KD Hang Tuah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 3 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q3489626
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 98:
HMS ''Mermaid'' dihantar untuk bertugas di Timur Jauh kerana kelengkapan persenjataannya yang agak ringan tidak menjadikan ia sesuai untuk penggunaan di Eropah dan dihantar bertugas sebagai kapal pengganti kepada [[HMS Chichester]], kapal pengawal di Hong Kong. HMS ''Mermaid'' juga bersedia untuk menghadapi memindahkan rakyat British dari Saigon ([[Perang Vietnam]] sedang di penghujung). Dalam perjalanan pulang ke Britain, ''Mermaid'' berlanggar dengan kapal penyapu periuk api HMS ''Fittleton'' semasa satu latihan [[NATO]] mengakibatkan beberapa kematian.
 
Selepas dilucut tauliah, kapal ini digunakan untuk menjalankan ujian petunjuk sasaran bergerak yang membantu radar mengenal pasti sasaran di antara selerakan yang dihasilkan oleh permukaan laut. Kapal ini dipindahkan kepada perkhidmatan TLDM dalam tahun 1977 dan ditauliahkan sebagai [[KD Hang Tuah (pertama)|KD Hang Tuah]] sambil menggunakan nombor pennant F76 yang sama semasa perkhidmatan dengan Tentera Laut Diraja British.
 
==Reka bentuk==