Rock (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kembalikan maklumat yg hilang
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 27:
Beberapa minggu selepas itu, pertandingan Battle of the Bands peringkat negeri pun diadakan. Malang sekali pada pertandingan itu, Amy tidak dapat menyanyi kerana cirit-birit akibat memakan dua papan telur ayam seperti yang dicadangkan Jijo, untuk menjaga suaranya. Disebabkan kesulitan yang dialami Amy, Jijo menjadi penyanyi menggantikan Amy. Pada pertandingan itu, kesemua band yang bertanding menunjukkan mutu permainan yang bagus. Begitu juga dengan kumpulan Malaikat Maut. Apabila giliran Rimba Bara tiba, penonton dikejutkan dengan persembahan melakukan gitar solo sehingga berasap-asap dan speaker column dikiri kanan pentas telah meletup! Rimba Bara berjaya menjadi juara peringkat negeri. Sejurus selepas pertandingan tersebut, Rimba Bara pun memulakan latihan berterusan bagi memperkemaskan permainan mereka.
 
Pada suatu hari, mereka dikejutkan dengan kehadiran Malaikat Maut di tempat latihan mereka. Alangkah terkejutnya mereka apabila Zul Kapan telah menawarkan diri untuk menjadi penyanyi, menggantikan Amy. Bagi meyakinkan Rimba Bara, Zul Kapan dengan pantasnya mengalunkan lagu 'Taman Rashidah Utama' dendangan asal oleh kumpulan [[Kumpulan Wings, Malaysia|kumpulan Wings]]. Dengan itu, dia telah diterima masuk dan Amy pun harus mengundur diri. Selepas sahaja insiden Zul Kapan diterima masuk, mereka tidak menoleh kebelakang lagi sebaliknya terus mengadakan latihan gigih yang berterusan. Sementara itu, mereka juga memenuhi persembahan-persembahan di Fun Fair dan rumah orang kahwin. Pada ketika ini, nama mereka telah sebanyak sedikit terkenal lantaran kemenangan di Battle of the Bands peringkat negeri tempoh hari.
 
Sementara itu juga Zack mengalami dilema dimanadi mana ayahnya mengkehendakinya menghadiri temuduga untuk bekerja di pejabat pos memandangkan sudah begitu lama Zack menganggur. Tersepit dengan permintaan ayahnya, Zack seperti meminggirkan diri dari teman kugirannya untuk menumpukan perhatian menghadapi temuduga di pejabat pos. Pada hari temuduga tersebut, Zack hadir dengan harapan yang tinggi. Malangnya, penampilannya yang berambut panjang telah disindir dengan pedas oleh penemuramah di pejabat itu. Kecewa dengan kejadian tersebut, Zack kembali ke studio dengan perasaan marah dan terus mengangkat gitar dan memulakan latihan. Dia tidak menoleh ke belakang lagi sebaliknya menumpukan pada Battle of the Bands peringkat nasional yang bakal berlangsung.
 
Beberapa minggu kemudian, hari yang ditunggu-tunggu oleh semua kugiran tanah air pun tiba. Battle of the Bands peringkat kebangsaan bakal menjadi titik penolak kejayaan kepada semua band, termasuklah 'Rimba Bara'. Band yang menang bakal diberi peluang merakamkan album penuh. Maka pada pertandingan penuh bersejarah itu, segala band dari pelusuk daerah muncul. Keadaan gamat dengan suasana rock ditambah pula dengan kehadiran [[Amy Search]], [[Man Kidal]] dan [[Nasir Jani]] sebagai para hakim pertandingan itu. Amy, penyanyi Rimba Bara yang terdahulu juga hadir sebagai tanda sokongan. Kumpulan demi kumpulan membuat persembahan. Ada yang berguling dan ada yang melompat macam cipan demi membuktikan mereka adalah kumpulan rock yang terbaik. Ada juga yang telah patah tangan dan dikejarkan ke hospital kerana tangan terpukul besi drum. Pada malam itu, Rimba Bara telah membawakan lagu dendangan asal oleh [[Sweet Charity]] seperti ''Batu''. Tiba pengumuman keputusan, Rimba Bara telah diangkat sebagai pemenang! Pada malam kemenangan itu, mereka meraikannya seperti tiada lagi hari esok.