Sahih Bukhari: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamarul Aryffin (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:ArabicSahihBukhari.jpg|top|right|200px|thumb|Kulit kitab induk '''Sahih Bukhari''']]
 
'''Kitab Sahih al-Bukhari''' (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada ''Kutub al-Sittah'' (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi [[Hadis]] yang disusun oleh '''[[Imam Bukhari]]''' (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah.
 
Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam [[Istilah hadis#Sahih|sahih]] ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim [[Ahli Sunah Waljamaah|Ahli Sunah wal-Jamaah]] sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik kerana Imam Bukhari menggunakan kriteria yang sangat ketat dalam menyeleksi hadis-hadis peringkat paling sahih. Maka tidak hairanlah jika orang Islam ahli sunah wal-jamaah mengganggap Sahih Bukhari sebagai Kitab yang kedua paling murni selepas [[Al-Quran|Kitabullah]]. Imam Bukhari menghabiskan waktu selama 16 tahun untuk menyusun koleksi ini dan menghasilkan 2,602 hadis dalam kitabnya (9,802 dengan perulangan). Semua hadis-hadis sahih disusun mengikut 70 kategori berpautan dimana setiap satu kategori mewakili satu kitab.