Sahih Bukhari: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamarul Aryffin (bincang | sumb.)
Kamarul Aryffin (bincang | sumb.)
Baris 22:
 
Imam al-Bukhari telah mengembara secara meluas di
seluruh empayar Abbasiyah semenjak berumur 16 tahun. Beliau telah mengumpulkan hadis-hadis yang boleh dipercayai. Ada yang mengatakan{{who}} bahawa al-Bukhari mengumpul lebih 600,000 hadis dan dimasukkan hanya sekitar 4,000 hadis di dalam Sahih nya. Imam Bukhari berkata,
"Kami bersama-sama dengan Ishaq Ibn Rahwayh (gurunya) yang berkata, 'Sekiranya
engkau menyusun kitab riwayat-riwayat hanya sahih dari Rasulullah saw.'
Cadangan ini kekal di dalam hati saya jadi saya mula menyusun Sahih". Imam al-Bukhari juga pernah bermimpi menghalau lalat dari Rasululah s.a.w. sebagai isyarat akan menulis Sahih al-Bukhari.{{fact}}
 
Kitab
sahih al –Bukhari merupakan tapisan daripada 600, 000 hadith yang
dijalankan dalam masa 16 tahun. Dari sudut penulisnya iaitu Imam Bukhari
sendiri adalah seorang yang memiliki kemampuan hafalan yang hebat dan
tepat. Beliau amat beradap terhadap ilmu, sehinggakan penulisan yang
dibuat ke atas Kitab sahih ini hanya dilakukan selepas membersihkan diri
dengan melaksanakan solat 2 rakaat. Dilihat dari gaya persembahan
penulisan kitab ini, menunjukkan suatu susunan yang mantap dan mencakupi
semua topik penting dan dasar dalam Islam yang meliputi ; Aqidah, Fiqh,
Akhlak , Muamalat, Sirah,. Tafsir, Manaqib dan sebagainya.
 
Kitab Sahih al-Bukhari ini merangkumi hampir semua aspek kehidupan bagi memberi bimbingan untuk mengamalkan Islam seperti kaedah menunaikan solat dan amalan lain yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Setiap bab atau bahagian di dalam Sahih al-Bukahri boleh dipecahkan di bawah tajuk kitab seperti kitab iman, kitab ilmu, kitab wuduk dan sebagainya. Imam al-Bukhari selesai kerja-kerja pengumpulan hadis sekitar tahun 846M, dan menghabiskan dua puluh empat tahun terakhir hidupnya melawat bandar-bandar dan ulama yang lain, juga mengajar hadis yang telah beliau kumpulkan. Di setiap bandar yang Bukhari lawati, beribu-ribu orang akan berkumpul di masjid utama untuk mendengar beliau membaca hadis. Berkata al-Bukhari: "aku memasuki Syam, Mesir dan Jazirah dua kali, aku memasuki Basrah empat kali, Hijaz enam tahun, dan aku tidak dapat menghitung berapa kali aku masuk