Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HaizadSys (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
HaizadSys (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 35:
 
== Perang Dunia ke-2 ==
Pada 8 Disember 1941, Perang Dunia Kedua meletus di sebelah pantai timur di [[Tanah Melayu Persekutuan|Semenanjung Tanah Melayu]]. Tentera Jepun mula mendarat di Patani, Senggora (di Thailand) dan [[Kota Bharu]] di [[Kelantan]], lalu menyerang negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Setelah itu, tentera Jepun memara masuk menyerang bahagian utara Perak dan berjaya mengalahkan pihak British di Negeri Perak. Tentera Jepun menjajah Negeri Perak dari tahun 1942 hingga 1945 di bawah pemerhatian seorang Gabenor Jepun yang berpengkalan di [[Ipoh]]. Pada masa itu, baginda tetap berjawat sebagai [[Sultan Perak]], akan tetapi segala gerak-geri baginda diawasi oleh pihak tentera Jepun kerana mensyaki baginda ada berhubungan dengan Pasukan Gerila Inggeris yang menentang penjajah Jepun. Pasukan Gerila Inggeris yang juga dikenali sebagai 'Force 136' telah terjun payung di Hulu Perak dan ada pula yang mendarat di kuala Sungai Perak melalui laut untuk berperang dengan tentera Jepun. Baginda memang tidak suka kepada cara pentadbiran tentera Jepun di Negeri Perak yang telah mendatangkan kesusahan serta kepayahan kepada segala lapisan masyarakat. Keadaan penghidupan penduduk-penduduk semakin menderitakan yang disebabkan kekurangan makanan dan pakaian.
 
Maka, akibat daripada Amerika Syarikat mengugurkan bom atom ke atas Hiroshima di Negara Jepun pada 6 Ogos 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945, Kerajaan Jepun pun mula menyerah kalah. Berita mengenai kekalahannya tersiar di seluruh dunia pada 15 Ogos 1945. Setelah tentera Jepun menyerah kalah di Semenanjung Tanah Melayu, pihak tentera British, yang dijadualkan mengambil-alih pentadbiran Negeri-Negeri Tanah Melayu, belum sampai dari India. Lanjutan daripada itu, Negeri Perak menjadi huru-hara kerana terdapat askar gerila komunis terutama pasukan M.P.A.J.A. atau askar Bintang Tiga, yang bersembunyi dalam hutan Negeri Perak, telah keluar dari hutan berlengkap dengan senjata-api dan terus bermaharajalela di beberapa bandar dan kampung.