Shakti: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
Penganut-penganut Shakti dikenali sebagai Śākta. Agama dan falsafah Śākta terkandung dalam Tantra atau Śāktāgama. Āgama merupakan suatu kelas khas kesusasteraan Hindu yang berkaitan dengan penyebaran mazhab-mazhab tertentu yang berpusatkan beberapa orang dewa. Kebiasaannya, terdapat tiga kumpulan utama iaitu, Śaivāgama (penyembahan Śiva), Śāktāgama (penyembahan Śakti) dan Vaiṣṇavāgama (penyembahan Viṣṇu).
 
Alam semesta yang kita lihat dan rasakan adalah suatu bungkusan tenaga, yang terbuka dan terbungkus. Inilah yang ditemui oleh sains moden. Penemuan sains ini telah menghapuskan perbezaan antara jirim dan tenaga. Menurut sains, terdapa suatu tenaga asas di sebalik semua jirim dan tenaga. Namun, sains masih belum menemui perhubungan antara jirim, minda dan nyawa. Adakah ketiga-tiga ini, meskipun amat berlainan, ialah sebenarnya manifestasi tenaga asas yang sama? Mungkinkah tenaga atau jirim yang sama, pada suatu tahap getaran, dipanggil sebagai 'jirim', dan pada tahap yang lain dikenali sebagai 'minda' dan pada tahap yang lain pula sebagai 'nyawa'? Ahli sains moden yang masih berpegang kepada dunia fizikal, mungkin masih belum bersedia untuk memikirkan tentang ini! Namun, falsafah Hindu, berdasarkan Vedānta dan beberapa kumpulan yang berdasarkan Vedānta dan lebih dikenali sebagai Tantra, sebenarnya menyarankan perkara ini!
Asal-usul
 
Sumber kewujudan dan kehidupan semua ciptaan, sama ada pada peringkat jirim, nyawa atau minda, semuanya adalah satu dan hanya satu! Brahman (Yang Mutlak) dalam Vedānta dan Śakti atau Devī dalam Tantra adalah sama. Apabila 'tenaga' itu berada dalam keadaan statik, apabila alam semesta belum dicipta, tenaga itu dikenali sebagai Brahman. Apabila ia mula menjadi aktif, dan mewujudkan alam semesta, melindunginya dan kemudian memusnahkannya, tenaga ini dikenali sebagai Śakti. Andainya Brahman ialah ular yang sedang tidur berlingkar, Śakti ialah ular yang sedang bergerak. Andainya Brahman ialah perkataan, Śakti ialah maksudnya. Andainya Brahman ialah api, Śakti ialah kuasa pembakarannya. Kedua-duanya tidak boleh diasingkan : satu dalam dua dan dua dalam satu.
 
== Asal-usul ==
Penyembahan-Ibu dan kultus-ibu telah wujud sejak zaman Veda. Konsep Aditi - Ibu Dewa-Dewi, penjelmaan alam, dan Ambhṛṇīsūkta dan juga Rātrīsukta dalam Ṛgveda, dengan jelas mengandungi asal-usul penyembahan-Ibu.<ref>Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism (Ramakrishna Math, Bangalore: 2008), Vol.3, p.153</ref>