Takwim Ibrani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rotlink (bincang | sumb.)
k gcache hostname
Willy2000 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Takwim Ibrani''' atau '''Takwim Ibrani''' ({{hebrew|הַלּוּחַ הָעִבְרִי}}, ''ha'luakh ha'ivri''; {{lang-en|Hebrew calendar}}) merupakan [[takwim qamari-suria]] yang kini digunakan khususnya untuk sambutan keagamaan [[Yahudi]]. Ia menentukan tarikh-tarikh [[perayaan Yahudi]] dan hari-hari yang sesuai untuk membaca ayat-ayat dalam kitab [[Taurat]], ''[[yahrzeit]]'' (tarikh untuk memperingati kematian saudara-mara), dan pembacaan [[Mazmur]] harian, antara pelbagai kegunaan istiadat. Di negara [[Israel]], takwim ini merupakan takwim rasmi untuk tujuan awam serta menyediakan rangka masa untuk pertanian.
 
Takwin Ibrani telah mengalami perubahan sepanjang zaman. Contohnya, hingga zaman [[Tannaim]] (sekitar 10&ndash;220 M) bulan-bulan disusun mengikut pemerhatian [[Fasa bulan|bulan sabit]] baru dengan bulan tambahan yang ditambah setiap dua tiga tahun untuk membetulkan perbezaan antara dua belas bulan qamar dengan tahun suria, dan dengan ini, untuk memastikan [[Paskah Yahudi|Paskah]] kekal dalam musim bunga. Penambahan bulan tambahan juga berasaskan pemerhatian terhadap kejadian alam, iaitu masaknya tanaman [[barli]]; umur anak kambing, anak biri-biri dan anak merpati; kemasakan pokok buah; dan kaitan tarikh dengan ''[[tekufah]]'' (musm).<ref>Talmud, [[Sanhedrin (tractate)|Sanhedrin]] 11b</ref> Sepanjangan zaman [[Amoraim]] (200&ndash;500 M) hingga zaman [[Geonim]], sistem ini diganti oleh hukum matematik. Rukun-rukun dan hukum-hukumnya dipercayai ditetapkan pada piawaian masa kini sewaktu [[Maimonides]] menyusun ''[[Mishneh Torah]]'' pada abad ke-12.