Sankaracharya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 59:
Seterusnya, Śaṇkara bertolak ke India Selatan, mengalahkan dan menukar pendeta-pendeta falsafah lain seperti Maṇḍana Miśra. Śaṇkara juga berjaya menukar beberapa kumpulan Kāpālika di Śriīśaila (kini di negeri Andhra Pradesh) dan Gāṇapatya di Gokarṇa (di Karnataka) yang mengamalkan amalan-amalan yang keji.
 
Sementara itu, Śaṇkara mendapat tahu (dengan kuasa yoganya) bahawa ibunya sedang tenat. Seperti yang telah dijanjikannya, Śaṇkara melawat ibunya dan atas permintaan ibunya, Śaṇkara menyanyikan sebuah Stotra. Ibunya meninggal dunia dengan melihat rupa Dewa[[Maha Vishnu|Maha Vīṣṇu]]. Apabila penduduk Kalaḍi memukaunya dan enggan membantunya melakukan upacara pembakaran jasad ibunya, Śaṇkara seorang diri melangsungkan upacara pembakaran jasad ibunya.
 
Selepas merantau di India Selatan dan mendapat dua orang pengikutnya, Hastāmalaka dan Toṭaka, Mahaguru Śaṇkara bertolak ke utara sehingga ke Kashmir. Selepas mengalahkan semua pendeta-pendeta daripada pelbagai mazhab, Śaṇkara menaiki takhta Ilmu, Sarvajñapīṭha di kuil Sarasvatī.
 
Śaṇkara berjaya menghidupkan semula agama Veda dengan penulisan dan propaganda luasnya mengenai prinsip-prinsip falsafah yang kukuh.Di
=== Tahun-tahun Terakhir ===
Menurut kepercayaan popular, pada tahun 820 Masihi, ketika berumur 32 tahun, Śaṇkara telah memasuki sebuah gua bernama Dattātreyaguhā di Himālaya berdekatan Badarī dan hilang selama-lamanya. Menurut versi lain yang masih berterusan ialah, Śaṇkara telah menubuhkan sebuah lagi biara di Kāñcīpuram (di Tamil Nadu) bernama Kāmakoṭipīṭha dan di sana sehingga kematiannya. Kontrovesi mengenai ini tidak dapat diselesaikan kerana tiada bukti kukuh.