Tenor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
pautan Gaetano Donizetti
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
k pautan koir
Baris 11:
 
==Tenor di dalam muzik koir==
Di dalam nyanyian 4 [[penyanyi]] [[koir]], [[penyanyi]] tenor ialah yang bersuara ke-dua rendah, di atas suara [[penyanyi]] [[penyanyi bes|bes]] dan di bawah suara [[penyanyi]] [[soprano]] dan [[penyanyi]] [[alto]]. [[Lingkungan suara]] seorang [[penyanyi]] tenor [[koir]] biasanya tidak sehebat suara [[penyanyi]] tenor [[opera]]. Sesetengah nyanyian [[koir]] tidak memerlukan [[penyanyi]] tenornya menggunakan keseluruhan tenaga kuasa suara tenor, walaupun sesetengah koir tetap memerlukan tenor untuk menyanyikan nada B3 ke atas sehingga G4.
 
Di masa kini dan juga sebelumnya, banyak kumpulan nyanyian [[koir]] menghadapi kesukaran mendapat [[penyanyi]] yang memiliki suara seorang tenor. Ini adalah kerana ianya amatlah sukar untuk [[lelaki]] dewasa sebenarnya memiliki suara tinggi yang unik untuk digelar tenor. Kebanyakan [[lelaki]] dewasa lebih gemar menyanyikan lagu untuk bahagian [[penyanyi bes|bes]] atau [[bariton]]. Oleh sebab itu, kerapkali [[penyanyi]] lelaki yang tidak memiliki suara tenor dilantik untuk memegang bahagian tersebut walaupun suara mereka tidak sampai ke tahap [[lingkungan suara]] seorang tenor. Apabila perkara sebegini wujud dalam sesetengah kumpulan [[koir]], kebiasaanya [[penyanyi]] [[alto]] disuruh menyanyikan bahagian tenor walaupun sesetengah [[alto]] yang dipilih juga mempunyai [[lingkungan suara]] yang tidak cukup tinggi.
 
==Klasifikasi tenor==
Walaupun [[lingkungan suara]] adalah ciri utama untuk seseorang diiktiraf sebagai [[penyanyi]] tenor, namun ianya bukan semudah itu sahaja. Seorang tenor sebenarnya dipilih dari beberapa faktor dari corak vokal termasuklah dari [[lingkungan suara]], kualiti nada, cara kenaikan vokal (untuk naik ke nota tinggi) dan tahap penukaran suara (passaggio) di dalam [[lingkungan suara]] mereka.
 
Untuk pemilihan tenor [[koir]] yang kurang profesional pula, mereka biasanya dipilih berdasarkan suara yang lebih bergetar / nyaring dan mempunyai jalinan atau corak suara (tessitura) yang baik.
 
==Penggunaan lain==