Quincy: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Laman baru: '''Quincy''' (滅却師 ''kuinshī'', "tuan kepada pemusnahan) merupakan pemburu semangat dalam siri manga dan anime ''Bleach''. Pada asalnya, Quincy ialah campuran daripada mereka y...
 
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Quincy''' (滅却師 ''kuinshī'', "tuan kepada pemusnahan) merupakan pemburu semangat dalam siri manga dan anime [[''Bleach'']]. Pada asalnya, Quincy ialah campuran daripada mereka yang terselamat daripada serangan [[hollow]] dan mereka yang telah kehilangan orang tersayang kepada Hollow. Puak Quincy telah membangkitkan kuasa luar biasa untuk memburu dan membunuh Hollow sebelum mereka menyerang manusia (dan yang telah pun berbuat demikian). Quincy juga mempunyai kebolehan untuk mengawal tenaga semangat. Mereka juga hampir-hampir pupus angkara gerakan eliminasi [[''shinigami'']] kira-kira 200 tahun sebelum jalan cerita utama ''Bleach'' bermula. Kini, hanya [[Ishida Uryū]] dan ayahnya, [[Ishida Ryūken]] merupakan tinggalan kepada puak Quincy.
 
 
== Sekilas Pandang ==
Tidak seperti ''shinigami'' yang menggunakan pedang sebagai senjata utama, senjata Quincy menggunakan busur dan panah. Ia dibina daripada zarah-zarah semangat yang diserap daripada persekitaran, tidak seperti ''shinigami'' yang bergantung kepada tenaga semangat masing-masing. Quincy juga mempunyai benang semangat yang berwarna putih seperti manusia biasa sedangkan benang semangat shinigami berwarna merah. Busur Quincy diseru dengan menggunakan sejenis artifak yang dikenali sebagai Salib Quincy. Satu-satunya limitasi kepada kebolehan seorang Quincy untuk membina dan menembak panah adalah stamina dan keupayaannya untuk menyerap zarah-zarah semangat. Quincy juga mempunyai aneka jenis alatan yang boleh meningkatkan kuasa atau berfungsi sebagai senjata kedua.
 
Satu lagi kontra antara ''shinigami'' dengan Quincy adalah cara kombat. ''Shinigami'' membersihkan jiwa hollow, yakni mengekalkan keseimbangan di antara dunia nyata dan dunia semangat tetapi Quincy memusnahkan hollow secara langsung. Jika hal ini dibiarkan, keseimbangan antara dua dunia tersebut akan terjejas sekaligus membahayakan penghuni-penghuninya. Ancaman ini menjadi punca utama peperangan shinigami-Quincy tercetus yang berakhir dengan kemenangan ''shinigami'' dan kematian kebanyakan ahli daripada puak Quincy. Waris kepada puak ini diawasi dengan ketat walaupun bilangan Quincy terus berkurangan dengan masa. Kemudiannya, Quincy berpendapat bahawa memandangkan mereka masih berada dalam kalangan komuniti hidup dan belum pupus sepenuhnya, mereka boleh bertindak sebagai "petindak pertama" kepada serangan hollow. Maka, Quincy juga dapat memainkan peranan mereka sebagai pelindung kepada manusia sehinggalah ''shinigami'' berupaya menghantar wakil untuk menghapuskan hollow tersebut. Tetapi, oleh sebab kerapuhan hubungan antara kedua-dua kaum tersebut rentetan daripada peperangan ''shinigami''-Quincy, para ''shinigami'' menolak cadangan tersebut. Hal ini menyebabkan [[Ishida Uryū]], rakan sekelas Ichigo dan juga seorang Quincy, memendam kemarahan terhadap ''shinigami'' kerana datuknya (perunding terakhir kepada rancangan Quincy tersebut) telah dibunuh oleh sekumpulan hollow sebelum ''shinigami'' tiba ke tempat kejadian.