Sankaracharya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Adi Shankara''' - juga dikenali sebagai ('''Adi''') '''Shankaracharya''' dan '''Shankara Bhagavatpada.''' Namanya juga sering dieja sebagai '''Sankaracha...'
 
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
 
Sankara merantau di seluruh benua India untuk menyebarkan falsafahnya melalui perbincangan dan perdebatan dengan pemikir-pemikir lain. Beliau juga memberikan nafas baharu kepada kehidupan rahib atau Samnyasa dengan mengasaskan tradisi rahib Dashanami. Sankara juga dikatakan sebagai pengasas empat biara yang memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pembangunan semula Advaita Vedanta.
 
== Biografi ==
 
=== Sumber ===
Sebarang percubaan untuk melakar riwayat Sankara,
menghadapi dua cabaran. Pertama, fakta-fakta yang tidak mencukupi. Kedua, biografi
tradisionalnya penuh dengan pelbagai perkara ajaib yang sukar dipercayai atau
dijelaskan secara rasional.
 
Hampir ke semua biografi Sankara bersetuju bahawa beliau
hidup hanya selama 32 tahun. Namun, mengenai tarikh lahirnya, wujud beberapa
percanggahan. Menurut satu pendapat, beliau lahir pada tahun 788 Masihi dan
sesetengah pendapat lain pula menerima tahun 684 Masihi.
 
Setakat ini, hampir 21 biografi tradisional Sankara telah
dikenalpasti. Dalam kalangan biografi ini, Sankara Vijaya oleh Anandagiri dan
Sankara Digvijaya oleh Madhava-Vidyaranya dianggap sebagai yang paling sah dan
diterima ramai.