Ruminan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 28 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q842175
Baris 17:
 
==Penjelasan==
Dalam dua kebuk yang pertama, iaitu rumen dan retikulum, makanan dicampurkan dengan ludah lalu berpecah menjadi lapisan bahan pepejal dan cecair. Bahan pepejal itu berkumpul-kumpul hingga membentuk mamahan atau [[bolus]]. Kemudian, mamahan itu diluahkan, dikunyah perlahan-lahan supaya bercampur sepenuhnya dengan ludah sambil mengurai saiz zarahnya. Dalam kebuk-kebuk inilah masuknya bahan serabut (terutamanya [[selulosa]] dan [[hemi-selulosa]]) yang dipecahkan oleh mikrob ([[bakteria]], [[arkea]], [[protozoa]], dan [[kulat]]), terutamanya kepada tiga [[asid lemak meruapmferuap]], iaitu [[asid etanoik]], [[asid propanoik]] dan [[asid butanoik 3 hidroksi]]. Protein dan karbohidrat tak berstruktur ([[pektin]], [[gula]], [[kanji]]) juga ditapaikan.
 
Sungguhpun berlainan nama, namun rumen dan retikulum sama fungsinya kerana digesta (bahan tercerna) boleh tersalur berulang-alik di antara kedua-duanya. Kedua-dua kebuk ini sama-sama dipanggil retikulorumen. Digesta terurai yang berada dalam bahagian bawah retikulorumen yang berisi cecair, kemudian tersalur ke dalam kebuk yang seterusnya iaituiaithu omasum, di mana air dan kebanyakan unsur mineral tak organik terserap ke dalam salur darah. Selepas itu, digesta dibawa ke dalam perut sebenar, iaitu abomasum. Abomasum sepadan langsung dengan perut monogastrik (misalnya, perut manusia atau babi), maka digesta dicerna di dalam abomasum dengan cara yang sama seperti perut kita. Akhirnya, digesta disalurkan ke dalam usus kecil untuk pencernaan dan penyerapan khasiat. Mikrob-mikrob yang dihasilkan dalam retikulorumen juga dicernakan dalam usus kecil. Penapaian berterusan dalam [[usus besar]] sama seperti dalam retikulorumen.
 
Hampir semua glukosa yang dihasilkan daripada penguraian selulosa dan hemi-selulosa digunakan oleh mikrob-mikrob dalam rumen, justeru ruminan biasanya kurang menyerap [[glukosa]] dari [[usus kecil]]. Sebaliknya, keperluan glukosa ruminan (untuk fungsi otak dan penyusuan jika bersesuaian) dihasilkan oleh hati dari propionat, salah satu asid lemak meruap yang terhasil dalam rumen.