Beserah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kampungbeserah (bincang | sumb.)
Maklumat dan gambar rest house
Kampungbeserah (bincang | sumb.)
Penerangan kampung yang lenyap di Beserah
Baris 44:
 
Tapi apa yang banyak orang tidak tahu satu teknik yang sangat unik dari nelayan Beserah adalah mereka menggunakankan kerbau (yang tidak biasa dilihat di tepi pantai), untuk pemunggahan ikan dengan perahu ke tempat pendaratan ikan. Beserah terletak hanya kira-kira 10 kilometer dari bandar Kuantan.
 
== Seberang Che Lek lenyap dibawa ==
Kampung nelayan tertua di mukim Beserah yang terdedah langsung ke muka Laut China Selatan ini selalu dirundung malang. Lenyapnya kampung ini pada tahun 1985.
 
Pada musim tengkujuh tahun itu, beberapa rumah terbabit apabila ombak melanda luar dari kebiasaan. Ombak pada hari itu mengganas anggaran satu rantai ke atas pantai. Kekuatan ombak itu merobohkan tebing kawasan perumahan mereka yang setinggi kira-kira 4 meter. Pokok-pokok saka tercabut hingga ke akar umbi. Pokok yang tercabut bergelimpangn di permukaan pantai.
 
Mereka yang menyaksikan ketika itu dapat melihat bagaimana rumah-rumah  tersebut dipukul ribut bersama ombak yang liar menghempas tebing kampong tersebut. Ketika air laut pasang dan ribut kencang hampir reda, Setiusaha Politik MB Pahang ketika itu, Dr Abdul Malek Mohamad datang melawat dan bantuan kecemasan antara RM700 hingga seribu ringgit disumbangkan kepada mangsa oleh  Jabatan Kebajikan Masyarakat.
 
== Aktiviti setempat ==