Perang Kelang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 2 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q4209365
→‎Peperangan dan Tengku Kudin: menukarkan perkataan "daripada" kepada "dari"
Baris 18:
Tidak lama selepas peperangan bermula pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad telah mengkahwinkan puteri baginda, Raja Arfah, dengan [[Tunku Dhiauddin ibn Sultan Zainal Rashid I|Tengku Kudin]] yang berasal dari Kedah. Sultan Abdul Samad juga telah melantik Tengku Kudin sebagai pentadbir daerah [[Langat]]<ref>J.M Gullick, 2004, ms 77</ref>. Tengku Kudin telah cuba untuk menjadi pendamai. Walau bagaimanapun, usaha Tengku Kudin ditolak oleh Raja Mahdi. Tengku Kudin tersinggung lalu memilih untuk membantu [[Raja Ismail]], anak Raja Abdullah yang memimpin kumpulan menentang Raja Mahadi setelah Raja Abdullah meninggal dunia<ref>J.M Gullick, 2004, ms 60</ref>.
 
Pada bulan Ogos 1869, Raja Ismail memimpin pasukan seramai 100 orang telah menyerang Kelang dan menawan kota di hilir Sungai Kelang. Ini telah memulakan sekatan terhadap Kelang yang berlarutan sehingga 6 bulan. Tidak lama kemudian pasukan Raja Ismail telah mendapat bantuan daripada 500 orang Kedah yang telah dibawa oleh Tengku Kudin. Ini telah memberi Raja Ismail kelebihan dan menyebabkan Raja Mahadi berundur daripadadari Kelang pada bulan Mac 1870<ref> J.M Gullick, 2004, ms 66-67</ref>.
 
Pada tahun 1872, dengan bantuan [[bendahara]] [[Pahang]], segerombolan tentera Pahang turun ke Selangor dan sekaligus, mengalahkan pihak Raja Mahdi.