Panggung opera: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
Baris 6:
Ciri-ciri dalaman rumah-rumah [[opera]] terutamanya dari segi alatan teknikal dan pentas adalah tidak sama dengan pentas drama [[teater]] biasa. Ini juga diikuti dengan susunan tempat duduk penonton dan pit pemain [[orkestra]]. Oleh itu, tidak semua "teater" boleh digelar sebagai "rumah opera".
[[Imej:New York State Theater by David Shankbone.jpg|280px|thumb|New York State Theater di Lincoln Center]]
Oleh kerana kebanyakan persembahan [[opera]] dibuat dalam skala yang besar, rumah-rumah opera kebanyakannya bersaiz besar dan kebiasaannya mempunyai lebih dari 1,000 tempat duduk penonton. Kebanyakan rumah-rumah opera ternama boleh menampung hingga beribu-ribu penonton dalam satu-satu persembahan. Untuk [[operettaopereta]] (opera berskala kecil) pula, ianya boleh dipersembahkan di [[teater]]-teater yang lebih kecil.
 
Menurut tradisi, auditorium untuk rumah opera adalah berbentuk U dengan kepanjangan yang menentukan jumlah tempat duduk penonton. Di sepanjang dinding-dinding auditorium pula, terletak kotak-kotak yang terdiri dari serambi – serambi penonton yang asalnya dibuat untuk wanita - wanita kaya agar mereka boleh duduk dengan senang-lenang di dalam baju gaun yang besar dibahagian bawah pinggang.