Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 2:
==Sejarah==
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang
Pelabuhan Pulau Pinang yang ditadbir oleh SPPP merupakan sebuah pelabuhan bertaraf antarabangsa di bahagian barat laut Semenanjung Malaysia yang menawarkan pelbagai kemudahan dan peralatan moden untuk pengendalian kontena, kargo pukal cecair, kargo pukal kering dan kargo am.
Baris 8:
Mulai 1 Januari 1994, operasi perkhidmatan pelabuhan dan feri di Pelabuhan Pulau Pinang telah diswastakan kepada pengendali berlesen iaitu Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) mengikut Akta Pelabuhan-pelabuhan (Penswastaan) 1990. SPPP masih kekal sebagai Pihak Berkuasa Pelabuhan dan melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab tambahan iaitu sebagai Badan Kawal Selia mengikut Akta Pelabuhan-pelabuhan (Penswastaan) 1990, Pusat Sumber Pelabuhan bagi kawasan utara dan pihak Pentadbir Zon Bebas Komersil mengikut Akta Zon Bebas 1990 dan Peraturan-peraturan Zon Bebas 1991.
Parlimen telah meluluskan pindaan kepada
Selain itu, SPPP juga bertindak selaku fasilitator bagi aktiviti perdagangan dan pihak yang bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan pelabuhan. SPPP juga komited di dalam mempromosikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan pilihan utama dalam Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle : IMT-GT), serta menjadi pelabuhan feeder utama kepada Pelabuhan Klang.
|