Hollow dalam Bleach: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Laman baru: Berikut ialah senarai nama watak dalam siri anime dan manga ''Bleach'' yang merupakan hollow atau arrancar. ==Hollow== * '''Fishbone D''' (フィッシュボーン, ''Fissh...
 
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Baris 29:
 
* '''Pesshe Gatiishe''' (ペッシェ・ガティーシェ, ''Pesshe Gatīshe'')
Pesshe ialah hollow berbentuk manusia yang mempunyai topeng seperti serangga dengan sepasang mendibel yang besar. Dia memakai penutup mata dan cawat. Tidak seperti hollow lain, Pesshe agak jinak. Dia merantau bersama-sama dengan abang angkatnya, Dondo Chakka , adik perempuan angkatnya, Nel Tu dan haiwan peliharaan mereka, Bawabawa. Dia mahukan nama "Adik-Beradik Gurun yang Unggul" sebagai panggilan kepada kumpulan kecil mereka. Selepas Nel berkeputusan untuk mengekori Ichigo ke dalam Las Noches, dia juga cuba mengikuti Nel Tu tetapi bertembung dengan [[Ishida Uryū]] pula. Dia dan Dondo Chakka merupakan Fracción kepada Nel suatu masa dahulu, tetapi topeng mereka dicabut secara paksa oleh Nnoitra dan dibiarkan untuk mati bersama-sama dengan Nel.
 
Pesshe cenderung untuk menilai seseorang berdasarkan rupa paras luaran dan percaya bahawa Uryū merupakan ahli yang paling lemah manakala Chad sebagai ahli yang paling sasa. Dia juga nampaknya berasa gembira apabila Uryū mengingati namanya, tetapi dia sering keliru akan identiti sebenar Uryū; dia selalu memanggil Uryū Ichigo.
 
Air liur Pesshe boleh digunakan untuk mengurangkan geseran pada objek yang disemburnya - teknik ini digelar "Kelicinan Infiniti". Walaupun nampak tidak berguna, teknik ini menyebabkan senjata Cirucci tidak effektif apabila disembur dengan cecair tersebut dan mengakibatkan pihak lawan jatuh. Walaupun dinamakan "Kelicinan Infiniti", serangan ini masih mempunyai hadnya.
 
*'''Dondo Chakka''' (ドンドチャッカ, ''Dondochakka'')
Dondo ialah hollow bersaiz besar dengan topeng tiki dan mata kompound. Dia bertutur dengan gaya Yakuza dan jinak jika dibandingkan dengan hollow lain. Walaupun tampak menggerunkan, dia mudah menangis dan sering risau akan sesuatu perkara. Dia merantau bersama-sama dengan adik-beradik angkatnya, Nel Tu dan Pesshe serta haiwan peliharaan mereka, Bawabawa. Dia mahukan "Tiga Beradik" sebagai nama kumpulan kecil mereka. Seperti Pesshe, dia cuba mengikuti Nel yang ingin mengekori Ichigo ke dalam Las Noches tetapi bertembung dengan [[Abarai Renji]] pula. Dondo merupakan orang bawahan Nel suatu ketika dahulu tetapi topengnya dicabut secara paksa oleh Nnoitra. Dia kemudiannya dibiarkan untuk mati dengan Pesshe dan Nel.
 
Setakat ini, Dondo belum memperlihatkan apa-apa kuasa; apabila [[Szayel Aporro Grantz]] mencipta beberapa klon Dondo, mereka cuba menyerang Uryū dengan "memeluk"nya. Topengnya agak keras kerana tangan Uryū cedera apabila dia cuba menumbuk Dondo yang ingin memeluknya.