Sekolah Kebangsaan Tebelu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SyahirSQRT2 (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 3552736 oleh 113.210.10.235 (Perbincangan) -- karut nyata.
 
Baris 31:
 
==Sejarah ==
Pada tahun 1952 Guru Besar SK Tebelu (nama belum dikenalpasti) telah mengamuk dan mengorbankan sehingga 46 orang penduduk kampung dan mencederakan puluhan yang lain. (Keadaan seakan-akan dirasuk)
 
Pada pagi tersebut Guru Besar dilihat membawa senapang patah dan parang oleh guru sekolah. Tidak menyangka sesuatu yang buruk akan berlaku, para guru meneruskan aktiviti sekolah seperti biasa.
 
Lebih kurang pukul 8.30 pagi kedengaran tembakan senapang patah disalah sebuah rumah penduduk kampung. Bimbang perkara buruk yang berlaku beberapa orang telah pergi ke rumah tersebut. Belum sempat mereka naik kerumah beberapa das lagi tembakan dilepaskan dan beberapa orang rebah dan mengerang kesakitan.
 
Guru Besar tersebut merampas bekalan peluru dirumah tersebut dan meneruskan tembakan rambang disekitar Kampung Tebelu. Berapa orang pemuda yang cuba untuk menghalang amukan Guru Besar tersebut telah ditembak. Penduduk kampung yang cemas mengunci pintu rumah dan ada yang lari ke dalam hutan. Mereka yang sembunyi di rumah ternyata menerima nasib yang mengerikan.
 
Panggilan kecemasan pertama diterima oleh Balai Polis Simanggang (sekarang Sri Aman). Anggota polis bergegas ke Kampung Tebelu melalui Sungai Batang Lupar dan menyusur di tepi pantai sepanjang kawasan Sebuyau dan akhirnya tiba di Kampung Tebelu.
 
Apabila tiba, anggota polis terkejut dengan keadaan mangsa yang bergelimpangan disekitar kawasan perkampungan. Usaha mencari Guru Besar tersebut diteruskan dan usaha ini dilakukan dengan berhati-hati.
 
Guru Besar tersebut berkubu di sebuah rumah dan aksi tembak menembak terjadi. Guru Besar tersebut berjaya ditembak mati dan pihak polis berjaya menamatkan tragedi yang menyayat hati.
 
Pemeriksaan terakhir anggota polis menemui 46 mayat mangsa kekejaman amukkan.
 
==Pencapaian ==