Kloroplas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[File:Plagiomnium affine laminazellen.jpeg|thumb|345px|Kloroplas dalam sel ''Plagiomnium affine'', sejenis lumut]]
 
'''Kloroplas''' merupakan subunit [[organel]] khusus yang terdapat di dalam sesebuah [[sel]] [[tumbuhan]] dan [[algae]]. Fungsi utama kloroplas adalah untuk menghasilkan process [[fotosintesis]] apabila pigmen sensitif cahaya klorofil mengumpul tenaga daripada [[cahaya matahari]] dan menukarkannya sebelum menyimpankannya dalam molekul tenaga simpanan ATP dan NADPH, sambil membebaskan oksigen daripada air. ATP dan NADPH kemudian digunakan untuk menghasilkan molekul organik dengan mengunakan karbon dioksida dalam [[kitaran Kelvin]]. Koroplas juga menjalankan fungsi lain seperti sintesis [[asid lemak]], [[asid amino]] dan sistem imun tumbuh-tumbuhan. Bilangan kloroplas dalam sesuatu sel berbeza, sebagai contoh 1 kloroplas dalam algae sehingga 100 kloroplas dalam tumbuhan seperti ''Arabidopsis'' dan gandum.<ref>{{cite web|url = http://book.bionumbers.org/how-large-are-chloroplasts/|title = How large are chloroplasts?|website = Cell Biology By The Number|publisher = Ron Milo and Rob Philips}}</ref>
 
Kloroplas merupakan salah satu daripada tiga jenis [[plastid]] dan dibezakan daripada plastid lain (iaitu [[leucoplas]] dan [[kromoplas]]) berdasarkan ketumpatan [[klorofil]]. Kloroplas merupakan struktur yang unik dan mampu bergerak dalam sel tumbuhan. Ciri-ciri kloroplas dipengaruhi faktor-faktor persekitaran seperti warna dan keamatan cahaya. Kloroplas mempunyai [[DNA]] tersendiri yang diwarisi daripada [[cyanobacteria]] fotositetik yang berasal daripada sel [[eukariot]].
 
== Struktur ==