Frank Lampard: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TorresChelsea96 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 125:
 
Gol ke- 20 Lampard musim ini merupakan gol kemenangan ketika [[Perlawanan akhir Piala FA Inggeris 2009|Perlawanan akhir Piala FA]] ketika menentang [[Everton F.C.|Everton]], dengan sepakan kaki kiri dari jarak jauh. Dia mengulangi sambutan sudut bendera yang dilakukan bapanya selepas menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan kedua separuh akhir [[Piala FA Inggeris 1979-1980]] menentang Everton. Ia adalah musim keempat berturut-turut dia menjaringkan 20 gol atau lebih. Dia kemudiannya dinamakan Pemain Terbaik Tahunan Chelsea Tahun buat kali ketiga.
 
====2009–10====
[[File:Frank Lampard 09.JPG|thumb|left|150px|Lampard memanaskan badan untuk Chelsea pada tahun 2009]]
Lampard memulakan musim 2009–10 dengan menjaringkan gol ketika menentang [[Manchester United F.C.|Manchester United]], dalam perlawanan [[Perisai Komuniti FA 2009|Perisai Komuniti 2009]], pada minit ke 72. Perlawanan berakhir dengan keputusan 2–2, dan Lampard menjaringkan gol ketika penentuan penalty dimana mereka menang 4–1. Dia menjaringkan gol ke-133 nya untuk Chelsea ketika perlawanan [[Liga Juara-Juara Eropah|Liga Juara-Juara]] menentang [[Atlético Madrid]] pada 21 Oktober 2009, membolehkannya menjadi antara lima penjaring terbanyak kelab sepanjang zaman. Dia bergelut untuk menjaringkan gol dengan jumlah gol seperti musim-musim lepas, namun akhirnya berubah selepas dia menjaringkan dua gol ketika mengalahkan Blackburn Rovers 5-0 pada 24 Oktober 2009. Pada 30 Oktober, Dia telah dicalonkan untuk anugerah [[Pemain Terbaik Dunia FIFA]] buat tahun keenam berturut-turut.<ref>[http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-1224023/England-stars-Wayne-Rooney-Steven-Gerrard-Frank-Lampard-John-Terry-short-list-FIFA-World-Player-Year.html England stars Wayne Rooney, Steven Gerrard, Frank Lampard and John Terry on short list for FIFA World Player of the Year] Mail Online, 30 October 2009</ref>
 
[[File:Frank Lampard 2010.JPG|thumb|upright|Lampard meraikan kemenangan [[Liga Perdana Inggeris]] bersama [[Chelsea F.C.|Chelsea]]]]
Pada 16 Disember, Lampard menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-79 ketika menentang [[Portsmouth F.C.|Portsmouth]] dan pada 20 Disember, Lampard menjaringkan gol penalti ketika menentang bekas kelabnya, West Ham untuk seri 1-1, namun dia terpaksa mengambil sepakan penaltinya tiga kali kerana pemain memasuki kotak terlalu awal, dia menjaringkan ketiga-tiga. Ketika Chelsea membelasah Sunderland 7-2 pada bulan Januari 2010, Lampard menjaringkan dua gol untuk menambah koleksi gol liga beliau. Pada 27 Januari 2010, Lampard sekali lagi menjaringkan dua gol, ketika Chelsea menang 3-0 menentang [[Birmingham City F.C.|Birmingham City]] dalam [[Liga Perdana Inggeris]]. Pada 27 Februari, Lampard sekali lagi menjaringkan dua gol ketika menentang [[Manchester City F.C.|Manchester City]] tetapi walaupun sumbangannya, [[Chelsea F.C.|Chelsea]] tetap kalah 4-2 di tempat sendiri, buat kali pertama dalam 38 permainan.
 
Lampard, buat kali kedua dalam kariernya, , menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan ketika menentang [[Aston Villa F.C.|Aston Villa]] pada 27 Mac 2010 untuk menambah koleksi golnya melepasi 20, untuk musim kelima berturut-turut. Ini juga merupakan gol ke-151 nya untuk Chelsea, dan meletakkannya di tangga ketiga penjaring terbanyak, mengatasi rekod [[Peter Osgood]] dengan 150 gol. Lampard menjaringkan gol ketika kemenangan 3–0 , sekali lagi ke atas [[Aston Villa F.C.|Aston Villa]], ketika separuh akhir Piala FA 2010.<ref>{{cite news|url=http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/eng_prem/8587517.stm|title=Chelsea 7 – 1 Aston Villa|date=27 March 2010|work=BBC Sport|accessdate=28 March 2010 | first=Phil | last=McNulty}}</ref> Lampard mencapai 20 gol [[Liga Perdana Inggeris|liga]] buat kali pertama selepas dia menjaringkan dua gol ketika menentang [[Stoke City F.C.|Stoke City]] dimana Chelsea menang 7–0 pada 25 April 2010. Pencapaian ini juga membolehkan buat kali pertama dia mencapai 25 gol dalam semua pertandingan satu musim. Pada 2 Mei, Lampard menjaringkan gol ketika menentang Liverpool ketika perlawanan kedua terakhir musim memberi Chelsea tiga mata penting untuk membawa mereka ke puncak liga dengan kelebihan satu mata. Dia menjaringkan satu gol dan membuat dua bantuan gol ketika perlawanan akhir liga dimana Chelsea membelasah [[Wigan Athletic F.C.|Wigan Athletic]] 8–0 di Stamford Bridge sekaligus memenangi [[Liga Perdana Inggeris 2009–10]] dan memberinya 27 gol dalam satu musim.<ref>{{cite news|url=http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/eng_prem/8663686.stm|title=Chelsea 8 – 0 Wigan|date=9 May 2010|work=BBC Sport|accessdate=9 May 2010 | first=Phil | last=McNulty}}</ref>
Lampard mengakhiri musim dengan mengangkat [[Piala FA Inggeris 2009–10|Piala FA 2010]] selepas Chelsea menewaskan [[Portsmouth F.C.|Portsmouth]] 1–0 dalam perlawanan akhir.
 
====2010–11====
Musim 2010-11 bermula dengan baik untuk Lampard, menjadi sebahagian daripada sistem penting Chelsea seperti biasa. Selepas perlawanan menentang Stoke City, dimana Chelsea menang 2-0, ianya telah didedahkan bahawa Lampard mengalami [[hernia]], yang berjaya dibedah selepas itu. Walau bagaimanapun, dia mengalami kecederaan semasa latihan pada pertengahan November,<ref>{{cite web|url=http://www.theguardian.com/football/2010/nov/12/chelsea-frank-lampard-muscle-injury |title=Chelsea's Frank Lampard out for 'two to three weeks' with new injury |publisher=''Guardian'' |first=Martin |last=Pengelly |date=12 November 2010 |accessdate=8 May 2014}}</ref> dan kekal tidak beraksi untuk lagi tiga minggu. Pengurus [[Carlo Ancelotti]] berkata dia cedera otot di kakinya ketika latihan pada 11 November, dan tidak akan beraksi sehingga bulan Disember. Dia akhirnya membuat kemunculan semula selepas 4 bulan cedera ketika menentang Tottenham Hotspur pada 12 Disember, masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-75.<ref>[http://www.goal.com/en/match/47430/tottenham-vs-chelsea/report Tottenham 1–1 Chelsea: Gomes Saves Late Drogba Penalty To Deny Champions Vital Win After Gifting Blues’ Leveller]. ''Goal''.</ref>Lampard menjaringkan gol menerusi sepakan penalti ketika seri 3-3 menentang Aston Villa pada 2 Januari 2011,<ref>{{cite web |url=http://footballocks.net/index.php/936/chelsea-vs-aston-villa-highlights/|archiveurl=http://web.archive.org/web/20071229084115/http://footballocks.net/index.php/936/chelsea-vs-aston-villa-highlights/|archivedate=29 December 2007|title=Chelsea Vs Aston Villa Highlights|publisher=Football Locks|date=4 May 2007|accessdate=8 May 2014}}</ref> kali pertama selepas kembali daripada kecederaan. Pada 9 Januari, Lampard menjaringkan dua gol dan membuat satu bantuan gol ketika kemenangan 7–0 ke atas [[Ipswich Town F.C.|Ipswich Town]] dalam Piala FA mencapai gol ke 201 nya untuk kelab.
 
Pada 1 Februari, Lampard menjaringkan gol menerusi sepakan penalti ketika menentang Sunderland, kemudiannya membuat bantuan gol, dimanan akhirnya Chelsea memenangi perlawanan dengan keputusan 4–2. Lampard kemudiannya membuat bantuan gol kepada [[Nicolas Anelka]] ketika Chelsea menang 2–0 ke atas [[F.C. Copenhagen|Copenhagen]], dalam pusingan 16 terakhir [[Liga Juara-Juara Eropah|Liga Juara-Juara]]. Pada 1 Mac, Lampard menjaringkan gol kemenangan menewasakan Manchester United 2-1, , memberikan harapan kepada Chelsea dalam perebutan [[Liga Perdana Inggeris]]. Pada perlawanan seterusnya, dia menjaringkan dua gol ketika kemenangan Chelsea 3–1 ke atas Blackpool, dan membuat bantuan gol kepada [[John Terry]].
 
Pada bulan April 2011, Lampard menjaringkan gol ke-11 musimnua ketika kemenangan 3–0 ke atas bekas kelabnya, West Ham. Lampard sekali lagi menjaringkan gol ketika menentang [[Manchester United F.C.|Manchester United]], tetapi Chelsea tewas 2–1 di [[Old Trafford]], mengakhiri harapan Chelsea untuk memenangi liga.<ref>{{cite news| url=http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/eng_prem/9475025.stm |work=BBC News | title=Man Utd 2–1 Chelsea | date=8 May 2011}}</ref>
 
==Rujukan==