Perbezaan antara semakan "Hospital Tuaran"

Tamparuli
(Tamparuli)
Hospital Tuaran yang ada pada ketika ini telah siap dibina dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1993. Hospital ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan ketika itu, Dato’ [[Lee Kim Sai]] pada [[8 April]] [[1994]].
 
Sehingga ke hari ini, Hospital Tuaran menjadi pusat kesihatan utama yang memberi khidmat kesihatan kepada penduduk [[Tuaran]], Tamparuli, [[Kota Belud]], [[Ranau]], utara [[Kota Kinabalu]] dan kawasan sekitarnya.
 
Sejak [[November]] [[2010]], pembangunan di Hospital Tuaran sedang giat dijalankan. Sebuah hospital baru dengan muatan 70 katil sedang dibina di belakang hospital lama. Bagaimanapun, operasi Hospital Tuaran tetap diteruskan. Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing mengumumkan peruntukan sebanyak RM 120 juta diluluskan untuk pembinaan Hospital Tuaran yang baru. Sebelum ini, pada tahun [[2007]], Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri turut meluluskan belanjawan beratus juta ringgit untuk membina Hospital Tuaran.
Pengguna awanama