Perbezaan antara semakan "Stesen keretapi Pulau Sebang/Tampin"

tiada ringkasan suntingan
(Melencong ke Stesen keretapi Tampin)
'''Stesen KTMB Pulau Sebang/Tampin''' merupakan [[stesen kereta api]] bagi penumpang yang ingin ke [[Melaka]] menggunakan rel. Stesen ini sebenarnya terletak di [[Pulau Sebang]], [[Melaka]] bersebelahan dengan bandar [[Tampin]], [[Negeri Sembilan]].Jarak Pekan Pulau Sebang ke Pusat Bandar Alor Gajah sejauh 9 kilometer.Manakala ke Bandaraya Melaka sejauh 30 kilometer atau 20 minit dengan kereta melalui Lebuh AMJ. Stesen ini terletak di antara stesen [[Seremban]] dan [[Gemas]]. Projek landasan berkembar elektrik dari Seremban ke Gemas melalui 32 kilometer dalam Negeri Melaka yang melibatkan daerah Alor Gajah dan Jasin. Stesen KTMB Pulau Sebang/Tampin sekarang akan dipindahkan di lokasi baru beberapa meter ke arah utara dan dilengkapi bangunan dua tingkat dengan tempat letak kereta yang luas dan moden. Ada cadangan dari kerajaan Negeri Melaka untuk menempatkan stesen bas dan teksi Pulau Sebang berhampiran dengan stesen KTMB.Walau bagaimanapun pembinaan stesen bas dan teksi belum lagi dimuktamadkan kerajaan negeri Melaka. Kerajaan Negeri Melaka mahukan stesen KTM yang baru ini tidak lagi dibayangi dengan nama Tampin, sebaliknya pengguna mengetahui stesen KTMB yang baru ini dalam daerah Alor Gajah, Melaka dan bukan Tampin Negeri Sembilan.
#REDIRECT [[Stesen keretapi Tampin]]
 
== Sejarah ==
Mengikut sejarah, [[landasan kereta api]] dari Seremban ke [[Pulau Sebang]] telah siap dibina pada tahun [[1905]]. Tidak lama selepas itu satu stesen kecil dibina dan dinamakan '''Stesen KTM Pulau Sebang'''. Walau bagaimanapun pembangunan pesat bandar [[Tampin]] yang berjiran dengan Pulau Sebang telah menyebabkan pihak [[British]] pada ketika itu menukar nama stesen Pulau Sebang kepada Tampin walaupun kedudukan stesen itu dalam kawasan [[Melaka]].
 
Pada masa yang sama juga [[landasan]] [[kereta api]] dari Pulau Sebang ke Bandar [[Melaka]] telah siap dibina. Antara stesen yang terdapat dalam laluan sejauh 34 km ini ialah [[Alor Gajah]], [[Melaka Pindah]], [[Durian Tunggal]] dan [[Melaka]]. Walau bagaimanapun semasa [[penjajahan Jepun di Tanah Melayu|pendudukan Jepun]] landasan laluan Melaka ini telah dibongkar tentera [[Jepun]] untuk membina landasan kereta api maut di [[Burma]].Sejak dari itu orang ramai dan penduduk Melaka menggunakan Stesen Keretapi Tampin(Pulau Sebang) untuk ke Melaka dan sebaliknya.Namun demikian sebahagian penduduk daerah Jasin menggunakan stesen Batang Melaka kerana jaraknya lebih dekat hanya 21 kilometer dari Bandar Jasin berbanding Pulau Sebang 44 kilometer.Penduduk Nyalas menggunakan stesen Air Kuning Selatan yang jaraknya hanya 9 kilometer. Bekas landasan ke Bandaraya Melaka dan jambatan kereta api yang melintasi sungai masih jelas kelihatan hari ini terutamanya di Tg. Rimau, Gadek, Melaka Pindah, Belimbing, Durian Tunggal, Gangsa, Batu Berendam dan Bachang dekat bandaraya Melaka. Namun bekas landasan keretapi sudah tiada lagi kerana laluan itu telah ditar menjadi jalan kampung. Status tanah ini sebahagian besarnya Tanah Tol milik KTMB.
 
Sejak kebelakangan ini rakyat dan Kerajaan Negeri Melaka amat mengambil berat nama stesen KTMB Tampin itu. Beberapa saranan telah diutarakan dalam surat khabar supaya nama stesen KTMB Tampin ditukar semula kepada Pulau Sebang.Atas desakan ini pihak KTMB menamakan stesen ini sebagai Stesen Pulau Sebang/Tampin pada papan tanda di stesen ini.Namun demikian KTMB tidak dapat menukar nama stesen itu kepada Pulau Sebang sepenuhnya kerana orang ramai sudah sinonim dengan nama Tampin. Langkah penyelesaian awal dibuat KTMB dengan menamakan stesen itu kepada Pulau Sebang/Tampin.Pihak KTMB tidak mempunyai halangan menukar sepenuhnya nama Pulau Sebang pada masa akan datang setelah orang ramai terbiasa dengan nama Pulau Sebang.
 
Mengikut perancangan, KTMB mengambil perhatian serius permohonan Kerajaan Negeri Melaka membina landasan berkembar ke Melaka dari Pulau Sebang dengan menggunakan bekas landasan kereta api dahulu. Jika projek kereta api di Melaka diluluskan kerajaan persekutuan, program ini akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-10. Kerajaan Negeri Melaka mengalu-alukan projek landasan berkembar ini agar perkhidmatan kereta api komuter dari Melaka terus ke Kuala Lumpur menjadi kenyataan serta perkhidmatan antara bandar dapat diwujudkan kelak.
 
{{Laluan Pantai Barat}}
 
[[Kategori:Stesen keretapi di Malaysia|Pulau Sebang/Tampin]]
6,212

suntingan