Panggung opera: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
Baris 12:
Rumah opera secara umumnya mempunyai satu kawasan yang luas untuk tempat pemain [[orkestra]] (pit orkestra); di mana sejumlah besar pemain-pemain [[orkestra]] ditempatkan di satu bahagian lebih rendah dari bahagian tempat duduk penonton. Ini dibuat agar suara nyanyian dan alat muzik tidak terganggu sebelum tiba kepada para pendengar, selain itu juga ianya direka sedemikian agar para pemain tidak terganggu oleh suara-suara lantang peyanyi [[opera]].
 
Saiz sebuah [[orkestra]] untuk [[opera]] adalah berbeza-beza, namun untuk untuk kebanyakan [[opera]] dan [[oratorio]], terutamanya untuk [[muzik era romantis]], sesebuah [[orkestra]] untuk [[opera]] boleh melebihi dari 100 orang pemain muzik. Selain itu, setiap persembahan [[opera]] mempunyai ramai para pelakon, [[koir|penyanyi korus]], penari dan lain-lain. Oleh itu, kebanyakan rumah – rumah opera penting mempunyai keluasan yang amat besar untuk kemudahan-kemudahan bilik persalinan.
[[Imej:Istanabudaya.jpg|280px|thumb|Istana Budaya di Kuala Lumpur]]
Rumah-rumah opera penting di seluruh dunia kebiasaannya mempunyai pentas besar yang dilengkapi dengan mesin-mesin pengangkat berat untuk menukar set-set latar belakang dan struktur dalam pementasan [[opera]]. Di [[Metropolitan Opera]] contohnya, dalam masa yang singkat sahaja, set-set pementasan bertukar dan kadang-kala penonton dapat melihat bagaimana perubahan berlaku apabila set-set berubah atau pentas bertukar tingkat dan rupa ketika para penyanyi sedang membuat persembahan
 
Walaupun bangunan, pentas, lampu dan lain-lain alat di rumah – rumah opera menggunakan teknologi terkini, namun sudah menjadi kebiasaan untuk mereka untuk tidak memasang alat-alat sistem bunyi yang besar dan canggih. Ini adalah kerana suara-suara [[opera]] adalah suara nyanyian langsung dan bukan suara menggunakan alat-alat amplifier atau kesan suara yang akan mengubah nilai-nilai suara [[opera]].
 
Walaupun alat-alat amplifier canggih dipasang di sesetengah rumah-rumah opera, namun penggunaannya adalah berdasarkan kebenaran atas sebab – sebab tertentu seperti penggunaan untuk pementasan bukan [[opera]] atau opera-opera yang diberi keizinan.