CRK: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Julia azrina (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 24:
==Sejarah ==
 
Eddie adalah pemain bass kumpulan [[Kumpulankumpulan Rahim Maarof & Whitesteel|Whitesteel]] yang diasaskan oleh [[Rahim Maarof]] untuk mengiringi mana-mana konsert beliau pada masa itu, sebelum terhasilnya album [[Kristal (Album 1988)|Kristal]] lagi. Kebetulan pada masa itu Sham baru saja keluar dari [[Kumpulan Wings, Malaysia|Wings]]. Kebetulan pada masa yang sama Sham mempunyai seorang penyanyi bernama Nor berasal dari Klang. Nor adalah rakan sekolah Syamrani, menyatakan hasrat untuk penubuhan Cristal iaitu nama asal CRK. Syamrani pada masa itu adalah seorang pemain gitar untuk kumpulan Hydra dibawah naungan Boxoffice (Ali Bakar) dan bersetuju untuk bekerjasama demi mencapai matlamat arah tujuan dan peluang yang ada di hadapan iaitu bekerja malam di kelab, menjadi band pengiring untuk artis, mendapatkan peluang menjadi artis rakaman dari syarikat WEA, menjana pendapatan tetap dan menimba ilmu serta pengalaman. Ujang (drum) diterapkan bersama untuk memantapkan lagi peluang yang tersedia ada.
 
Latihan demi latihan membuatkan muzik Cristal (CRK) bertambah mantap sehingga mendapat peluang di kelab-kelab K.L dan Lembah Klang. Memandangkan kumpulan ini mendapat peluang bermain luar dari K.L, Nor (penyanyi) menarik diri atas faktor bekerja tetap disalah sebuah bank di ibu kota membatas pergerakannya untuk meneruskan perjuangan. Maka tempatnya telah digantikan oleh Kamal. Disini bermulanya perjalanan kumpulan dan penukaran nama kepada CRK,atas nasihat pihak syarikat rakaman,memandangkan pada masa yang sama ada sebuah kumpulan trio wanita telah menggunakan nama Cristal. CRK telah diberi kepercayaan oleh Rahim Maarof untuk mengiringi beliau selama 2 tahun sehingga lahirnya album '''Kristal'''. Lahirnya album pertama yang memuatkan lagu hit '''Cita dan Airmata''' membuat CRK dikenali ramai sehingga menjadi siulan dan menduduki carta Musik-musik TV3 selama 7 bulan. Lagu tersebut menjadikan mereka kumpulan yang paling lama lama berada dalam carta.Paling mengecewakan apabila tidak terpilih secara automatik keperingkat akhir Musik-musik. Ia telah menjadi satu isu ketidakpuasan hati peminat tentang pemilihan lagu yang layak ke peringkat akhir. {{fact}}