Wahabi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Mhasankassim (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Addbot
Mengosongkan laman
Baris 1:
{{BM}}
 
{{Islam}}
 
'''Wahabi''' ({{lang-ar|Al-Wahhābīyya}} الوهابية) atau '''Wahhabisme''' merupakan satu fahaman atau aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama [[Haramain]] ([[Makkah]] dan [[Madinah]]) yang diasaskan oleh [[Muhamad Abdul Wahab]]. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja [[Bani Saud]] yang kini memerintah negara Arab Saudi. [[Bani Saud|Dinasti al-Saud]] telah memerintah [[Arab Saudi]] sejak tahun 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi. Wahabi bukanlah suatu mazhab akidah ataupun mazhab fikah.
 
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahabi atau Wahabisme. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya. Pihak British/Yahudi yang mencetuskan gelaran ini kerana melihat mereka ini sebagai ancaman terhadap penjajahan mereka. {{fact}} Mereka menggelar-gelarkan orang kerana hendak memecah belahkan orang Islam. Golongan awal tidak pernah mengeluarkan perkataan Wahabi atau Wahabisme.{{fact}} Golongan terkemudian lebih suka menyebut diri mereka sebagai [[Salafi]], Salafiah, Muhawidun yang bermaksud "satu Tuhan" dan mereka menurut pemikiran [[Ahmad ibn Hanbal|Imam Hanbali]] (al Hanbaliah, al Hanabilah) dalam masalah fikah, yang merupakan salah satu mazhab dalam [[Ahli Sunah Waljamaah]]. Dalam hukum akidah pula, mereka berpegang kepada tafsiran [[Ibn Taymiyyah]]. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taymiyyah.
 
Aliran Wahabi ini sangat dominan di [[Arab Saudi]], [[Kuwait]], [[Qatar]], [[Somalia]], [[Algeria]], [[Palestin]] dan [[Mauritania]].
 
== Pengasas ==
{{refimprove}}
===Biodata ringkas===
[[Muhamad Abdul Wahab|Muhammad bin Abdul Wahhab]] ([[1701]] - [[1793]]) lahir di Kampung [[Ainiyah]], [[Najd]], [[Arab Saudi]]. Beliau berasal dari kabilah [[Bani Tamim]]. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'. Beliau telah mempelajari agama daripada Syeikh [[Muhamad Sulaiman al-Kurdi]], bapanya iaitu Syeikh [[Abdul Wahab]] dan abangnya Syeikh [[Sulaiman bin Abdul Wahab]]. Setelah dewasa, beliau pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan pulang halamannya. Bapa serta abangnya telah meyifatkan bahawa beliau telah terlalu jauh menyimpang dan sesat.{{fact}}
 
Beliau merupakan seorang ulama pembaharuan dan ahli [[teologi]] agama [[Islam]] yang mengetuai gerakan [[salafiah]]. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding [[salafi]]. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu [[mazhab]]. Beliau memperkenalkan semula undang-undang [[Syariah]] di [[Semenanjung Arab]]. Beliau sangat dipengaruhi oleh [[Ahmad ibn Hanbal]] dan [[Ibn Taimiah]].
 
===Penyebaran fahaman===
 
Semasa di [[Madinah]], beliau mendapati banyak amal ibadat orang [[Islam]] adalah bertentangan dengan syariat [[Islam]] kerana mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam [[Rasulullah]].
 
Setelah berhijrah ke [[Basrah]], beliau telah mengeluarkan fatwa yang ganjil dan akhirnya beliau telah diusir dan lalu pergi ke [[Hassa]]. Di sana, beliau telah berguru dengan [[Abdullah bin Abdul Latif]]. Beliau diusir lagi, lalu pergi semula ke Kampung [[Ainiyah]], [[Najd]]. Mulanya Raja [[Osman bin Ahmad Ma`mar]] membantunya, namun setelah mendengar fatwa-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.
 
Beliau lari pula ke [[Duri`yah]] dan mendapat bantuan Raja [[Muhammad bin Saud]] di [[Duri'yah]]. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di [[Mekah]] dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak, malah sebahagiannya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di [[Najd]] dengan syarif-syarif [[Mekah]]. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang [[Mekah]] kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam [[Nabi]]. [[Syarif Mekah]] membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam [[Nabi]], berdosa mengadap makam [[Nabi]]. Syarif-syarif [[Mekah]] terus diperangi.
 
== Amalan kaum Wahabi menurut hadith ==
{{refimprove}}
Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924.
 
Perubahan yang mereka lakukan ialah :
# Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan [[Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w.|Siti Khadijah]] di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan. <ref>[http://www.iiu.edu.my/deed/hadith/muslim/004c_smt.html#200_b4 Chapter 199 : IT IS FORBIDDEN TO PLASTER THE GRAVE OR CONSTRUCTING ANYTHING OVER IT]</ref>
# Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi. Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala.
# Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.<ref>[http://www.iiu.edu.my/deed/hadith/muslim/004c_smt.html#200_b4 Chapter 200 : IT IS FORBIDDEN TO SIT OVER THE GRAVE AND OBSERVE PRAYER FACING TOWARDS IT]</ref>
# Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
# Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith <ref>[http://www.islam-qa.com/en/ref/10523 Modulation and elongation of vowels in the Adhaan.]</ref>, terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
# Melarang membaca qasidah.
# Melarang melagu-lagukan al Quran.
# Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.{{fact}}
# Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.<ref>Mohd Yusof Ahmad,'Perkembangan Mazhab-Mazhab Ilmul-Kalam Dalam Islam', Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,1980, hlm 96.</ref> Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
 
== Pandangan Siradjudin Abbas ==
{{refimprove}}
[[Siradjudin Abbas]] menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah [[kiyai]], [[abuya]] , [[ulama]] besar di [[Indonesia]]. Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :
 
# Dalam mempelajari ilmu [[Usuluddin]] ([[Tauhid]]) harus menganut fahaman [[Ibnu Taimiyah]].
# Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal [[Mazhab]] ([[Talfiq]]).
# Mengambil sumber [[al Quran]] dan Hadis yang kuat sahaja tanpa [[Ijmak|ijma ulama]] dan [[qias]]. Ijma' ulama' dan qias diambil sekiranya ianya berdalilkan al Quran dan hadis.
# Melarang keras umat Islam [[berdoa]] dengan [[Tawassul]] (Perantaraan) orang yang telah mati. Tawassul yang dibenarkan ialah sebagaimana terdapat dalam al Quran dan hadis (yakni dengan asma' al husna, amal soleh dan doa orang yang soleh).
# Melarang menziarahi [[kubur]], walaupun [[maqam]] Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang pergi ke [[Masjid Nabi]] di [[Madinah]] dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.
# Menghancurkan tugu-[[tugu peringatan]] / [[monumen]] kerana hal ini semuanya boleh mendorong orang ke arah [[musyrik]]. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di [[Suq al Leil]] telah lama diruntuhkan. Tugu-tugu sememangnya tidak dibenarkan dalam Islam [[bukan pihak wahabi yang mulakan]]
# Melarang membaca-baca [[Qasidah]] yang memuji-muji Nabi seperti [[Qasidah]], [[Berzanji]], [[Burdah]], [[Kenduri]]-Kendara,[[Tahlil]] dan sebagainya kerana ''sebahagian'' qasidah-qasidah ini mempunyai kesalahan atau memuji secara melampau (ghuluw).{{fact}}
# Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati [[Maulidur Rasul]], [[Israk Mikraj]] dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain,{{fact}} kecuali [[Hari Raya Aidilfitri]] dan [[Hari Raya Aidil Adha]] kerana hadis nabi jelas menyatakan hanya ada dua hari raya bagi orang Islam.
# Melarang belajar tentang "[[Sifat-sifat Allah|Sifat dua puluh]]", "[[Kifayatul Awam]]", "[[Sanusi]]", "[[Juaharatut Tauhid]]", "[[Husun Hamadiyah]]" dan lain-lain yang serupa itu kerana tidak ada dalil al Quran atau hadis secara terus.
# Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum [[Ahli Sunah Waljamaah]] hendaklah dibuang jauh-jauh. PERINGATAN: Terdapat fahaman lain juga yang diterima di dalam [[Ahli Sunah Waljamaah]]. Bukan hanya Asy'ari sahaja.
# Tidak boleh membaca kitab "[[Dalailul Khairat]]", "[[Burdah]]" dan lain-lain [[wirid]]-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w secara melampaui batas.{{fact}}
# Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu [[Fuqara]], [[Masri]] dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.{{fact}}
# [[Azan]] tidak boleh berlagu.
# Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.
# [[Imam]] tidak membaca "[[Bismillah]]" secara jahr [[nyata]] dalam [[Solat]]. {{fact}}
# Amal-amal [[Tariqat]], umpamanya [[Tariqat Naqsyabandi]], [[Tariqat Qadiri]], [[Tariqat Sazali]], [[Tariqat Saman]] dan lain-lain yang tidak bersumberkan al Quran atau hadith dilarang keras.
# [[Wirid]], ber[[doa]] secara beramai-ramai selepas [[solat berjemaah]] dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat adalah lebih utama berwirid secara individu. <ref>Siradjudin Abbas ,'40 Masalah Ugama', Indonesia</ref>
 
== Fahaman Wahabi di Malaysia ==
{{refimprove}}
[[Majlis Fatwa Kebangsaan]] di [[Malaysia]] tidak pernah mengeluarkan [[fatwa]] bahawa Wahabi sebagai [[ajaran sesat]] atau fahaman sesat .Ia adalah [[khilafiah]] (pertikaian) di mana timbul persoalan mengenai [[takwil]] (tafsiran).
Jemaah [[haji]] [[Malaysia]] yang mengerjakan haji di kota [[Mekah]] tidak pernah mempertikaikan amalan tidak membaca [[qunut]] oleh [[imam]] di [[kaabah]]. Jemaah Islam juga akur dengan arahan tidak menziarahi makam-makam tertentu malahan makam nabi Muhammad di Madinah. Mereka akur dengan perbezaan tersebut kerana telah dimaklumkan semasa kursus haji yang diberikan oleh pegawai dari [[Tabung Haji]].
 
Pada 8 Mei 2008 di persidangan [[Dewan Rakyat]] Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr [[Ahmad Zahid Hamidi]] memberi penjelasan pendirian kerajaan Malaysia berhubung soalan dari peguam [[Zulkifli Noordin]] ([[PKR]] - [[Kulim Bandar Baru]]).
 
[[Jabatan Kemajuan Islam Malaysia]] ([[Jakim]]) mengenalpasti pendakwah antaranya Dr [[Abdullah Yasin]] dan sebagai penganut Wahabi yang jelas. Mungkin itulah sebabnya tidak lagi muncul dalam program dan ceramah agama di televisyen. [[Mufti Perlis]], Dr [[Mohd Asri Zainul Abidin]] tidak pula dilabel sebagai wahabi walaupun khabar angin menyatakan beliau seorang wahabi. Negeri Perlis yang tidak mengamalkan bacaan qunut juga dilabel sedemikian.
 
Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengadakan sekurang-kurangnya 6 kali [[muzakarah]] atau perbincangan dengan pelbagai pihak sejak 1985 hingga 1998. Pertikaian terbaru dengan [[Mufti Perlis]], Dr [[Mohd Asri Zainul Abidin]] pada 30 Ogos 2007 iaitu seorang yang dikatakan pengamal wahabi juga.
 
Kebanyakan lulusan universiti dari Madinah mengiktiraf ajaran Wahabi ini. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah menganggap Wahabi sebagai ajaran sesat. Muzakarah kali ke-40 pada 1996 menyebut bahawa mana-mana golongan yang mengisytiharkan diri mereka tidak bermazhab dan menganggap bahawa dialah orang yang lebih baik di samping mencerca dan menghina golongan yang bermazhab sedangkan mereka berada dalam kelompok yang sama, pendekatan dengan cara perbincangan adalah lebih baik. <ref>[http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20080508150636/Article/ Fahaman Wahabi tidak pernah diputuskan sebagai ajaran sesat]</ref>
 
== Lihat juga ==
* Dr [[Azwira Abdul Aziz]]
* [[Ikhwanul Muslimun]]
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
== Pautan luar ==
* [http://al-fikrah.net/News/article/sid=820.html Kompilasi Rujukan Isu Wahabi]
* [http://www.mazhab.tk Belajar perbezaan mazhab]
* [http://www.mazhab.pja.my Mengenal mazhab]
 
[[Kategori:Islam]]
[[Kategori:Mazhab]]