Saadiah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 28:
}}
 
'''Satya Baharom ''' (10 Ogos 1937 - 26 Februari 2005) atau lebih dikenali sebagai ''Saadiah'' merupakan salah seorang bintang dan pengarah filem yang terkenal 1950-an dan 1960-an. Saadiah dilahirkan di [[Tanjung Katong]], [[Singapura]] pada [[10]] [[Ogos]] [[1937]].
 
Beliau merupakan seorang primadona filem [[Melayu]] yang sering bergandingan dengan [[P. Ramlee]]. Saadiah melibatkan diri dalam dunia perfileman setelah selalu berulang alik ke Studio [[Jalan Ampas]] untuk menemani kakaknya, Mariam Baharom (Mariam Tahi Lalat). Namun satu hari, beliau ditawarkan peluang berlakon oleh pengarah [[B S Rajhans]] untuk membintangi watak kecil dalam ''[[filem Rachun Dunia]]'' lakonan [[Osman Gumanti]], [[Kasma Booty]] dan P Ramlee. Saadiah lebih gemar membawakan watak wanita yang menanggung derita dan menolak watak sebagai wanita curang. Antara filem yang pernah dilakonkan bersama-sama P. Ramlee ialah ''Juwita'', ''Anjoran Nasib'', ''Sedarah'', ''Penarek Becha'', ''Hang Tuah'', ''Semerah Padi'', ''Sarjan Hassan'', ''Musang Berjanggut'' dan ''Antara Dua Darjat''.