Langkasuka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nur'adDEEN (bincang | sumb.)
Memperbaiki ejaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Sejarah Malaysia}}
'''Langkasuka''' atau juga dikenali sebagai ''Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu'' (China), ''Langasyuka'' (Arab) dan ''Ilangasoka'' (inkripsi Tangore). Mengikut catatan pelawat-pelawat China yang mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri Asia Tenggara pada abad ke-2 Masihi, “Lang-ya-shiu” atau Langkasuka (Paul Wheatley 1961, 387-412) sudahpun wujud ketika itu. Berpandukan catatan tersebut ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora ([[Songkhla]]) dan [[Kelantan]] itu adalah lokasi asal negeri [[Kerajaan Pattani]]. Langkasuka ialah sebuah kerajaan [[Hindu]] [[Melayu]] silam yang terletak di [[Semenanjung Tanah Melayu]]. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan [[Kedah Tua]] berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di [[Tanah Melayu]]. Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 Masihi. Legenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di [[Kedah]], dan kemudian berpindah ke [[Pattani]]. Persoalan bagaimana Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikan oleh para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas mengenainya.
 
Dipercayai bahawa [[Langkawi]] mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah [[Dinasti Liang]] [[China]] (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama Masihi.