Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HaizadSys (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
HaizadSys (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 27:
 
== Riwayat awal ==
SultanRaja Idris Shah II diputerakan pada 17 Ogos 1924. ialah putera kedua ayahanda kepada [[Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah|Sultan Iskandar Shah]] dan bonda kepada Raja Puteh Umi Kalsom binti Almarhum Raja Kulop Muhammad Iskandar. Kekanda sulungnya meninggal dunia ketika hanya berusia 40 hari.<ref>{{cite web |url=http://sultan.perak.gov.my/bahasa/idris_iskandar.htm |title=Sultan Idris Iskandar Shah II|accessdate=13 Januari 2010 |year=2005 |work=Sultan-Sultan Perak |publisher=Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan}}</ref>
 
Pada 3 Januari 1931, Idris menyertai [[Sekolah Melayu Bukit Chandan]] dan kemudiannya pada 1932, bersekolah di [[Sekolah Inggeris Clifford]], [[Kuala Kangsar]]. Beliau dilantik sebagai [[Raja Di -Hilir Perak]] pada tahun 1934 ketika berumur 10 tahun untuk menggantikan [[Raja Chulan|Raja Sir Chulan]]. Pada 17 Oktober 1938, Raja Idris dilantik sebagai [[Raja Bendahara Perak]]. Ketika itu, Sultan Perak ialah [[Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa|Sultan Abdul Aziz]].
 
Raja Idris melanjutkan pendidikannya di [[Maktab Melayu Kuala Kangsar]] pada 12 Disember 1938 tetapi pelajarannya terganggu apabila [[Jepun]] menyerang [[Tanah Melayu]] pada 1941 semasa [[Perang Dunia II]]. Beliau menyertai pasukan [[Giyutai]], sebuah pasukan pertahanan yang ditaja oleh [[tentera]] [[Jepun]] tetapi secara sulit, berhubung dengan pasukan [[gerila]] [[Force 136]] yang dipimpin oleh [[Kolonel Dobree]] untuk menentangnya.
 
Pada tahun 1943 semasa [[Penjajahan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak|pendudukan Jepun]], Raja Idris [[Perkahwinan|berkahwin]] dengan [[Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah]] dan dikurniakan dua orang putera dan tiga orang puteri. Salah seorang daripada puterinya adalah [[Raja Zarith Sofia]], isteri kepada Sultan Johor pada masa ini, iaitu [[Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar|Sultan Ibrahim Sultan Iskandar]]. Raja Idris Shah bertugas di Pejabat Tanah, [[Kuala Kangsar]] sebagai Penolong Pemungut Cukai Hasil Tanah antara tahun-tahun 1943 - 1945, dan seterusnya ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
 
Apabila [[Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa|Sultan Abdul Aziz]] mangkat pada tahun 1948, [[Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Muhtaram Shah|Sultan Yussuf IzuddinIzzuddin Shah]] dimasyhurkan menjadi [[Sultan Perak]] ke-32. Raja Idris dilantik sebagai [[Raja Muda Perak]] yang bersemayam di [[Teluk Intan]]. Pada tahun 1949, beliau ke [[England]] untuk menyertai kursus Kerajaan Tempatan, [[Kebajikan masyarakat|Kebajikan Masyarakat]] dan Ekonomi Agraria di [[Universiti London]].
 
Sekembalinya ke Perak pada tahun 1951, Raja Idris menyertai pasukan [[Angkatan Sukarela Negeri-Negeri Melayu Bersekutu]] dan ditauliah pangkat [[Leftenan]]. Beliau turut menerima latihan ketenteraan di [[Port Dickson]], bersama-sama pasukan [[Askar Melayu]] dan kemudiannya, dinaikkan pangkat menjadi [[Mejar]]. Raja Idris turut serta memberi semangat kepada seluruh rakyat di [[Hulu Perak]] agar tidak tertipu dengan dakyah [[komunis]].