Bel kanto: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
k pembetulan
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
pautan Gaetano Donizetti
Baris 3:
'''''Bel kanto''''' (dalam [[bahasa Itali]] bermaksud "nyanyian merdu"), merujuk kepada seni dan teknik [[sains]] vokal yang berasal dari [[Itali]] pada akhir kurun ke-16 dan berada di kemuncaknya pada awal kurun ke-19 semasa era [[opera]] bel kanto.
 
[[Penggubah]] – penggubah seperti Gioacchino Rossini (1792-1868), Vincenzo Bellini (1801-1835), dan [[Gaetano Donizetti]] (1797-1848) adalah contoh terunggul untuk penggubah [[opera]] corak ini yang berkembang pada sekitar tahun 1810 hingga ke tahun 1830. Penghormatan juga diberikan kepada [[penggubah]] kurun ke-17 Pietro Cavalli yang memperkenalkan seni bel kanto, walaupun keturusan melodi beliau agak berlainan.
 
Corak nyanyian bel kanto menumpukan kepada kesempurnaan tepat untuk suara, kemahiran legato, daftar tingkat suara atas yang ringan, ketangkasan, fleksibiliti suara dan timbre lirik yang "merdu". Opera bel kanto memerlukan gaya perhiasan yang meluas dan juga memerlukan ketangkasan skala suara dan kadenza. Bel kanto lebih menekankan kepada teknik yang betul daripada mementingkan jumlah nyanyian; salah satu contoh latihan dikatakan menyuruh para penyanyi untuk meletakkan lilin yang menyala di dalam mulut mereka dan menyanyi tanpa mengegarkan lilin tersebut. <ref>Brown, M.A., 1894</ref>