Pulau Kukup: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 18:
Hutannya terdiri daripada [[Pokok Bakau|pokok bakau]] dan menjadi [[habitat]] untuk anak -anak [[ikan]], [[udang]], [[ketam]], [[siput]], [[kerang]] dan lain-lain. [[Bot pancung]] boleh disewa di [[jeti]] [[Kukup]] jika ingin menikmati keindahan hutan pokok bakau dan meninjau kehidupan [[nelayan pantai]].
 
Pulau Kukup merupakan sebuah mukim yang terletak tidak jauh dari [[Tanjung Piai]] iaitu bahagian paling selatan benua [[Asia]]. Tidak lengkap kunjungan ke Tanjung Piai tanpa singgah ke pekan [[Kukup]] yang mempunyai tarikan dan sejarahnya tersendiri.Pulau Kukup yang terletak di perairan Selat Melaka lebih dikenali sebagai satu lagi [[taman negara]] di dalam Negeri Johor.
[[Kategori:Pulau di Johor|Kukup]]
 
Seperti Tanjung Piai, Pulau Kukup yang mempunyai keluasan 1,447 hektar turut mendapat pengiktirafan sebagai Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa ([[Ramsar]]). Pengurus Ramsar Taman Negeri Johor, Siti Nur Azimah Abdul Wahab memaklumkan bahawa Pulau Kukup merupakan pulau [[paya bakau]] tanpa penduduk kedua terbesar di dunia. Kawasan hutan bakau seluas 647 hektar di Pulau Kukup mewakili tiga per empat daripada keseluruhan hutan bakau di negara ini.
{{Johor}}
 
==Dahulu banyak lanun==
Catatan [[Abdullah Munsyi]], sasterawan Melayu terawal ada menyatakan bahawa "Maka di situlah (Pulau Kukup) tempatnya ditangkap perompak, sebab ia boleh kelihatan orang. Orang tidak boleh melihat dia. Maka sebab itulah kerap orang terserempak didapatinya dengan senangnya."
 
Ahli sejarah, Salleh Md. Don mengatakan kegiatan lanun di perairan Kukup memuncak pada zaman penjajahan [[Belanda]] antara 1818-1824.Kegiatan menyamun dan merampas barang dagangan di situ menyebabkan golongan pelayar takut untuk melalui perairan Kukup.Setiap kapal dagangan, [[tongkang]] dan [[perahu]] nelayan yang diserang akan ditelungkup (lingkup) oleh lanun. Daripada perkataan 'telungkup' itulah Kukup mendapat nama,
 
==Mitos puteri lima beradik==
1. Pulau Kukup juga terkenal dengan legenda puteri kayangan lima beradik yang kehilangan adik bongsu mereka selepas jatuh cinta dengan seorang pelayar. Untuk mencari puteri bongsu, keempat-empat puteri kayangan itu telah menyumpah pulau itu tenggelam dengan harapan adik mereka akan timbul di permukaan. Malangnya adik bongsu mereka tidak juga ditemui dan pulau itu bertukar menjadi pulau yang dipenuhi lumpur sehingga dipenuhi pokok bakau.
2.Mitos kedua pula mengatakan Pulau Kukup dijaga oleh seekor [[ular]] [[gergasi]]. Masyarakat terdahulu pernah terserempak dengan ular yang mempunyai saiz luar biasa. Ular itu dikatakan menghuni kawasan lapang di tengah-tengah Pulau kukup. Ular itu dipercayai sering berenang berulang-alik ke [[Pulau Pisang]] dan [[Pulau Karimun]] di [[Selat Melaka]].
 
 
 
 
 
 
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140222/lk_03/Pernah-jadi-sarang-lanun#ixzz3dI0vzj8P
© Utusan Melayu (M) Bhd