Persekutuan Taekwon-Do Global Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Fauzifit (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Sejarah Taekwon-Do''' Taekwon-do adalah merupakan satu seni mempertahankan diri moden yang berasal dari Negara Korea. Ianya merupakan kesinambungan dari...'
 
Fauzifit (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
=== '''Sejarah Taekwon-Do''' ===
 
Taekwon-do adalah merupakan satu seni mempertahankan diri moden yang berasal dari Negara Korea. Ianya merupakan kesinambungan dari seni beladiri purba ‘Taekyun’ yang kemudiannya diolah kembali oleh Jeneral Choi Hong Hi, seorang panglima tentera Korea Selatan dan diberikan nama Taekwon-do. Dalam bahasa Korea, Tae bermakna "menumbuk"; Kwon bermakna "menendang"; dan Do bermakna "cara" atau "seni". Jadi, Taekwondo bolehlah diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk".
 
Taekwon-do diasaskan secara rasminya pada 11 April 1955. Pada 14 September 1961, Korean Taekwon-do Association (KTA) telah ditubuhkan di Seoul dan Jeneral Choi telah dilantik menjadi presidennya yang pertama. Selaku Presiden KTA, beliau telah menghantar jurulatih dan pasukan demonstrasi Korea ke seluruh dunia.
 
==== '''Persekutuan Taekwon-Do Global (GTF)''' ====
 
Persekutuan Taekwon-Do Global atau Global Taekwon-Do Federation (GTF) telah diasaskan oleh mendiang Grandmaster Park Jung Tae pada tahun 1990 di Kanada. GTF amat terkenal di Eropah dan Amerika Utara. Grandmaster Park Jung Tae sebelum ini merupakan bekas Setiausaha Agung di International Taekwon-Do Federation (ITF). Beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan satu kesatuan baru kerana tidak mahu politik dicampurkan dengan Taekwon-Do. Beliau kecewa dengan perselisihan yang wujud antara ITF dan WTF dan juga Korea Utara dan Korea Selatan.
 
Baris 13 ⟶ 11:
Semenjak ditubuhkan, GTF telah muncul sebagai satu pertubuhan ulung di dunia yang memperjuangkan seni mempertahankan diri tanpa melibatkan politik. Dalam masa singkat, GTF telah berkembang pesat dan mempunyai gabungan di lebih 122 negara di seluruh dunia.
 
===== '''Persekutuan Taekwon-Do Global Malaysia (MGTF)''' =====
 
MGTF berfungsi sebagai pemantau aktiviti-aktiviti Taekwon-Do peringkat kebangsaan. MGTF merupakan badan kebangsaan yang diberi tanggungjawab mengawal kelayakan jurulatih-jurulatih dan pemegang-pemegang tali pinggang hitam di Malaysia. MTGF melantik seorang Ketua Jurulatih setiap negeri bagi tujuan menjaga kepentingan dan kewibawaan pelatih.
 
Tahun 1994 membuktikan bahawa MGTF mampu mengendalikan kejohanan yang bertaraf antarabangsa dan dikatakan kejohanan yang paling cemerlang dan lancar dalam sejarah taekwon-do dunia. Kejohanan Taekwon-Do Sedunia kali ke-11 (sewaktu itu MGTF masih dikenali dengan nama MITF) yang berlangsung di Kuala Terengganu menaikkan nama Malaysia antara lima pasukan terbaik dalam pencapaian keseluruhan.
 
Presiden MGTF ialah Grandmaster Dato’ D. Sabree Salleh, yang juga Ketua Jurulatih Negara merupakan anak Melayu pertama diiktiraf sebagai Mahaguru Taekwon-Do di peringkat dunia. Beliau kini memegang tali pinggang hitam Darjah Ke-9.
 
Atas galakan dan dorongan beliau, anak Melayu muncul beraksi di persada antarabangsa.