Sandakan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{coord|5|50|N|118|07|E|display=title}}
 
{{refimprove|date=Februari 2013}}
{{Cleanup|date=Februari 2013|reason=Gaya penulisan yang kurang kemas}}
{{Infobox City |official_name = Sandakan<br>سندقن
|other_name = Elopura
Baris 46 ⟶ 44:
'''Sandakan''' merupakan salah sebuah bandar utama di [[Sabah]] dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di [[Teluk Sandakan]] menjadikannya sebuah pelabuhan yang baik. Sandakan berada di sebelah pantai timur pulau [[Borneo]] dan mempunyai penduduk berjumlah 479,121 orang (2009).
 
Dari segi sejarah, bandar ini pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri [[Borneo Utara]] semasa zaman pemerintahan British. Kawasan ini juga pernah menjadi tapak kem tahanan perang dan pembinaan padanglapangan terbang (airfield) tentera Jepun semasa [[Perang Dunia Kedua]] 1941-1945. Peristiwa [[Kawat Maut Sandakan]] (Sandakan death march) di penghujung perang dunia kedua bermula di daerah ini.
 
Dari segi pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Sabah; contohnya [[Sungai Kinabatangan]], [[Gua Gomantong]], [[Taman Pemuliharaan Orang Utan Sepilok]] dan [[Taman Pulau Penyu]]. [[Lapangan Terbang Sandakan]] merupakan lapangan terbang yang menjadi pintu masuk utama para pelancong dari seluruh Malaysia dan luar negara ke bandar ini.
 
==Sejarah سجاره==
Ketika awal [[1870-an]], pantai timur Sabah berada di bawah pemerintahan [[Sultan]] [[Sulu]] yang turut memerintah kawasan yang kini merupakan [[Filipina]] selatan. Pendudukan Eropah yang terawal di kawasan ini ditubuhkan oleh [[William Clarke Cowie]], seorang penyeludup senjata api berbangsa [[Scotland]] dari [[Glasgow]] yang mendapat izin daripada Sultan untuk mendirikan tapak perdagangan yang kecil. Cowie menamakan penempatannya sebagai "Sandakan", iaitu istilah bahasa Sulu bagi "tanah yang digadai", namun kemudiannya tempat ini dikenali sebagai "Kampong German" kerana kehadiran sebilangan besar orang [[Jerman]] yang bertapak di sini. Penempatan ini merupakan sebahagian daripada pajakan yang diperoleh dari [[Konsulat jeneral|konsul]] [[Austria-Hungary]] [[Baron von Overbeck]] daripada Sultan Sulu pada tahun 1878. Setelah pajakan itu dibeli oleh rakan von Overbeck yang berbangsa British, [[Alfred Dent]], Kampong German teranap pada 15 Jun [[1879]]. [[Residen British]] yang baru, [[William B. Pryer]], memutuskan untuk tidak membina semula kampung itu, sebaliknya berpindah ke Buli Sim Sim pada 21 Jun 1879. Beliau menamakan penempatan baru beliau itu "Elopura", yang bermaksud ''Bandar yang Indah''. Beberapa tahun kemudian, namanya ditukar kembali ke "Sandakan". Nama Elopura masih memaksudkan salah sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri di Sandakan. Populasi penduduk Sandakan terdiri daripada masyarakat Bajau, Melayu, Kadazan Dusun, Orang Sungai, Bugis, Suluk dan lain-lain.
 
Pada tahun [[1883]], pusat pentadbiran [[Syarikat Borneo Utara Inggeris]] dipindahkan dari [[Kudat]] ke Sandakan. Pada pertengahan 1930-an, eksport kayu balak Sandakan mencapai angka rekod 180,000 meter padu, menjadikannya pelabuhan pengeksport kayu balak tropika yang terbesar di dunia. Pada zaman kemuncak lambungan hasil balak, Sandakan menjadi tumpuan [[jutawan]] terbesar di seluruh dunia.