Falsafah Vedanta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 8:
Semua Darsana menemui bahawa meskipun manusia berusaha dengan bersungguh-sungguh, kehidupannya penuh dengan penderitaan. Oleh itu, matlamat utama Darsana-Darsana ini adalah untuk melepaskan diri daripada penderitaan, bukan sahaja untuk sekarang, tetapi untuk selama-lamanya. Ahli-ahli falsafah Hindu telah menenggelami diri mereka sendiri untuk mencari matlamat hidup.
 
Kaedah utama falsafah Hindu ialah Tapas (disiplin rohani), Sravana (mendengar kebenaran daripada guru-guru), dan Manana (penghayatan ilmu). Ahli-ahli falsafah Hindu juga menyedari bahawa akal manusia mempunyai hadnya iaitu ia bukan sumber ilmu yang bebas dan tulen. Oleh itu, mereka bergantung kepada Sruti atau Veda untuk mendapatkan ilmu. Dengan bantuan akal fikiran, mereka cuba memahami maksud Veda. Usaha mereka berhasil apabila dengan mengikuti ajaran Veda, mereka berjaya mengatasi penderitaan dan kesengsaraan hidup dan mencapai kebebasan.
 
=== Empat Soalan Utama ===