Kriptografi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
'''Kriptografi''' (atau '''''kriptologikriptogafi'''''; daripada perkataan tersembunyi rahsia dan penulisan ataukajian) ialah satu amalan dan kajian berkenaan teknik-teknik mewujudkan komunikasi kukuh di dalam kehadiran pihak ketiga (dikenali sebagai musuh). Secara amnya, kriptografi melibatkan pembentukan dan penganalisaan protokol-protokol yang menghalang campur tangan orang ketiga, dan berkait dengan pelbagai aspek dalam keselamatan maklumat seperti kesulitan data, keintegritian data, pengesahan dan tanpa sangkalan. Kriptografi moden merangkumi disiplin matematik, sains komputer dan kejuruteraan elektrik. Kriptografi digunakan dalam kad ATM, kata laluan komputer dan urusniaga elektronik.
 
Kriptografi sebelum zaman moden berkait rapat dengan proses ''penyulitan'' (''encryption''), yakni satu proses yang menukarkan satu maklumat yang boleh dibaca kepada sesuatu yang kelihatan mengarut. Si penghantar mesej rahsia berkongsi teknik untuk menyahkod maklumat asal dengan si penerima sahaja, dan dengan ini dapat mengelakkan mereka yang tidak dikehendaki daripada berbuat perkara yang sama. Bermula dari Perang Dunia Pertama dan penciptaan komputer, cara yang digunakan untuk menjalankan kriptografi menjadi semakin rumit dan penggunaannya semakin meluas.
 
Kriptografi moden banyak melibatkan penggunaan teori matematik dan sains komputer.
Baris 7:
== Lihat juga ==
{{commonscat|Cryptography}}
* [[penyulitan]] ''(encryption)''
* [[penyahsulitan]] ''(decryption)''
* [[teks sifer]] ''(cipher text)''
 
[[Kategori:Kriptografi| ]]