Gong Badak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Kain putih (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yobbaharim
Tambah isi kandungan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
Pengenalan
Gong Badak adalah sebuah bandar perindustrian yang juga sub-urban bagi bandaraya [[Kuala Terengganu]] yang sedang pesat membangun. Dalam kebanyakan kes Gong Badak turut dikenali sebagai [[Kuala Terengganu Utara]] kerana menempatkan pusat pentadbiran kerajaan tempatan [[Majlis Bandaraya Kuala Terengganu]] cawangan utara.
 
Gong Badak ialah sebuah bandar baru yang terletak ke utara bandaraya Kuala Terengganu. Gong Badak terletak di bahagian utara Sungai Terengganu di daerah Kuala Nerus yang dahulunya sebahagian daripada daerah Kuala Terengganu yang dikenali sebagai Kuala Terengganu Utara. Gong Badak membangun pesat dengan perkembangan kawasan perindustrian Gong Badak dan institusi pendidikan seperti Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Maktab Perguruan Dato Razali Batu Rakit. Pasaraya besar seperti Hock Kee Seng, Sabasun 2, Giant, Mydin dan restoran rangkaian KFC, McDonald's, Burger King, Pizza Hut's telah pun membuka cawangan ke Gong Badak.
{{Terengganu}}
 
Sejarah
 
Gong Badak berasal dari kampung-kampung yang terletak di sepanjang jalan utama iaitu Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah dari Bulatan Batu Enam ke Simpang Tiga Universiti Malaysia Terengganu. Bagi menampung pertambahan penduduk, muncul beberapa taman perumahan di kawasan sekitar Gong Badak. Menurut bancian penduduk pada tahun 2010, penduduk tetap adalah ......
 
Taman / Kampung
 
1. Taman Desa Pusu Tiga
2. Taman Samudera
 
A. Kampung Banggul Air Lilin
B. Kampung Banggul Tiang Kulat
C. Kampung Wakaf Tembesu
D. Kampung Gong Badak
E. Kampung Tok Jembal
F. Kampung Telaga Batin
G. Kampung Teluk Ketapang
F. Kampung Pak Tijah
H. Kampung Telaga Daing
 
Politik
 
Walaupun Gong Badak terletak di dalam daerah Kuala Nerus, pentadbiran Gong Badak adalah di bawah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Gong Badak terletak di bawah Parlimen Kuala Nerus (P35) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) No.
 
Keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) Tahun 2013
 
P35 Kuala Nerus
Jumlah Pengundi : 76,238
BN (UMNO) Datuk Mohd Nasir B. Ibrahim Fikri - 33,251 undi
PR (PAS) Mohd Khairuddin B. Aman Razali - 33,861 undi (Menang)
Majoriti : 610 undi
 
 
Ekonomi
 
Gong Badak kini mempunyai tempat membeli-belah dengan kemasukan pasaraya besar seperti Hock Kee Seng, Sabasun 2, Giant dan Mydin. Terdapat juga dua kedai buku yang dibuka iaitu Pustaka Seri Intan dan Syarikat Muda Osman (SMO) untuk menjual bahan bacaan dan alat tulis untuk pelajar institusi pendidikan di sekitarnya. Ekonomi di Gong Badak banyak bergantung kepada pelajar-pelajar dari institusi pendidikan di sekitarnya dan juga kawasan perindustrianya.
 
Institusi Pendidikan
 
1. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
2. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
3. Maktab Perguruan Dato Razali Batu Rakit
4. SK Maktab Perguruan Kuala Terengganu
5. MRSM Kuala Terengganu
6. SK Gong Badak
7. SKK Gong Badak
8. SMKK Gong Badak
9. SKK Mengabang Telipot
10. SMKK Mengabang Telipot
11. SK Tok Jiring
12. SMKA Tok Jiring
13. SK Tok Jembal
14. SK Teluk Ketapang
15. SMS Sultan Mahmud
16. SMT Kuala Terengganu
17. Kolej Vokasional Wakaf Tembesu
 
Tempat Penarikan dan Makanan
 
A. Padang Golf Kuala Terengganu
 
Masjid / Surau
 
1. Masjid Unisza - 20 Ogos 1993
2. Masjid Kg. Tok Jembal