4U2C: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nazihahashim (bincang | sumb.)
Nazihahashim (bincang | sumb.)
Baris 39:
Antara tahun 1992 sehingga 1994, genre pop rap di Malaysia menjadi trend utama industri muzik di Malaysia dengan munculnya kumpulan-kumpulan yang mengetengahkan muzik rap termasuk KRU, Nico, Krash Kozz, City Kids dan Les Enfant serta kumpulan rap wanita Feminin, Res2 dan M’steen. Lagu “2BD#1” dianggap sebagai lagu yang melaungkan penguasaan 4U2C dalam genre rap yang menguasai popularity mengatasi kumpulan-kumpulan lain. Ini jelas dalam sebahagaian lirik lagu tersebut yang menyatakan “Pada rappers lain, jangan cuba bersaing, nanti kamu jatuh, runtuh dan terus lumpuh”.
 
Dominasi kumpulan 4U2C tidak dapat disangkal apabila sebuah syarikat pengeluar minuman tin, SBM Trading Sdn Bhd telah mengikat kontrak dengan 4U2C untuk mewakili jenama baru minuman dalam tin yang bernama “RAP”. [[File:Air Minuman Rap.JPG|thumb|Air Minuman Rap keluaran SBM Trading Sdn Bhd]]
 
Selain daripada itu, populariti 4U2C juga telah membawa mereka ke bidang lakonan di mana kesemua anggota kumpulan 4U2C ditawarkan untuk membintangi sitkom bersiri yang berjudul "Cuit-cuit 4U2C". Sitkom ini turut dibintangi oleh aktres Kartina Aziz yang melakonkan watak "Mummy" iaitu ibu angkat/penjaga kepada anggota-anggota kumpulan 4U2C dalam sitkom tersebut.