Perang Siffin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurobot (bincang | sumb.)
k menghapuskan Kategori:Perang (HotCat)
Baris 19:
'''Perang Siffin''' (Mei-Julai 657) berlaku semasa zaman fitnah besar atau perang saudara pertama orang Islam dengan pertempuran utama berlaku dari 26-28 Julai. Pertempuran ini berlaku di antara [[Muawiyah bin Abu Sufyan]] dan Saidina [[Ali bin Abi Talib]] di tebing [[Sungai Furat]] yang kini terletak di [[Syria]] (Syam). Berikutan pembunuhan Saidina [[Uthman bin Affan]], Saidina Ali menjadi [[khalifah]]. Muawiyah, seorang gabenor Syria, merupakan saudara kepada Saidina Uthman dan mahukan pembunuh Uthman diadili. Dia menganggap Ali tidak bersungguh-sungguh mahu menghukum pembunuh Uthman lalu memberontak ke atas Ali. Akibatnya terjadi pertempuran di Siffin. Pertempuran ini tidak berkesudahan dan kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding. Pertempuran dan perundingan melemahkan kedudukan Ali dan pada masa yang sama tidak menyelesaikan konflik yang melanda empayar Islam. Kepada penganut [[Syiah]], Ali ibnu Abi Talib merupakan Imam yang pertama. Kepada [[Sunni]], Ali merupakan [[Khulafa al-Rasyidin|Khalifah Ar-Rashidun]] yang keempat dan Muawiyah sebagai khalifah pertama Dinasti [[Umayyah]]. Peristiwa yang berlaku semasa perang sehingga kini menjadi kontroversi di antara kedua-dua Sunni dan Syiah yang juga memisahkan kedua-dua mazhab ini.
 
== Pertelingkahan Bermula ==
== Mula pertelingkahan ==
Setelah mengalahkan Saidatina [[Aisha]] dalam [[Perang Jamal]], Ali kembali ke [[Kufah]] pada bulan Januari 657. Beliau mengambil keputusan untuk memindahkan ibu negeri dari [[Madinah]] ke Kufah kerana kedudukannya yang lebih strategik di dalam empayar, dan menghalang kemaraan Muawiyah ke Iraq. Untuk menyelesaikan perbalahan secara aman, Ali menghantar utusan kepada Muawiyah di Syria meminta beliau berbai`ah kepada dirinya. Muawiyah menolak, sebaliknya mengulangi tuntutannya agar Ali mengambil tindakan ke atas pembunuh [[Uthman bin Affan|Uthman]]. Jika tidak, Muawiyah sendiri yang akan mengambil tindakan.