kemenangan 3–2 ke atas [[Everton F.C.|Everton]] pada 17 Disember, memotong [[Dennis Wise]] sebagai pemain tengah dengan gol terbanyak untuk Chelsea. Kemudiannya ketika peringkat kumpulan [[Liga Juara-Juara Eropah 2006–07|Liga Juara-Juara Eropah]], dia menjaringkan gol dari sudut sukar ketika menentang Barcelona, di [[Camp Nou]], perlawanan berakhir dengan keputusan 2–2. Lampard mengakhiri musim dengan 21 gol dalam semua pertandingan, termasuk enam gol [[Piala FA Inggeris 2006–07|Piala FA]], tertinggi dalam kariernya. Dia menjaringkan hatrik pertamanya untuk Chelsea ketika [[Piala FA Inggeris 2006–07|pusingan ketiga]] Piala FA menentang [[Macclesfield Town F.C.|Macclesfield Town]] pada 6 Januari 2007. Dia menjaringkan dua gol untuk membantu Chelsea layak ke [[Piala FA Inggeris 2006–07|suku akhir]] ketika menentang Tottenham Hotspur selepas ketinggalan 3–1, dan dia dinamakan pemain terbaik pusingan Piala FA.<ref>{{cite news | date=30 March 2007 | url=http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/football/fa_cup/6491391.stm | title=Lampard triumphs in FA Cup award|publisher=BBC Sport | accessdate=9 April 2007}}</ref> Dia membuat bantuan gol kepada [[Didier Drogba]] ketika [[Perlawanan akhir Piala FA Inggeris 2007]]. Ia merupakan gol kemenangan selepas masa tambahan, dimana Chelsea menang 1–0. Dalam temubual selepas kemenangan ketika [[Perlawanan akhir Piala FA Inggeris 2007|Perlawanan akhir Piala FA]] menentang [[Manchester United F.C.|Manchester United]], Lampard berkata dia mahu tinggal di kelab itu "selama-lamanya".<ref>{{cite news | date=20 May 2007| url=http://www.eurosport.com/football/fa-cup/2006-2007/sport_sto1186167.shtml|archiveurl=http://web.archive.org/web/20070521042350/http://www.eurosport.com/football/fa-cup/2006-2007/sport_sto1186167.shtml |archivedate=21 May 2007 | title=Mourinho proud of Chelsea players| publisher=Eurosport | accessdate=20 May 2007}}</ref>
 
====2007–08====
[[File:Frank lampard.jpg|thumb|left|Lampard menandatangani program hari perlawanan]]
Musim 2007-08 terjejas akibat kecederaan. Dia berjaya membuat 40 penampilan, 24 daripadanya merupakan perlawanan Liga Perdana. Ini merupakan jumlah perlawanan liganya yang paling sedikit dalam satu musim sejak 1996-97. Pada 16 Februari 2008, Lampard menjadi pemain kelapan Chelsea menjaringkan 100 gol untuk kelab itu ketika kemenangan 3–1 pusingan kelima [[Piala FA Inggeris 2007–08|Piala FA]] ke atas [[Huddersfield Town F.C.|Huddersfield Town]]. Selepas wisel penamat, Lampard membuka jersinya dan menayangkan baju tertera ''"100 Not Out, They Are All For You, Thanks"'' kepada penyokong Chelsea.<ref>{{cite news | date=17 February 2008| url=http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-515433/A-ton-thanks--Lampards-salute-reaching-Chelsea-milestone.html |archiveurl=http://web.archive.org/web/20121023022454/http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-515433/A-ton-thanks--Lampards-salute-reaching-Chelsea-milestone.html |archivedate=23 October 2012 | title=A ton of thanks – Lampard's salute after reaching Chelsea milestone|work=Daily Mail | accessdate=8 May 2014 | author=Barlow, M. | location=London}}</ref> Pada 12 Mac 2008, Lampard menjaringkan empat gol ketika kemenangan 6–1 ke atas [[Derby County F.C.|Derby County]]. Kemudiannya ketika perlawanan kedua suku akhir [[Liga Juara-Juara Eropah 2007–08|Liga Juara-Juara]], dia menjaringkan gol kemenangan ke atas [[Fenerbahçe S.K.|Fenerbahçe]] pada minit ke-87 memberikan Chelsea kemenangan 3–2 secara agregat.
 
Pada 30 April, Lampard, bersedih akibat kehilangan ibunya minggu sebelumnya, memutuskan untuk bermain ketika pusingan kedua separuh akhir [[Liga Juara-Juara Eropah 2007-08|Liga Juara-Juara]] menentang Liverpool, yang disingkirkan secara agregat 4-3 selepas dia mengambil sepakan penalti penuh emosi pada minit ke-98 masa tambahan, dimana dia menjaringkan gol dengan yakin. Ketika perlawanan akhir [[Perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2008|Liga Juara-Juara Eropah]], dia menjaringkan gol pada minit ke-45. Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1 selepas masa tambahan dimana akhirnya Chelsea tewas 6-5 menerusi tendangan penalti. Dia kemudiannya dinamakan sebagai [[Anugerah Kelab Bola Sepak UEFA|Pemain Tengah Terbaik Tahunan Kelab UEFA]].
 
====2008–09====
[[File:FLampard.jpg|thumb|left|Lampard dan [[Andrea Pirlo]]]] [[File:Frank Lampard 2008.jpg|thumb|right|Lampard bermain untuk Chelsea pada tahun 2008]]
Pada 13 Ogos 2008, Lampard menandatangani kontrak baru lima tahun bersama Chelsea bernilai £39.2&nbsp;juta, menjadikannya pemain Liga Perdana dengan bayaran tertinggi.<ref name=Paid>[http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-1157605/Striking-rich--footballs-highest-earners-revealed.html Striking it rich – football's top ten highest earners are revealed] ''[[The Daily Mail]]'' (2 March 2009) Retrieved 11 March 2009</ref><ref>{{cite web |url=http://thestar.com.my/sports/story.asp?file=/2008/8/15/sports/22088226&sec=sports |title= Lamps signs mega deal |accessdate=13 August 2008 |publisher=Malaysian Star Online|date= 13 August 2008}}</ref> Dia memulakan [[Liga Perdana Inggeris 2008–09|musim 2008–09]] dengan menjaringkan lima gol daripada sebelas perlawanan pertama liganya. Dia menjaringkan gol ke-150 nya untuk kelab ketika menentang Manchester City dalam [[Liga Perdana Inggeris]]. Pada bulan Oktober 2008, dalam [[Liga Perdana Inggeris]] dia menjaringkan gol ketika menentang [[Hull City A.F.C.|Hull City]] dengan kaki kirinya. Jurulatih pemenang Piala Dunia [[Luiz Felipe Scolari]] berkata selepas perlawanan itu: "Ia merupakan gol terbaik yang saya pernah lihat, undi saya untuk Pemain Terbaik Dunia tahun ini akan pergi kepadanya, hanya pemain dengan kepintaran seperti beliau boleh melakukan sebegitu".<ref>[http://www.telegraph.co.uk/sport/football/leagues/premierleague/3280485/Frank-Lampard-and-Chelsea-put-a-stop-to-Hulls-capital-gains-Football.html Frank Lampard and Chelsea put a stop to Hull's capital gains] The Telegraph, 29 October 2008</ref> Dia menjaringkan gol ke-100 Liga Perdananya ketika kemenangan 5–0 ke atas [[Sunderland A.F.C.|Sunderland]] pada 2 November.<ref>{{cite news | date=2 November 2008| url=http://theworldgame.sbs.com.au/news/312040/scolari-hails-centurion-lampard | title=Scolari hails centurion Lampard| publisher=The World Game | accessdate=5 May 2014| author=PA Sport}}</ref> Lapan belas daripada seratus gol Lampard merupakan gol penalti. Dia dinamakan [[Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris]] buat kali ketiga dalam kariernya ketika bulan [[Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris#2008–09|Oktober]].<ref>{{cite news | date=15 November 2008| url=http://www.teamtalk.com/football/story/0,16368,2483_4499610,00.html |archiveurl=http://web.archive.org/web/20081219051822/http://www.teamtalk.com/football/story/0,16368,2483_4499610,00.html |archivedate=19 December 2008 | title=Rafa and Lamps claim Prem gongs| publisher=TeamTalk | accessdate = 15 November 2008 }}</ref>
 
[[File:F-Lampard.jpg|thumb|left|Lampard bermain untuk Chelsea pada tahun 2008]]
Selepas beberapa siri perlawanan tanpa menjaringkan gol, Lampard menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan, yang pertama ketika menentang [[West Bromwich Albion F.C.|West Bromwich Albion]] dan yang selebihnya ketika menentang [[Fulham F.C.|Fulham]].<ref>{{cite web |title=Drogba, Lampard See Chelsea Past West Brom |url=http://ibnlive.in.com/news/drogba-lampard-see-chelsea-past-west-brom/81435-5-21.html |publisher=IBN Live |accessdate=3 January 2009}}</ref><ref>{{cite news |title=Lampard rallies team-mates after Chelsea's title bid falters at Fulham |author=David Smith |url=http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-1102500/Lampard-rallies-team-mates-Chelseas-title-bid-falters-Fulham.html?ITO=1490 |date=29 December 2008|work=Daily Mail |accessdate=3 January 2009 | location=London}}</ref> Pada 17 Januari 2009, dia membuat penampilan ke-400 nya untuk Chelsea ketika menentang Stoke City, menjaringkan gol kemenangan ketika masa kecederaan. Dia sekali lagi menjaringkan gol kemenangan ketika masa kecederaan, kali ini ketika menentang [[Wigan Athletic F.C.|Wigan Athletic]]. Kemudiannya ketika pusingan keempat Piala FA, dia menjaringkan gol sepakan percuma dari jarak 35 ela ketika menentang Ipswich Town. Dia menjaringkan dua gol ketika menentang Liverpool dalam perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara yang berakhir dengan keputusan 4–4, tetapi Chelsea menang 7–5 menerusi agregat. Dia membuat dua bantuan gol ketika perlawanan seterusnya menentang Arsenal dalam separuh akhir Piala FA dimana Chelsea menang 2–1. Lampard mengakhiri musim dengan 20 gol dan 19 bantuan gol.
 
Gol ke- 20 Lampard musim ini merupakan gol kemenangan ketika [[Perlawanan akhir Piala FA Inggeris 2009|Perlawanan akhir Piala FA]] ketika menentang [[Everton F.C.|Everton]], dengan sepakan kaki kiri dari jarak jauh. Dia mengulangi sambutan sudut bendera yang dilakukan bapanya selepas menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan kedua separuh akhir [[Piala FA Inggeris 1979-1980]] menentang Everton. Ia adalah musim keempat berturut-turut dia menjaringkan 20 gol atau lebih. Dia kemudiannya dinamakan Pemain Terbaik Tahunan Chelsea Tahun buat kali ketiga.
 
==Rujukan==