Doctor Who: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nyxaros (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 23:
| related = ''[[K-9 and Company]]''
''[[Torchwood]]''
''[[The Sarah Jane Adventures]]''
''[[K-9 (siri TV)|K-9]]''
''[[Doctor Who Confidential]]''
''[[Totally Doctor Who]]''

Doctor Who merupakan sebuah siri televisyen British yang dihasilkan oleh BBC dari. Siri ini menonjolkan pengembaraan seorang Time Lord; seorang pengembara masa yang hanya dikenali sebagai Doctor. Beliau mengembara di seluruh alam di dalam TARDIS, mesin masa telepati yang bernyawa dan mampu untuk terbang di dalam vortex masa. Dari pandangan luar, ia berbentuk seperti pondok telefon di Britain. Bersama dengan sejumlah teman, Doctor sering bertemu dengan pelbagai musuh sementara cuba menyelamatkan tamadun, menyelamatkan orang biasa, dan membetulkan perkara yang salah.

Rancangan ini memberikan impak yang signifikan kepada kebudayaan Britain, dan telah diketahui memberi pengaruh kepada ramai ahli profesional televisyen yang menonton rancangan ini sejak dari kecil lagi. Pada asalnya, siri ini disiarkan bermula dari tahun 1963 sehingga 1989. Selepas kegagalan bagi mencetuskan semula siri ini dengan filem televisyen pada tahun 1996, rancangan ini dilancarkan semula oleh Russell T Davies yang mana kekal menjadi penggerak siri ini bagi 5 tahun pertama selepas pelancarannya. Siri pertama disetkan kepada Bumi di abad ke 21, dan Christopher Eccleston dipilih menjadi Doctor yang kesembilan.

Sebelas pelakon telah membintangi rancangan ini sebagai Doctor. Pertukaran dari seorang pelakon kepada pelakon yang seterusnya seringkali dimasukkan ke dalam plot penceritaan, dan digambarkan sebagai regenerasi, satu proses yang seorang Time Lord akan bertukar jasad, dan kadangkala personaliti baru. Walaupun setiap satu Doctor digambarkan dengan perwatakan yang berbeza-beza, namun setiap satunya merupakan satu entiti yang sama. Doctor kini dipegang wataknya oleh Matt Smith, yang mana mengambil watak tersebut selepas kemunculan terakhir David Tennant pada 1 Januari 2010.

== Watak ==