Rock (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Faizalzul72 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 21:
{{spoiler}}
 
Plot filem ini dibuka pada era millenium dengan watak Zack ([[Hasnul Rahmat]]) sedang bertugas mencop surat di pejabat pos. Ketika diarahkan mencuci surat-surat lama oleh bosnya, beliau terjumpa sepucuk surat yang dialamatkan ke kugiran lama yang pernah dianggotainya dulu, iaitu "[[Rimba Bara]]". Serentak dengan itu, fikiran Zack pun terus melayang mengimbas kembali kehidupannya pada 15 tahun yang lepas.
 
Plot ini kemudiannya bergerak membuka cerita mengenai Rimba Bara yang bercita-cita dan berhasrat untuk jadi terkenal pada lewat dekad 1980-an. Rimba Bara dianggotai oleh Zubir, atau lebih diminta dikenali sebagai Zack sendiri - gitaris, Jijo ([[Khir Rahman]]) – bass, Black – pemain dram, dan juga Amy ([[Que Haidar]]) - vokalis yang kadangkala main tamburin; mengharungi pelbagai peristiwa yang mencabar dan penuh lucu demi mengejar cita-cita mereka dan mereka percaya akan berjaya menjadi kumpulan rock (Rimba Bara) yang mantap dan berwawasan. Di samping itu, plot juga diserikan dengan kisah cinta di antara Zack dan Katy ([[Siti Elizad]]), rakannya sedari kecil. Namun, Jijo seringkali mengingatkan pada Zack bahawa mereka tidak boleh terlalu hanyut dengan cinta kerana mereka mempunyai 'wawasan'. Wawasan mereka semakin tidak dapat dibendung lagi apabila mengetahui bahawa acara ''Battle of The Bands'' peringkat negeri akan diadakan di tempat mereka. Untuk menyertai acara ''Battle of The Bands'' itu mereka terpaksa mengharungi peringkat saringan yang menyaksikan beberapa kehadiran band-band yang lebih mahir dan matang. Di tambah pula dengan kehadiran Zul Kapan ([[Soffi Jikan|Mohamad Shoffi Jikan]]) dan The Malaikat Maut, membuatkan mereka gusar dan harus berlatih dengan lebih keras. Daripada segi penampilan pula, mereka terpaksa mencari punca untuk mempamerkan diri mereka sebagai rockers yang sebenar-benarnya. Seluar PVC, baju glamrock dan kasut Aliph merupakan gear yang begitu sangat dititikberatkan. Memandangkan sumber kewangan yang serba tidak mencukupi, mereka terpaksa menggunakan akal untuk mendapatkan semuanya itu termasuklah menggunting kain tempat duduk bas untuk mendapatkan bekalan PVC yang mencukupi.