Perang Kelang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 175.143.16.4 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 175.145.249.87
Baris 1:
{{Sejarah Malaysia}}
'''Perang Kelang''' ataupun '''Perang Saudara Selangor''' berlaku dari tahun [[1867]] ke [[1874|1874.]]<ref>J.M Gullick, 2004, ms 77-79</ref>, dan ia bermula dengan perbalahan di antara [[Raja Abdullah bin Raja Jaafar]] dan [[Raja Mahdi bin Raja Sulaiman]].
 
==Latar belakang==
Baris 10:
==Raja Mahadi menewaskan Raja Abdullah di Kelang==
 
Pertempuran ini bermula dengan kegagalan Raja Abdullah untuk menangani pertikaian yang timbul diantara pengikut [[Tok Bandar Yasih]], wakil Raja Abdullah di Kuala Lumpur, dengan masyarakat [[Batu Bara]] di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh [[Mohamed Akib]]. Mohamed Akib yang tidak berpuashati dengan Raja Abdullah telah meminta Raja Mahadi memimpin kumpulan untuk menentang Raja Abdullah. Pada bulan Mac 1867, Raja Mahadi telah berjaya menewaskan Raja Abdullah. Raja Abdullah telah cuba untuk menawan semula Kelang tetapi tidak berjaya.<ref> J.M Gullick, 2004, ms 60</ref>
 
Setelah menguasai Kelang, Raja Mahadi telah menghentikan bayaran $500 kepada [[Sultan Sir Abdul Samad|Sultan Abdul Samad]] sepertimana yang biasa dilakukan oleh Raja Abdullah. Ini telah menyebabkan Sultan Abdul Samad memutuskan pertunanagan Raja Mahadi dengan puteri baginda, [[Raja Arfah|Raja Arfah.]]<ref> J.M Gullick, 2004, ms 61</ref>.
 
==Peperangan dan Tengku Kudin==
 
Tidak lama selepas peperangan bermula pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad telah mengkahwinkan puteri baginda, Raja Arfah, dengan [[Tunku Dhiauddin ibn Sultan Zainal Rashid I|Tengku Kudin]] yang berasal dari Kedah. Sultan Abdul Samad juga telah melantik Tengku Kudin sebagai pentadbir daerah [[Langat]]<ref>J.M Gullick, 2004, ms 77</ref>. Tengku Kudin telah cuba untuk menjadi pendamai. Walau bagaimanapun, usaha Tengku Kudin ditolak oleh Raja Mahdi. Tengku Kudin tersinggung lalu memilih untuk membantu [[Raja Ismail]], anak Raja Abdullah yang memimpin kumpulan menentang Raja Mahadi setelah Raja Abdullah meninggal dunia<ref>J.M Gullick, 2004, ms 60</ref>.
 
Pada bulan Ogos 1869, Raja Ismail memimpin pasukan seramai 100 orang telah menyerang Kelang dan menawan kota di hilir Sungai Kelang. Ini telah memulakan sekatan terhadap Kelang yang berlarutan sehingga 6 bulan. Tidak lama kemudian pasukan Raja Ismail telah mendapat bantuan daripada 500 orang Kedah yang telah dibawa oleh Tengku Kudin. Ini telah memberi Raja Ismail kelebihan dan menyebabkan Raja Mahadi berundur dari Kelang pada bulan Mac 1870<ref> J.M Gullick, 2004, ms 66-67</ref>.
 
Pada tahun 1872, dengan bantuan [[bendahara]] [[Pahang]], segerombolan tentera Pahang turun ke Selangor dan sekaligus, mengalahkan pihak Raja Mahdi.
Baris 26:
==Yap Ah Loy dan pertempuran di Kuala Lumpur==
 
Pada bulan Ogos 1868, [[Liu Ngiam Kong]], Kapitan Cina Kuala Lumpur telah meninggal dunia dan telah digantikan oleh pembantunya [[Yap Ah Loy]]. Pada tahun 1869, beliau telah dilantik secara rasmi oleh Raja Mahadi yang pada ketika itu menguasai Kelang<ref>J.M Gullick, 2004, ms 225</ref>. Walaubagaimanapun, Yap Ah Loy telah berpaling tadah dan memberi sokongan kepada Raja Ismail dan Tengku Kudin, setelah mereka berjaya menguasai Kelang.<ref> J.M Gullick, 2004, ms 62</ref>
 
==Residen British==