Sankaracharya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 58:
Menurut Sankara, dunia atau Alam Semesta tidak boleh dijelaskan dengan kepastian kerana ia sentiasa berubah. Dunia tidak boleh dikatakan sebagai wujud atau tidak wujud. Sesuatu yang benar-benar wujud tidak boleh kemudiannya menjadi tidak wujud. Namun, setiap saat, ia sedang musnah, dan sesuatu yang baru lahir. Jadi, ia tidak boleh dikatakan sebagai wujud atau tidak wujud. Namun, kedua-dua keadaan ini tidak boleh wujud dengan serentak. Macam mana sesuatu yang abadi boleh menjadi fana dalam masa yang sama? Bagi menjelaskan keadaan ini, Sankara menggunakan terma 'Maya'. Alam Semesta ini bersifat Maya.
 
=== <br>
Jiwa ===
Sankara telah membuktikan secara analitikal dengan beberapa cara tentang keadaan jiwa yang sempurna. Apakah yang dimaksudkan dengan 'Aku'? Aku bukan badan. Aku memiliki badan. Setiap individu terbentuk dengan tiga faktor - badan, minda, dan ego. Badan dan minda boleh berubah. Ego tidak berubah kerana ia tetap sama dan mempunyai keperibadian yang sama sejak kecil hingga dewasa. Perubahan bermaksud kematian atau kemusnahan yang lama dan kelahiran sesuatu yang baru, penamatan sesuatu dan permulaan sesuatu yang lain. Maka, tidak berubah bermaksud, tidak ada permulaan dan tidak ada penamatan. Dalam kata lain, ia adalah abadi. Jadi, 'Aku' dalam badan dan minda adalah abadi.
 
Sankara juga menunjukkan bahawa sesuatu yang abadi juga adalah mutlak atau infinit. Dengan ini, adalah juga terbukti bahawa tidak boleh wujud dua benda yang infinit. Oleh itu, hanya satu Jiwa yang boleh wujud secara mutlak. Jiwa yang wujud dalam semua badan dan minda adalah Jiwa yang sama. Ia adalah Advaitaa Vada, atau sistem monistik. Semua jiwa-jiwa individu adalah sebenarnya Jiwa yang sama, yang wujud dengan abadi.
 
[[Kategori:Falsafah Vedanta|Vivekananda, Swami]]